Chapter 18

1.3K 105 149
                                    


Sudah 4 hari berlalu dan mereka sudah bersiap sedia untuk bertemu Kuputeri esok.

"Semua rancangan sudah tersusun kan?",soal Kaizo yang baru selesai dengan kerjanya.

"Yup dah siap! Jangan risau.",jawab Fang.

Boboiboy berada di bilik dia sedang buat kerja dia.

"Jadi Boboiboy ada simpan apa-apa rahsia ke?"

Dengar sahaja soalan dari abangnya membuatkan Fang termenung keluar tingkap.

"Hmm...entahlah dia asyik lari dari jawab soalan tuh walaupun elemental tanya soalan yang sama.."

Keluhan berat dilepaskan. Dia masih tertanya-tanya kenapa kawan baiknya rahsiakan sesuatu darinya?

"Mungkin dia ada sebab tersendiri...suatu hari nanti dia mesti akan bagitahu ataupun kau tahunya sendiri.",tenang sahaja Kaizo berkata.

Cuba untuk menenangkan hati gelisah adiknya.

"Hmm...harap begitulah..."

Bahu Fang ditepuk perlahan dan Kaizo memandang adiknya.

"Sudah... pergilah panggil Boboiboy...masa untuk makan malam sekarang.."

"Baik abang.."

Langkah dibuka kearah bilik kawannya.

Krek...

Pintu dibuka perlahan dan kelihatan Boboiboy sedang duduk di kerusi dengan matanya tekun menatap tablet.

"Boboiboy.."

Perbuatannya terhenti dan dia terus mengalihkan pandangan kearah Fang.

Cermin mata yang dipakai terus dibuka.

Cermin mata yang dipakai terus dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ye?"

"Masa untuk makan malam.."

"Ok nanti aku keluar.."

Cermin mata diletakkan di tepi dan tablet ditutup.

Matanya digosok beberapa kali.

"Aku tunggu dekat luar.."

Pintu ditutup kembali dan Boboiboy bangun dari duduknya.

Selesai mengemas semula mejanya dia terus keluar dari bilik menuju terus ke dapur.

.

.

.

.

Keesokan harinya....

Kapal angkasa mendarat di planet Kuputeri dan dapat dilihat tentera sudah beratur di depan kapal angkasa mereka.

"Seperti yang dirancang."

Plaster luka di pipi disentuh sekilas sepertinya luka tuh agak dalam untuk sembuh sepenuhnya.

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now