Chapter 8

405 47 4
                                    

Mereka belajar Matematik pada pagi itu.

Cikgu mereka adalah Cikgu Shamrul, guru disiplin sekolah itu.

Masuk sahaja Cikgu Shamrul ke dalam kelas, satu kelas terus senyap, tidak mahu membuat Cikgu mereka itu marah.

Sepanjang waktu pembelajaran, memang mereka senyap sahaja, sambil menyalin kerja yang ditulis Cikgu Shamrul di papan putih.

Hanya mampu didengari bunyi kipas dan pen marker yang berlaga dengan papan putih sahaja sepanjang satu jam itu.

Boboiboy melihat ke arah budak budak di dalam kelasnya, semua tersneyum dengan dahi berpeluh seperti lautan pasifik, dengan tangan yang tidak lekang daeipada menyalin.

Tiba tiba, loceng pertukaran waktu belajar berbunyi.

"Hm? Hm..."

Cikgu Shamrul pun meletakkan pen marker kepada besi yang berada di papan putih itu.

"Yaya" Cikgu Shamrul memanggil sang ketua kelas itu.

Yaya mengangguk, dan bangun daripada kerusinya.

"Bangunnn! Terima kasih, Cikgu!"

Para pelajar lain pun melakukan benda yang sama.

"TERIMA KASIH CIKGU!!!"

Cikgu Shamrul pun keluar daripada kelas itu.

Pelajar yang berada di sebelah pintu, memastikan Cikgu Shamrul cukup jauh daripada kelas mereka.

Dia pun mengangkat tangannya, menandakan cikgu dah cukup jauh.

Satu kelas melepaskan nafas lega.

"Huhhhhh, selamatttt" kata Gopal sambil mengusap dadanya sendiri.

Ochobot dan Boboiboy sampai naik kening melihat tingkah laku budak budak kelas mereka itu.

"Korang semua ni dah kenapa? Macam takut semacam je?" kata Ochobot.

Terus satu kelas terkejut mendengar kata kata Ochobot.

Gopal terus melompat daripada kerusinya, dan menutup mulut Ochobot dengan jari telunjuknya.

"Shhh shh shh shh! Jangan cakap macam tu Aidannnn!"

Kedua sekawan itu makin lama makin blank jadinya dengan perangai mereka semua ni.

"Kenapa pulak? Apa salahnya?" Ochobot menepis jari Gopal daripada mulutnya. Bau kari masala.

"Kau tahu tak Cikgu tu siapa?" Gopal bertanya dengan wajah takut.

Ochobot memandang Gopal atas bawah dengan wajah malas.

"Tak" jawap Ochobot singkat, padat dan jelas.

"Manalah aku nak tahu. Aku dengan Boboiboy kan baru pindah sini, soalan kau ni pun" tak pasal pasal Gopal kena marah.

Gopal pun berdehem, dan tiba tiba, satu kelas jadi gelap dengan semua tingkap berkunci, dan sekali lagi diri mereka dikerumuni semua murid dalam kelas itu.

"Hah, kalau kau tak tahu, sini kami bagi tahu" Fang bergabung dalam lautan manusia itu.

Seketika Boboiboy menyesal minta bersekolah.

"Cikgu Shamrul tu Cikgu disiplin sekolah ni! Ada khabar mengatakan, Cikgu adalah bekas general tentera! Lepas berhenti, dia jadi juara tinju lapan kali dan berenang merentas lautan pasifik!"

Gopal memasang lampu suluh di bawah dagunya, mencuba menaikkan kesam seram di dalam penceritanya.

"Dan orang kata, dia pernah membuat pembedahan ganti urat dia dengan dawai besi!!!"

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now