Chapter 17

1.4K 115 254
                                    


Mereka sekarang berada di angkasa,kapal hanya terapung di ruangan angkasa lepas.

Kaizo sedang sibuk dengan kerjanya manakala Fang dan Boboiboy berada di ruangan makan.

"Nampaknya Kuputeri juga sudah bersedia untuk menerima kehadiran kau...semuanya seperti yang dirancang...",kata Fang dengan tablet di tangannya.

"Hmm...menyusahkan..Kirana dalang semua nih jadi dia akan terima akibatnya nanti.",balas Boboiboy dingin.

Makanan yang disediakan dimakan perlahan.

"Nampaknya agak susah untuk kalahkan Kuputeri dan Kirana nanti..."

"Maksud kau?"

Skrin tablet ditunjukkan kepada Boboiboy. Terlihat pola kekuatan Kuputeri dan Kirana.

"Sepertinya mereka berjaya kawal kuasa elemental 100%...ini lagi susah dari yang lain..."

Hmm...

"Mungkin elemental lain ada rancangan diorang?",kening diangkat sebelah.

Elemental.

Muncul 5 orang di depan mereka berdua.

"Wah! Hebat lahh tuan dah boleh berpecah tanpa perlu jadi salah satu elemental!",dengan teruja Blaze berkata.

Gempa hanya tersenyum. Thorn terus peluk Blaze erat.

"Lagi sorang untuk cukupkan team kita huhuhu"

Blaze mengangguk laju.

"Mari sama-sama kita selamatkan Taufan! Dasar budak angin yang menyusahkan!",dengan selamba Blaze berkata.

"Betul tuh! Susahkan orang je kerja...",sokong Thorn.

Pak!

Adeh!

Mereka berdua menggosok kepala yang diketuk oleh Boboiboy.

"Aipp! Elemental korang juga tuh.."

Ehehehehehe

"Ampunnn tuan~"

Di sisi lain kelihatan Ice mendekati Solar yang sedang buat kopi. Ini budak muncul je terus pergi buat kopi dia. Ketagih agaknya.

"Aaa..pipi kau cedera sebab apa?",tanya Ice pelik.

"Perlawanan 2 hari lepas...",jawab Solar lalu menghirup secawan kopi.

"Tapi bukan ke kalau kita sebagai elemental bila cedera takkan kekal luka tuh? Paling pelik kau dengan Boboiboy ada luka yang sama..."

Dengar sahaja penjelasan Ice membuatkan Solar tersedak.

Ohok..ohok!

Pada masa yang sama Boboiboy juga batuk seperti Solar.

Fang memandang mereka berdua silih berganti.

Belum sempat dia bersuara Gempa terus membuka mulut.

"Macam ada sesuatu tak kena..."

Kopi yang dibuat terus diminum sehingga habis.

"Takde apalah...kebetulan je..",kata Boboiboy dengan senyuman.

Hmm..

"Bagi tablet tuh Fang...aku nak tengok pola kekuatan mereka berdua.."

Cepat sahaja Solar menukar topik membuatkan yang lain pergi kearahnya untuk melihat skrin tablet.

Tangan kirinya memegang tablet tetapi susah untuk dia tekan skrin tablet dengan sarung tangan kanannya.

"Kejap..."

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now