Chapter 1

2.8K 129 118
                                    


Kelihatan Boboiboy sedang berlatih di dalam bilik latihan.

Fang yang baru tiba hanya menggeleng kepala melihat kawannya.

"Oi...kau tuh baru balik dari misi berat...luka pun tak sembuh lagi.."

Pipinya masih mempunyai plaster luka dan badannya sudah berpeluh kerana berlatih dari tadi.

Pipinya masih mempunyai plaster luka dan badannya sudah berpeluh kerana berlatih dari tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ye aku dah siap dah pun.."

Dengan malas dia berjalan kearah Fang yang sedang memegang kain tuala.

Kain tuala diambil lalu dia mengelap peluhnya.

"Kau dah sedia esok untuk bertemu pewaris penguasa asal elemental?",tanya Fang sambil mengangkat sebelah kening menunggu jawapan Boboiboy.

"Sudah...lagipun diorang hanya nak berjumpa aku untuk ucapkan terima kasih..",jawab Boboiboy lalu dia duduk di bangku.

Air yang berada di atas meja diambil dan diminum untuk menghilangkan dahaga.

"Kau pernah bayangkan yang kita semua menjadi orang biasa semula?"

Persoalan Fang membuatkan Boboiboy memandang kearahnya.

"Maksud kau?"

Nafas dihembus lalu Fang duduk disebelah Boboiboy.

"Maksud aku...kau jadi orang biasa tanpa kuasa...means kau bukan lagi superhero bumi...",jelas Fang.

Hmmm..

Boboiboy memandang botol air yang dipegangnya. Memikirkan penjelasan Fang.

"Entahlah....aku tak pernah bayangkan apa yang aku tahu...selagi aku jadi superhero aku akan tolong sebanyak mungkin orang yang memerlukan pertolongan..."

Fang tersenyum tipis mendengar jawapan Boboiboy.

"Betul lah tuh..."

Semakin pelik Boboiboy dengan Fang. Seperti dia menyimpan sesuatu.

"Kenapa kau tanya camtu?"

"Erm...cuba bayangkan jikalau pewaris penguasa asal elemental nak semula kuasa moyang mereka...kau akan bagi?"

Terkedu Boboiboy mendengar persoalan dari Fang.

Kawan dia nih dah kenapa tanya soalan macamtu.

"Susah nak jawab soalan kau...sebab aku dah sayang dengan elemental aku...mungkin aku kedengaran pentingkan diri tapi aku bersama elemental sejak kecil...aku faham setiap sifat diorang dan paling penting diorang dah anggap aku seperti abang diorang dah...",jelas Boboiboy sambil menunduk.

Dengar sahaja penjelasan Boboiboy membuatkan Fang terdiam seketika.

Bahunya ditepuk perlahan oleh Boboiboy.

"Ada sesuatu kau nak bagitahu aku ke?"

Hmm...

"Aku rasa diorang bukan sekadar ingin berterima kasih tetapi mungkin diorang cuba ambil semula kuasa moyang mereka..."

Boboiboy tersenyum tipis.

"Taknya...jangan risau."

Mereka berdua pun balik semula ke bilik masing-masing.

.

.

.

.

Keesokan harinya...

Di bilik mesyuarat...

Semua pewaris asal penguasa elemental sudah berkumpul di dalam bilik.

Hanya menunggu kehadiran Boboiboy.

Krek..

Pintu dibuka perlahan dari luar.

Mereka semua melihat Boboiboy yang tersenyum sahaja sejak masuk ke dalam bilik tersebut.

"Selamat berkenalan...nama aku Boboiboy...penguasa elemental.",ucap Boboiboy lalu menunduk hormat di depan mereka semua.

"Hai Boboiboy...aku Kirana pewaris elemental Voltra..."

Rambutnya yang berwarna merah membuatkan mata Boboiboy bersinar. Sangat unik warna rambutnya.

"Aku Kuputeri...pemilik asal elemental Beliung...",senyuman manis terserlah diwajahnya.

"Aku Panglima Yanaari...pewaris elemental Nova..."

"Panggil aku Mas Gardu...pewaris elemental Blazzie(Ries tk ingat ejaannya ehe)"

"Aku Ken pewaris elemental Balak.."(rekaan sahaja)

"Kamu mesti sudah kenal Tok..."

Boboiboy tergelak kecil melihat Hang Kasa.

"Ye Tok.."

(Pewaris nih banyak tak betul sangat sebab Ries main reka je ehe)

....

Mereka semua melihat kearah Boboiboy yang sedang duduk di kerusi.

"Kami sudah berbincang untuk mengambil kembali elemental kami semua..."

Terus terkedu Boboiboy mendengar kata-kata Kirana.

Adakah masanya sudah tiba? Tapi kenapa?

"Kenapa tiba-tiba sahaja korang nak ambil semula elemental?",soal Boboiboy.

Dia berharap apa yang mereka katakan tidak benar.

"Retakka sudah tiada...kami juga dah boleh berlajar untuk kawal kuasa tersebut...lagipun itu memang milik kami sebagai pewaris.",jawab Mas Gardu.

Seperti dikunci Boboiboy tak dapat membuka mulutnya untuk bersuara.

"Mungkin ini keputusan terbaik untuk semua..",kata Kuputeri. Dia memandang sayu kearah Boboiboy.

"Tok taknak kuasa kamu tapi...selepas mendengar pendapat yang lain mungkin lebih selamat kamu serahkan kuasa tersebut...",kata Hang Kasa pula.

Kokoci menepuk lembut bahu Boboiboy.

"Mereka risau kamu akan hilang kawalan seperti Retakka dahulu...",dengan bersalah dia berkata.

Boboiboy menunduk memandang bawah. Tangannya menggigil ketakutan.

"T-tapi...kuasa cahaya macam mana?",tanya Boboiboy risau.

"Kuasa cahaya akan disimpan oleh Sinarbot yang telah dibaiki semula...",jawab Laksamana.

Jam kuasa dipandang lama. Ochobot hanya mampu melihat Boboiboy dari jauh.

"A-aku tak boleh...semua elemental dah macam keluarga aku sendiri...susah untuk lakukannya..",dengan lemah Boboiboy berkata.

"Boboiboy....kami minta maaf."

Belum sempat Boboiboy proses apa yang dikatakan dia dapat rasakan sesuatu menyedut kuasanya dari belakang.

Argh!!!!!!

Matanya sempat memandang kearah Ochobot yang berdiri di belakangnya.

"K-kenapa..."

Boboiboy terus terbaring di atas lantai.

Sinarbot muncul dan mendekati Ochobot. Elemental cahaya terus berpindah kepada Sinarbot semula.

Semua pewaris dan penguasa asal elemental mengelilingi Ochobot sambil mengeluarkan alatan mereka.

Kuasa elemental berpindah pada mereka berenam.

Voltra ke dalam pedang.
Beliung ke dalam kipas tangan.
Kristal ke dalam Kristalbot.
Nova ke dalam cakera.
Balak dan Blizzard ke dalam tukul.
Gamma ke dalam Sinarbot.

Mereka semua pulang ke planet masing-masing. Boboiboy di bawa ke biliknya semula.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

(Ries banyak hentam...malas nk cari secara detail dekat Google (ᗒᗩᗕ) )

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now