Chapter 6

501 52 3
                                    

Masa waktu pelajaran berlalu, dan sudah tiba waktu rehat untuk sekolah itu.

Kedengaran bunyi loceng pertukaran waktu, yang menunjukkan waktu rehat telah tiba.

Cikgu Zamri, yang sedang mengajar Sains ketika itu, meletakkan pen markernya di atas meja, dan berpusing menghadap anak anak muridnya.

"Baiklah, murid murid, kamu semua dah boleh pergi rehat sekarang"

Mendengar itu, kelas pun mula menjadi hingar bingar dengan semua pelajar mulai satu persatu berebut keluar daripada kelas itu untuk pergi mengisi perut mereka masing masing.

Boboiboy yang keliru dengan apa yang berlaku, bertanya kepada kawannya itu.

"Er....kenapa ni, Ocho?"

Ochobot yang sedang menyimpan buku bukunya ke dalam beg, berpaling ke arahnya.

"Hm? Oh. Sekarang waktu rehat" jawapnya.

"Waktu rehat?" tanya Boboiboy lagi.

"Setiap hari, akan diberi masa 40 minit untuk kita isi perut dan buat apa apa yang lain yang diluar pembelajaran" jawap Ochobot.

"Oh-jadi...kita nak kena pergi mana ni?"

Ochobot berdiri, dan berjalan ke depan Boboiboy.

"Ke kantin. Jom"

Ochobot menghulurkan tangannya kepada puteranya itu.

.
.
.

Boboiboy dan Ochobot berjalan menuju ke kantin sekolah.

Mereka hanya mengikuti mana pelajar lain pergi sahaja, kerana tidak tahu mahu bertanya kepada siapa.

Selamat lah mereka berjaya menjumpai kantin sekolah itu.

Mereka berjalan masuk ke dalam kantin itu.

Saiznya hanya sedikit lebih kecil daripada dewan sekolah, kerana untuk memuatkan semua pelajar di sekolah itu.

Memang keadaan di sana sedikit riuh rendah, dengan semua pelajar yang berebut mahu membeli makanan.

"Kau pergilah cari tempat duduk dulu. Biar aku yang belikan makanan. Klau nasi goreng boleh ke?" tanya Ochobot.

"O-oh, boleh"

Ochobot pun berjalan pergi meninggalkan kawannya itu, dan masuk ke dalam kerumunan lautan manusia, untuk membeli makanan.

Boboiboy masih lagi tercegat di tempatnya kaku, tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

"O-O-Ocho kata t-tadi suruh cari tempat duduk k-kan? M-mari kita cari"

Seberapa gementar dirinya, sehingga dia terberjalan seperti robot.

Selamatlah tiada pelajar yang kisah dengan cara jalannya kerana tumpuan mereka hanyalah makanan.

Boboiboy jadi macam ini sebab dia tidak terbiasa membuat keputusan untuk dirinya sendiri.

Biasanya Ochobot yang lakukan untuknya.

Tengoklah seberapa tidak berdikari dan kakunya Boboiboy sebagai hasilnya.

Memang susah nak berubah daripada kebiasaan, kerana dia sudah seumur hidupnya di dalam istana dan tidak pernah berada di dalam kerumunan manusia yang tidak mengenalinya sama sekali.

Tetapi dia mencuba.

Sehari sebelum itu, Boboiboy sudah berlatih bercakap di depan orang ramai, dengan mengumpulkan beberapa dayang dan pengawal yang tidak biasa berinteraksi dengannya.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now