Chapter 11

380 48 0
                                    

Waktu persekolahan pada hari itu pun tamat.

Tetapi, setiap murid di sekolah itu masih tidak meninggalkan perkarangan sekolah.

Itu kerana waktu Kokorikulum sudah tiba.

Setiap pelajar diberi masa setengah jam untuk mengisi perut sebelum mereka akan dipecahkan ke dalam sukan permainan masing masing.

Boboiboy dan Ochobot sedang bersama dengan Gopal dan Fang, menjamu selera masing masing di kantin.

Tapi Ying dan Yaya tiada di sana.

"Hm? Korang, Yaya dengan Ying mana?" tanya budak beruban itu.

"Diorang dekat perpustakaan, macam biasa. Walaupun bukan musim peperiksaan, diorang dah siap siap ulang kaji dah"

Gopal menjawap dengan muka malas, sebab walaupun tidak melihat mereka pergi ke mana, dia sudah tahu tujuan dua gadis itu.

Ochobot yang melihat riaksi wajah Gopal yang seperti tidak suka dengan perkara itu, ternaik sebelah keningnya.

"Hm? Kan bagus macam tu? Daripada buat benda tak berfaedah kan lebih baik timba ilmu banyak banyak?"

Wajah Gopal hanya bertambah tak suka dengan jawapan Ochobot.

"Aku tahu. Tapi tak kan lah nak 24 jam menghadap buku je? Dah lah buku ilmiah. Kalau buku komik tak apa lah jugak"

Ochobot hanya menggeleng mendengar alasan Gopal. Tapi sebelum dia mampu membuka mulut, Gopal sudah melintas dia dahulu.

"Apa? Ada ok buku komik pembelajaran? Macam pengembaraan angkasa lepas, ke dasar laut, fizik, matematik, tu semua aku dah bantai ok? Best sikit belajar macam tu daripada menghadap huruf dan nombor tak kesudah"

Fang sendiri siap ternganga mendengar apa yang Gopal katakan.

Ini benda haru bagi dia.

"Weh, biar betul? Kau baca buku komik ilmiah?"

Mendengar nada terkejut Fang membuat tertumbuh perkaki empat di kepala Gopal.

"Yelah. Apa, kau ingat aku tak pernah belajar? Aku gagal subjek Matematik je ok? Yang lain semua aku lulus! Sejarah lulus, Sains lulus, Perniagaan lulus! Aku gagal matematik pun sebab buku komik yang aku beli tu buku matematik Tingkatan 1"

Mereka bertiga facepalm kepala sendiri mendengar ayat terakhir Gopal.

"Pulak. Boleh pulak macam tu?" Boboiboy menatap Gopal dengan muka hampa.

"Apa? Buku komik mahal ok? Tak ada duit nak beli yang baru" kata Gopal selamba.

Ochobot hanya mampu menggeleng dengan situasi itu.

Tiba tiba, kedengaran pengunguman maklumat bergema.

"Semua murid diminta beratur di sukan permainan masing masing dengan segera"

Mendengar arahan itu, semua murid yang berada di kantin pun mula bangun dan berjalan ke arah dewan terbuka sekolah mereka untuk beratur.

Ochobot berpaling ke arah kawannya itu.

"Boi, aku nak pergi ke barisan bola keranjang dengan Fang sekarang tau" kata Ochobot sambil Fang mula berdiri di sebelahnya.

"Oh, ok, tak apa. Aku pun nak pergi barisan bola sepak dengan Gopal" Boboiboy menepuk bahu sosok yang lebih tinggi daripadanya itu.

"Ok, bye. Jumpa waktu balik nanti" Fang melambai ke arah mereka berdua.

"Bye!" Boboiboy turut melambai kembali.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now