Chapter 12

327 47 2
                                    

"Di sini pun anak anak Papa!"

Kapten Papa memeluk kedua dua anak tidak sahnya itu.

Macam bunyi salah pulak ayatnya, uhuk-

"P-Papa?!"

Mereka berdua terkejut melihat ayah tipuan mereka itu muncul di sana.

Kapten Papa tersenyum besar ke arah mereka berdua.

"A-Apa yang Papa buat dekat sini?"

Ochobot yang pertama bertanya.

"Apa lagi? Cari anak teruna berdua Papa ni lah!" Kapten Papa menepuk belakang mereka berdua mesra seperti seorang ayah.

"Kamu berdua tak bagitahu pun dekat Papa yang kamu berdua ada Koko hari ni! Jenuh Papa tunggu dekat luar selama hampir sejam sebab kamu berdua tahu tak?!"

Kapten Papa sengaja menggunakan nada separuh merajuk ketika mengatakan perkara itu kerana mahu bergurau dengan mereka berdua.

Memang tak nya lah dia nak marah dekat mereka berdua betul betul, sebab satunya pengawal peribadi termuda di istana dan satu nya lagi straight up putera dekat kerajaan tu. Karang tak pasal pasal dia pulak yang kena nanti.

Kedua dua sekawan itu hanya mampu tersenyum macam kerang busuk bila ditegur sebegitu oleh Kapten Pengawal mereka itu.

"Alah Papa~bukannya kitorang sengaja! Kitorang sendiri pun baru tahu yang hari ni ada Koko! Tak ada sesiapa pun yang bagitahu dekat kitorang!"

Boboiboy cuba back up dirinya sendiri, tidak mahu dipersalahkan, sebab ianya memang bukan salah mereka berdua.

Sementara tiga anak beranak tak sah itu berborak di tepi, Fang masih tercegat di depan mereka.

Fang yang masih blur dengan apa yang terjadi, ternganga mulutnya sambil kepalanya teleng ke tepi bila mendengar mereka berdua menyebut lelaki tua di tempat mereka itu "Papa".

"Jap jap jap. Korang berdua ni adik beradik ke?!"

Habis hilang cool Fang dibuatnya ketika itu, dengan cermin mata Fang sengek dibuatnya.

Tumpuan mereka bertiga berpindah ke Fang bila mereka ditanyakan soalan tiba tiba itu.

"Hah?" Tapi itu sahaja yang dijawap dua sekawan itu.

"Korang berdua panggil Pakcik ni Papa, jadi maksudnya korang berdua ni adik beradik lah kan?!"

Memang terkejut lag Fang dibuatnya macam tu, sebab waktu memperkenalkan diri, memang diorang perkenalkan diri mereka sebagai kawan, dan bukan adik beradik.

Dua sekawan itu melirik ke satu sama lain sambil tersenyum kaku dengan dahi mereka sudah berpeluh dingin.

Adoi, Fang tersalah faham pulak-

"Er....bukan adik beradik sebenar lah sebenarnya, ehehehe..."

Boboiboy bermain jari, sambil mencuba untuk cari idea untuk menipu, sambil dirinya melirik ke arah Ochobot, menyuruh kawannya itu untuk berlakon juga.

Ochobot terus menangkap isyarat mata kawannya itu, dan cepat cepat masuk berlakon juga.

"Kitorang adik beradik angkat. Kan Papa?"

Ochobot cepat cepat cuba menipu kerana tidak mahu Fang tahu perkara sebenar.

Ochobot turut mencuba memberi isyarat mata kepada Kapten Papa, menyuruh dia untuk berlakon juga.

"Betul betul! Pakcik jumpa mereka dekat rumah anak yatim dan adopsi mereka berdua jadi anak kebenaran!"

Kapten Papa faham apa yang Ochobot cuba lakukan dan masuk berlakon juga.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now