∞ 5 ∞

5.3K 339 36
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

Eryna keluar dari keretanya. Berkerut seribu dahi gadis itu apabila melihat kedainya elok terbuka bersama pelanggan keluar masuk.

"Aik? Tadi kata terbakar. Ni satu api pun takde ni," omel Eryna perlahan.

Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam kedai bahunya di tepuk seseorang.

Eryna pusing untuk melihat gerangan yang menegurnya namun mulutnya terus ditekup kain.

Eryna meronta-ronta. Terkejut gadis itu melihat sekumpulan perempuan berpakaian hitam mendekati dirinya.

Sedaya upaya Eryna meronta-ronta supaya dirinya dilepaskan namun hampa. Tubuhnya ditarik ke van hitam.

Lama kelamaan Eryna merasakan kepalanya semakin berat sebelum pandangannya menjadi gelap.

'. '. '. '

"Lena betullah bride to be kita ni weh, banyak sangat ubat tidur kau bagi ni,"

"Aku pulak. Dah si Faeeq tu bagi ubat tidur, kita buat jelah, lagi pun ni je cara nak luangkan masa dengan si gengster ni,"

Berkerut dahi Eryna apabila mendengar suara-suara disekeliling nya. Mata dibuka perlahan sebelum memerhatikan sekeliling.

Dirinya berbaring diatas tilam empuk. Pemandangan luar dihiasi pantai sebelum Eryna menoleh ke kanan.

"Hawa? Nadrah?" panggil Eryna sebelum perlahan-lahan gadis itu bersandar.

Kepala yang masih sakit di urut sebentar. Hawa Fatehah dan Nadrah Haleena menoleh.

Tersenyum dua gadis itu. "Eryn!" terus mereka berdua peluk Eryna tapi ditolak Eryna kuat.

"Korang tipu aku eh?! Korang kata kedai aku terbakar! Tak baik tahu tak!" marah Eryna. Hampir ternangis dirinya apabila ditipu begitu.

Hawa dan Nadrah memandang sesama sendiri sebelum memandang Eryna yang wajahnya sudah kemerahan itu.

"Sebenarnya ni idea tunang kau, Faeeq. Mak bapak kau pun okay, ha tu dia jalan je guna plan ni," kata Nadrah. Eryna memandang Nadrah tidak percaya.

Nadrah menggangguk. Begitu juga dengan Hawa.

"Idea Faeeq? Mak bapak aku pun tahu? Eh macam-macam lah korang ni!" marah Eryna.

"Kau tak boleh marah-marah Eryn. Faeeq dah bayar semuanya untuk kita spend time sama-sama sebelum kau kahwin. Kau nak marah dia?"

ayat yang keluar dari Hawa membuatkan Eryna sedikit tergamam. Faeeq yang bayar?

"Bukan aku yang nak. Dia yang nak bayar, bukan salah aku lah kalau aku nak balik," kata Eryna perlahan. Hawa dan Nadrah menyilang tangan memandang Eryna seperti anak kecil.

"Eryna. Faeeq tampung kita punya vacay ni tau tak. Dia pesan kat aku dengan Hawa kena buat kau gembira sebab lepasni kau dah jadi isteri orang, takkan kau nak kecewakan bakal suami kau?" soal Nadrah cuba memujuk Eryna.

"Lagi pun kau tak nampak ke dia dah mula tunjuk sikit-sikit effort dia untuk bahagia kan kau? Walaupun bukan secara straightforward tapi kalau aku jadi kau Eryna, aku cair woi,"

kata Hawa disokong dengan Nadrah. Eryna memandang mereka berdua. Gadis itu melepaskan keluhan perlahan.

"Yelah yelah, aku ikut. Berapa hari ni?" jawapan Eryna membuatkan Hawa dan Nadrah bersorak riang.

"Kau kahwin sabtu ni kan? Harini selasa, Faeeq kata sampai hari jumaat sebab kau nak kena balik KL dah lepastu,"

kata Hawa. Eryna mengangguk. "Ni kita kat mana ni?"

"Langkawi!!"

Eryna menggeleng kepala melihat telatah dua rakan akrabnya yang teruja dengan dirinya.

'. '. '. '

"Aih kapten, tersenyum-senyum ni tengok gambar cik tunang kah?" soal Arman apabila melihat Faeeq yang tidak lekang dari senyuman sambil memegang telefon.

Faeeq menoleh, "Aku rasakan, aku dah jatuh cinta pandang pertama lah. Tunang aku ni cantik sangat weh. Baik pun baik, lembut pun lembut, ayat dia pedas jugak,"

cerita Faeeq pada Arman. Arman menjadi teruja mendengar apa yang dikatakan Faeeq.

"Kau kahwin sabtu ni kan? Aku tak sabar nak tengok tunang kau," kata-kata dari Arman mendapat jelingan tajam Faeeq.

"Dia, aku punya eh. Kau pergilah tengok orang lain," amaran keras diberi Faeeq. Arman tersengih.

"Gurau je pun Encik Faeeq Elhan. Janganlah risau, kita takkan rembat hak orang lain. Aku taknak kena cop anak derhaka dengan mak aku,"

Arman menggeleng kepala. Takut dengan ibunya yang sememangnya seorang yang garang.

Faeeq tersenyum apabila teringatkan gambar Eryna yang sedang menikmati permandangan matahari terbenam yang dihantar oleh Hawa.

Arman yang memandang Faeeq yang tersengih macam orang kurang siuman itu hanya mampu menggeleng kepala.

"Memang betul-betul mabuk cinta dah member aku ni," kata Arman sebelum beredar meninggalkan Faeeq di kantin berseorangan.

Biar orang cop kau orang kurang siuman Faeeq.

'. '. '. '
Chapter 4 dah up! Faeeq betul-betul tergolek dengan Akak Eryn kita 😉

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now