...sambungan Bab 71

42 7 16
                                    

ZULL mengambil telefonnya dan mendail nombor teksi yang selalu dinaikinya. Dia mahu ke rumah Khai dan bertanya mengenai hal itu. Bukan main teruja lagi dia mahu menghadiri majlis kahwin itu, tetapi kenapa dia tidak dijemput? Khai masih marahkan dia lagi ke? Aduh!

Macam mana lagi cara dia mahu memujuk Khai? Mungkin luka dikhianati itu sangat dalam. Dia tidak boleh salahkan Khai kerana Khai tidak tahu. Mungkin dia patut berterus-terang. Mungkin. Yalah, takkanlah dia mahu ke majlis kahwin itu tanpa dijemput pula. Tak ke haru majlis itu nanti.

Apabila sudah sampai di hadapan pagar rumah istana Khai, dia berhenti. Dia tidak boleh masuk ke rumah itu lagi kerana dilarang oleh Nek Chu dan TS Mazhe sendiri. Jadi, dia hanya berdiri di situ dan hanya memberitahu pengawal untuk menemui Khai.

Pada mulanya, Khai ragu-ragu mahu berjumpa dengan Zull, tetapi oleh sebab kasihan, jadi dia tetap keluar dan telah pergi ke luar pagar rumah itu juga, dan disaksikan oleh Roy Azrai serta Lee, juga seorang pengawal peribadi keluarga itu.

"Khai! Terima kasih sebab sudi jumpa aku." Kata Zull dengan senyuman lebar.

"Kenapa?" soal Khai tanpa memandang ke arah Zull pun.

"Khai...aku tak dapat kad kahwin kau lagi, kau lupa nak bagi dekat aku ke? Hehehe."

"Tak, saya memang tak mahu baginya kepada awak." Kata Khai tegas.

Setelah sebulan berlalu, lagak Khai sudah tidak selembut dahulu, sedikit demi sedikit dia mula 'keras'. Kelembutan itu masih lagi ada, tetapi ia sudah kurang. Malah, sedikit demi sedikit sifat tegasnya sudah hampir sama seperti papanya, Mazhe.

Apabila mendengarnya, dada Zull seperti dicucuk suatu yang tajam dan mencucuk-cucuk jatung hatinya.

"Khai, sebenarnya video yang viral tu bukan aku yang buat."

Khai mengerutkan dahinya. "Apa maksudnya?"

"Orang lain yang buat, tapi aku mengaku bagi pihak dia sebab aku mahu melindungi kau."

"Melindungi saya? Saya boleh melindungi diri saya sendiri, Zull. Jadi, saya tak perlukan pelindungan awak. Sudah hampir sebulan lebih ia berlaku, kenapa baru sekarang awak mahu berterus terang? Ia memelikkan. Heh! Awak tahu kenapa saya tak ajak awak ke majlis penting saya? Sebab saya rasa awak juga mahu merosakannya. Oleh sebab itu, baru sekarang awak datang jumpa saya dan beritahu tentang pengakuan palsu itu, kan. Awak mahu ke majlis itu dan merosakannya."

"Khai, aku tak tipu Khai. Aku jujur, memang bukan aku yang buat. Aku silap sebab mengaku sebelum ini, se-sebab aku tak sangka ia akan jadi macam ini sekali. Aku minta maaf, Khai. Sumpah, aku tak ada niat macam tu. Aku cuma nak datang ke majlis kau dan ada semasa hari penting kau berlangsung. Percayalah."

"Sudahlah, saya tak rasa saya dapat percayakan awak lagi. Awk boleh balik dan, saya tak mahu awak di majlis penting saya. Saya tidak mahu peristiwa itu berulang lagi. Saya menanggung malu yang amat besar disebabkan perkara itu. Kalau awak ke sana, esoknya mesti akan keluar berita, 'Anak TS Mazhe menikah kerana mahu menutup malu' atau 'Anak TS Mazhe menikah kerana mahu menutup seksualiti', kan?"

Kali ini, Zull mendiamkan dirinya. Dia telah melakukan kesilapan yang besar. Kesilapan yang mengakibatkan kesan 'domino' dari semasa ke semasa. Dia tidak menjangkakan perkara ini. Tak apa, tak apa, mungkin selepas ini keadaan akan jadi okey antara dia dan Khai. Dia hanya perlu sabar, ini salahnya juga. Bodoh betul dia sebelum ini. Aduhai!

"Um, macam mana kalau kita buat perjanjian? Aku tak akan kacau majlis itu dan tak akan berada dekat majlis itu pun, aku hanya memerhati dari ja-..."

"Saya tak mahu buat apa-apa perjanjian dengan lelaki macam awak. Saya tak sangka awak serendah itu."

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now