...sambungan Bab 74

25 4 0
                                    

...

KHAI keluar dari biliknya dan kemudian ke ruang tamu rumahnya itu. Di situ, dia nampak Nek Chu sedang makan buah-buahan yang sudahpun dipotong dalam bentuk kiub. Khai tersenyum ke arah Nek Chu, lalu melabuhkan punggungnya ke atas sofa.

"Mana papa, Nek Chu?"

"Ada dalam bilik dia. Makan malam dengan Dilan dan kawan-kawan kamu yang lain pun tak jadi tadi. Sejak dia balik dari rumah Dilan, dia berkurung dalam bilik. Kenapa? Ada apa-apa yang berlaku ke di sana ke?"

Khai menggelengkan kepalanya dengan perlahan. "Mungkin dia rasa serba salah atas apa yang berlaku kepada Zull."

"Kenapa dengan budak tu?"

"Dia keluar dari rumah tu selepas papa cakap sesuatu, tetapi bukan hal besar pun."

"Oh ya ke." Nek Chu terus menyengih, mahu tergelak kecil pun ada. Tetapi, dia perlu menahannya, nanti haru jadinya. "Si Zull ni memang bermasalah sikit. Nek Chu dah pernah bagi amaran dekat Khai sebelum ini kan. Tapi, yalah Khai sangat sukakan dia sebelum ini, jadi Nek Chu biarkan sajalah. Tapi, Nek Chu selalu berdoa supaya Khai sedar dan buka mata Khai dengan perangai sebenar dia tu."

Khai mengangguk dengan perlahan kerana mengeyakannya. "Khai patut dengan kata-kata Nek Chu."

"Ya. Sebelum ini, ada ke patut dia tuduh Nek Chu yang upah orang untuk tolak dia ke dalam sungai. Dia tu psiko, Khai. Sayang, muda-muda lagi dah gila. Dia mungkin nak jatuhkan kita atau bolot harta kita je tu. Yalah, mana ada orang suka apabila melihat kita lebih senang dari dia."

"Kenapa dia tuduh Nek Chu? Dan bila ia berlaku?" Khai mula mengerutkan keningnya. Dia tidak pernah dengar pula pasal hal ini.

Nek Chu mula tersedar. Dia sudah terlepas cakap. Niat di hatinya mahu mencurahkan arak ke dalam api atau mengapi-api Khai sahaja. Tetapi, tanpa dia sedar, dia telah menimbulkan isu itu kembali seperti 'api padam puntung berasap'.

"Tak apalah Khai, cerita dah lama dah pun, sebelum Khai bertunang dengan Ayumi."

"Tak, tak kisahlah baru atau lama, tapi dia tidak berhak tuduh Nek Chu buat sesuatu yang Nek Chu tak buat."

"Tak apa, Khai. Nek Chu sudah selesaikan ia dengan elok, sekarang ini kita mampu berdoa ajelah dia berubah dan kembali ke jalan lurus atau supaya biul dia tu dapat diubati ke kan. Khai sabar ya. Tak perlulah ungkit perkara ini lagi atau beritahu dia hal ini, okey. Benda dah lepas." Pujuk Nek Chu dengan wajah kasihan dan reda. Dia memang pakar dalam bab lakonan.

Khai terus menggelengkan kepalanya. Tak, ia bukan hal yang lepas, baginya ia perkara yang masih baharu. Selama ini dia baik dengan Zull kerana menyangkakan Zull seorang kawan yang baik. Dia menelan semua maki hamun dan bebelan Zull sebelum ini. Dia juga mendiamkan diri saat Zull memanggilnya 'sotong', kek span dan sebagainya, tetapi kali ini, dia tidak boleh diamkan diri lagi. Lagi-lagi apabila dia tahu Zull mempunyai kaitan dengan Raidez sedari awal. Rupa-rupanya selama ini mereka semua dikaburi oleh lakonan Zull.

Khai bingkas bangun. "Khai mahu ke bilik papa kejap, lepas itu terus masuk tidur."

"Okey, sayang. Good night and sweet dreams."

Khai sekadar tersenyum dan terus bergerak ke bilik ayahnya. Dia mahu menemui ayahnya dan berbual-bual. Mungkin dengan berbual-bual dapat memujuk hati ayahnya.

Mazhe sedang membelek-belek gambar dia, Elena dan Khai dalam album gambar. Setiap kali dia dilanda masalah atau susah hati, dia memang suka membelek gambar-gambar itu. Sebelum ini, Elena adalah tempat dia mengadu semua masalahnya kerana Elena seorang pendengar dan pemberi semangat yang baik.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now