Chapter 20

1.4K 112 254
                                    


3 hari sudah berlalu sejak kejadian tersebut...

Elemental yang lain akan berpecah dan berlatih lebih kerap.

Mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk selamatkan Hali sebab Solar masih tidak sedarkan diri.

Di bilik...

Kelihatan Thorn sedang menyalurkan tenaganya ke seluruh badan Solar.

"Macam mana harini?",tanya Boboiboy risau.

"Tangan dia semakin sejuk dan cahaya kristal elemental semakin pudar...",jawab Thorn.

Peluhnya dilap dengan lengan baju. Dia kelihatan agak penat selepas menggunakan kuasa dari pagi tadi.

Sejak semalam dia mula menyalurkan tenaga kepada Solar.

Gempa bagitahu bahawa kristal elemental Solar yang retak akan lebih cepat sembuh kalau disalurkan dengan tenaga kuasa elemental tumbuhan.

"Cukup untuk harini Thorny....kau perlu berehat.."

"Tapi..."

Thorn memandang kearah Boboiboy yang menggeleng perlahan.

Hmm..

"Baiklah.."

Boboiboy hanya melihat Thorn berlalu pergi ke biliknya untuk berehat.

.



.



.



.

Di bilik latihan...

(Jadi kapal angkasa Kaizo ada banyak bilik...bilik tidur,bilik makan dan bilik latihan..)

Kelihatan Gempa sedang berlawan dengan Blaze.

Pertarungan jarak dekat mereka sangat sengit.

Taufan pula jadi pasukan sorak dekat tepi. Kejap sokong Gempa kejap Blaze.

"Go Mama!! Go my brother!!!"

"Aku bukan mama kau lah!"

Eheheehhe

Sengihan diberi dan jelingan maut diterima.

Erk.

Mereka berdua berlawan tanpa menggunakan kuasa. Macam gusti tuh.

Satu tumbukan dituju tepat pada perutnya tetapi dengan mudah Gempa menghalang serangan Blaze.

"Perlu lebih pantas...tenangkan fikiran kau Blaze...jangan biarkan kemarahan mengawal emosi kau..",pesan Gempa.

"Aku cuba!"

Hiyargh!!

Dengan pantas Blaze menyepak kaki Gempa sehingga dia jatuh ke lantai.

Satu penumbuk diberi tapi tindakan Blaze berhenti tepat di depan wajah Gempa.

"Aku menang."

"Sentiasa fokus."

Sap!

Tangan Blaze dipegang kuat dan Gempa terus memusingkan tubuh Blaze dengan kakinya dan automatik Gempa berada di atas Blaze dengan penumbuk tepat di wajah Blaze. Hanya jarak 1cm sahaja.

Argh!

"Yosh jangan cepat pandang rendah pada pihak lawan.",kata Gempa sinis.

"Tch. Lain kali aku akan menang!",balas Blaze dengan wajah tidak berpuas hati.

Gempa terus bangun dan dia menghulurkan tangan kearah Blaze.

Tangan disambut dan Blaze terus bangun dari baringnya.

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now