Chapter 3

1.9K 123 74
                                    


Boboiboy sekarang berada di biliknya sedang sibuk mengemas pakaian dan barang miliknya.

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan kawannya memandang sayu kearah Boboiboy.

"K-kau dah nak pergi?"

Hanya anggukan diberi.

"Jadi kau tak jadi superhero lah kan...sian kau...hmm baru aku ingat kau hanya pinjam kuasa elemental...",tanpa memikirkan perasaan kawannya Gopal berkata.

Bahunya dipukul oleh Yaya.

Adeh.

"Apa kau nih tak baik tau ca-

Kata-kata Yaya terus dipotong laju oleh Boboiboy yang baru selesai mengemas barangnya.

"Betullah apa Gopal cakap...aku just pinjam dan jaga kuasa diorang je..",kata Boboiboy dan dia terus keluar dari bilik meninggalkan kawannya yang kaku di depan pintu bilik.

Langkah dibuka terus ke kapal angkasa tanpa dia jumpa orang atasan.

.

.

.

.

Di bumi...

Setiba sahaja di bumi kapal angkasa yang menghantarnya terus pulang ke Tapops semula.

Boboiboy berlari kearah gerai Kokotiam.

Dia dapat melihat Tok Aba sedang leka membuat oder pelanggan.

Atok!

Matanya terus beralih kearah empunya suara. Terus terbeliak mata Tok Aba melihat Boboiboy.

"Eh!? Sejak bila kamu balik? Sorang je ke?",soal Tok Aba.

"Haah sorang je...",jawab Boboiboy dengan senyuman palsu.

Hatinya sudah hancur dan mental dia tidak stabil sekarang.

"Kamu balik lah dulu rehatkan badan...nanti kita makan malam sama-sama..."

"Baik Tok.."

Langkah dibuka menuju balik ke rumah tetapi langkahnya terhenti.

"Abang Boboiboy! Tolong ambilkan layang-layang atas pokok tuh...",pinta seorang budak lelaki bersama kawannya yang lain.

"Ouh mestilah boleh! Kuasa elemental Boboiboy D-..."

Mereka memandang pelik kearah Boboiboy yang tiba-tiba sahaja diam dan menunduk memandang tanah.

"Eh mana jam kuasa abang? Ermm abang dah takde kuasa ke?"

Persoalan yang keluar dari mulut budak tersebut membuatkan Boboiboy kaku.

Tangannya menggigil sambil memegang erat pergelangan yang pernah dipakai jam kuasa.

"Jangan risau! Abang boleh ambilkan..."

Beg galas di letak ke tepi dan Boboiboy terus memanjat pokok pelam tersebut.

Mengambil masa 20 minit untuk sampai di atas.

Layang-layang tersebut diambil tetapi kakinya tergelincir dan Boboiboy jatuh dari pokok.

Buk!
Adeh!

Boboiboy merintih kesakitan di atas tanah.

"Alaaa habis patah layang-layang saya...abang nihh bila takde kuasa tak berguna langsung...lagi menyusahkan adalah...",dengan selamba dia berkata sambil memegang layang-layangnya.

"M-maafkan abang..."

Boboiboy hanya melihat budak-budak tersebut pergi ke padang semula dengan muka masam.

Haih..

Keluhan berat dilepaskan dan Boboiboy bangun semula dari duduknya.

Pinggang dan punggungnya terasa sakit kerana jatuh tadi.

Dengan langkah lemah dia balik ke rumah.

...

Di rumah...

Krek...

Pintu rumah dibuka dari luar dan Boboiboy terus baring di atas sofa.

Seluruh badannya terasa sakit dan matanya termenung melihat kipas yang berpusing.

"Apa aku nak buat sekarang?",soalnya sendirian.

Hmmm..

Tiba-tiba satu suara menerpa.

"Belajar...buat experiment ke...mesti best auto hilang bosan."

Boboiboy terus terduduk dan matanya melilau mencari dari mana suara tersebut muncul.

"S-siapa tuh?"

"Hantu~hehehehehehe~"

Bantal diambil dan terus dipeluk kuat.

"Mana ada hantu siang-siang nih! Jangan bergurau lah!",suara Boboiboy sedikit meninggi.

Uish naik habis bulu roma dia mendengar suara tersebut.

"Kau takut? Sumpahlah... pengecut je rupanya..."

Ceh.

Boboiboy berdesis kasar. Tak pasal-pasal kena perli dengan suara tuh.

"Kita akan bertemu nanti...sekarang aku masih lemah untuk munculkan diri...selamat tinggal Boboiboy.."

Tiba-tiba semua lampu menyala terang dan beberapa mentol lampu pecah tanpa sebab.

"Ok...aku kena rehat...penat sangat nih..."

Langkah dibuka ke biliknya dan Boboiboy terus melelapkan mata.

Hampir 3 jam Boboiboy lena dibuai mimpi sebelum Tok Aba balik ke rumah.

"Boboiboy! Bangun! Dah lewat nih!!",jerit Tok Aba dari tingkat bawah.

....

Bilik Boboiboy...

Badannya menggeliat sekejap sebelum dia bangun dari tidurnya.

"Y-ye atok!"

Mata digosok beberapa kali sebelum satu tangan menyentuh bahunya.

Wargh!

"K-kau!?"

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now