Chapter 2

747 60 1
                                    

"B-bukan, tapi....sebenarnya...Boboiboy nak tanya satu permintaan. Boleh ke?"

Mendengar kata anaknya, suami isteri itu berpandangan sesama sendiri, sebelum melihat ke anak mereka kembali.

"Permintaan? Permintaan apa ni, sayang?" Mara turut berhenti makan, dan meletakkan sudunya ke pinggan.

"Haah. Ada sesuatu berlaku ke?" Amato turut melakukannya juga.

Boboiboy menarik nafas, mengumpulkan segala kekuatan untuk mengatakan niatnya.

Amato dan Mara menunggu sehingga anaknya bersedia.

"Sebenarnya.....Boboiboy nak minta sesuatu, kalau Bonda dan Ayahanda benarkan...."

Mara hanya mengusap kepala anaknya kembali, sambil tersenyum.

"Semestinya Bonda dan Ayahanda benarkan sayang. Macam mana Bonda dan Ayahanda nak tolak permintaan anakanda kesayangan kami ni?"

Kata kata Mara menenangkan sedikit sang putera muda itu.

"Betul! Minta je apa apa ke kami, kami akan tunaikan" Amato memberi harapan kepada Boboiboy.

Boboiboy membalas senyuman ayahnya, merasa bersyukur, ibu bapanya murah hati.

"Sebenarnya....boleh tak kalau....Boboiboy nak minta untuk bersekolah?"

Boboiboy akhirnya menyebut niatnya.

"Bukan sekolah diraja, tapi sekolah rakyat biasa"

Permintaan Boboiboy itu membuatkan Amato dan Mara terdiam sementara, dan melihat ke arah satu sama lain.

Agak lama juga, membuatkan Boboiboy risau permintaannya tidak diterima oleh mereka.

"Erm....."

Dia menggoyang goyangkan kakinya di bawah meja makan itu, mula menjadi seperti cacing kepanasan apabila dia tidka mendapat apa apa balasan daripada mak ayahnya itu.

Dia mampu melihat dahi mak ayahnya berkerut, memikirkan permintaan anak mereka itu.

"Sayang....er....biar Ayahanda dan Bonda bincangkan benda ni dulu, ya?"

Harapan Boboiboy mulai sedikit menghilang apabila ayahnya mengatakan perkara itu.

Dia dah agak dah, memang bukan senang mahu meminta susatu sebesar itu kepada mereka.

"Betul, Boboiboy. Sementara tu, habiskan makanan kamu dulu, ya?" Mara mencuba memujuk anaknya, kerana dia tahu anaknya merasa sedikit kecewa.

Mereka bertiga pun kembali menyambung menghabiskan santapan mereka kembali.

.
.
.

Masa santapan sudah tamat, dan keluarga diraja itupun bersurai, kembali ke aktivitas seharian mereka masing masing.

Boboiboy berjalan kembali ke biliknya semula, dengan wajah sedikit kecewa.

"Haih...."

Dia kembali semula ke biliknya, kerana dia tidak ada benda mahu lakukan ketika itu.

Ia membuka pintu biliknya, dan masuk ke dalamnya.

Kita tidak sempat interview rupa bilik sang putera kita ni, kan?

Bilanya memang lah besar, semestinya bukan seperti bilik rakyat kebiasaanya.

Sama macam dalam cerita Sofia The First tu, uhuk-

Katilnya pun luas, sehingga mampu memuatkan 5 orang di atas katil itu.

Di hujung lain biliknya pula, ada 3 rak buku yang besar, dengan banyak buku bertindan tindan pada satu sama lain, menunggu untuk dibaca oleh anak kerabat diraja itu.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now