Chapter 10

531 53 11
                                    

Mereka sudah kembali ke istana, dan mereka berdua masuk ke dalam bilik Boboiboy dan meletakkan beg baju mereka tadi di atas katil sang putera itu.

"Hah, ni kau punya baju. Aku ada beli tiga. Hoodie, t-shirt, dan satu set cardigen dan t-shirt. Kau suka warna oren kan?"

Ochobot mengangkat beg itu, tanpa melihat ke belakang. Dia masih lagi membelek belek baju miliknya.

Ochobot tidak tahu yang dia di dalam bahaya.

"Kau lupa ke, Ochobot?"

Boboiboy sedang tersenyum nakal tanpa Ochobot melihatnya.

"Hah? Maksud kau?"

Ochobot pun memandang ke belakang.

Tetapi, sepantas kilat, Boboiboy terus melompat dan menerkam Ochobot ke atas katilnya.

"HIYAHHHHHH!!!!"

"WARGHHHHHH!!!!"

Boboiboy menggeletek Ochobot sekuat hatinya, sementara sang mangsa ketawa tanpa henti.

"HAAHAHAHAHAHAHA!!!! STOP WEH STOP-HAHAHAHAHA!!!"

"HAH, KAU SAKAT AKU TADI KAN?!"

Ochobot dah sampai berair matanya ketawa tanpa henti.

Boboiboy puas lihat riak wajah menyerah kalah kawannya itu.

"Hah...hah...hah...dah, stop wehhhh aku dah tak tahannnn..."

Setelah mendengar apa yang dia mahu dengarkan, sang putera itu pun melepaskan Ochobot, dan turun daripada katil dengan muka puas.

"Hah, siapa suruh sakat aku? Kan dah kena"

Ochobot mencebit tak puas hati, tapi tidak membuat apa apa sebab diorang dah seri sekarang.

Menyesal pulak bagitahu kawan dia tu yang kelemahan dia adalah geletek.

"Eleh. Hah, aku cakap kat sekolah tadi nak berlatih bola sepak kan? Apa lagi, jomlah! Tak sabar aku nak belasah kau cukup cukup!"

Ochobot terus berdiri semula dan terus mencabar kawannya itu.

"Heh! Jomlah! Tak sabar aku nak tengok kasut terbang lagi!"

Terselit sakatan di sebalik ayatnya itu yang semestinya Ochobot terus faham apa yang kawannya itu cuba katakan.

"Eeeiiiii! Dah! Jom pergi padang belakang istana!"

Ochobot pun menghentak kakinya keluar daripada bilik itu, dan menghempas pintu.

Boboiboy pula masih lagi tidak bergerak, malahan masih tergelak  melihat riaksi Ochobot.

"Hahahaha!!!"

Boboiboy pun mengelap pergi air mata ketawanya, sebelum berlari mengikuti Ochobot daripada belakang.

Sepanjang mereka berlatih main bola sepak, memang dekat 5 kali jugak lah kasut Ochobot melayang.

Sampai merah muka Ochobot tahan malu.

Boboiboy yang sedang berdiri di goal kayu buatan mereka sendiri daripada papan kayu yang mereka jumpa tidak jauh dari situ.

Dia kelihatan menahan ketawa sambil tersenyum nakal ke arah Ochobot.

Dan of course lah Ochobot tak puas hati dipandang sebegitu rupa.

"Ish! Kenapa susah sangat nak tendang bola ni?!"

Dia menendang bola itu semula ke arah goal, tetapi bola itu melencong jauh ke kiri, lansung tidak ada peluang nak masuk goal.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now