Curious? Baca ni.

652 105 132
                                    

Alhamdulillah, lepas dua tahun akhirnya buku ni dapat ditamatkan. Kalau ada yang rasa tertanya-tanya tentang ending buku ni, meh aku jelaskan.






Curious ehhhhh? Hehe





Cerita Han Family ni cuma rekaan Rizki je ke?
= Yes, hampir seluruh jalan cerita ni hanya rekaan daripada imaginasi Rizki (watak Changbin). Khadijah (watak Jihyo) dan El (watak Momo) hanya tokok tambah sikit jalan cerita.



Apa yang sebenarnya berlaku pada keluarga Rizki (watak asli)?
= Rizki sebenarnya membesar dalam keluarga yang tak bahagia. Rosli (watak Jisung), selalu pukul isteri dan anak-anak dia untuk lepaskan marah. Dia mati bunuh diri sebab nak lari dari masalah hutang. Maimunah (watak Hyunjin) tinggalkan Rizki dan Rayyan (watak Chan) kat tempat asing sebab tak nak pengutip hutang itu tangkap diorang. Maksudnya, bila Rizki dan Rayyan dah "hilang", orang yang kutip hutang tu akan kejar Maimunah untuk tuntut duit.

Rayyan mati disebabkan hipotermia (penurunan suhu badan secara drastik) masa Rizki cuba nak cari selimut. Malam tu juga Rizki kemalangan tapi diselamatkan oleh Khadijah. Selepas kematian Rayyan, Khadijah akhirnya ambil Rizki sebagai anak angkat. Tapi hidup dia tetap tak bahagia sebab Jihyo selalu sibuk dengan urusan business dan kat sekolah dia selalu kena buli. Sampailah satu hari tu, Rizki disahkan menghidap barah otak (sama macam watak Diana) dan akhirnya meninggal dunia.

El terbitkan buku Han Family kat atas talian dan Maimunah yang dah hampir dua tahun cari keberadaan Rizki dan Rayyan akhirnya tahu apa yang berlaku kat diorang lepas baca buku Han Family.

Akhir sekali, suami baru Maimunah suruh dia lupakan Rosli, Rizki dan Rayyan tapi Maimunah tak nak ikut suruhan dia. Dia lebih sayangkan keluarga lama dia berbanding keluarga baru dia.

Funfact, aku rasa cringe + menyesal pakai nama El untuk watak Momo dalam buku ni.








Watak Mahmod, Misnah, Halim dan Umairah wujud ke?
= Yep. Tapi diorang tak rapat dengan keluarga Jisung.







Watak sampingan wujud ke? Macam Ikmal ke Mirza ke?
= Tak, itu cuma imaginasi Rizki semata-mata. Dalam kisah nyata, Rizki tak ada kawan.







Ni ke salah satu sebab aku unpublish Kisah Cinta Kita / tak nak flashback kisah silam Mahmod × Misnah , Rosli × Maimunah , Halim × Umairah?
= Yass. Sebab lainnya, aku takde idea dan malas.









Di antara ketiga-tiga ending, mana satu yang ending sebenar? (Rizki yang tulis ending tu)
= Sad ending version.







Macam mana boleh ada happy ending version dan secret ending version?
= Khadijah yang tulis happy ending version sebab dia nak pengakhiran cerita tu berakhir dengan bahagia. Secret ending version pula El tulis, dia sengaja nak beritahu apa yang sebenarnya berlaku pada keluarga Rizki.



Macam mana aku terfikir nak buat tiga ending untuk Han Family?
= Begini kisahnya, masa tu aku tak boleh tidur (sekitar pukul tiga pagi gitu) lepas tu mood aku barai gila. Masa tu lah aku terfikir nak buat cerita Han Family sad ending (bro, I love sad ending so much). Tapi aku ubah fikiran, aku akhirnya buat tiga ending sebab aku selalu tengok kat game selalunya ada ending pelbagai + jarang buku kat wattpad ada banyak ending. Jadi kiranya aku nak ending buku ni unik gitu SHHSHSHS.




Aku memang tak nak buat Minho bersalin ke dalam Han Family?
= Yas! ( ꈍᴗꈍ)







Anak Halim dan Umairah tu perempuan ke lelaki?
= Entahlah. Fyi, masa last chap Mirah baru mengandung 3 bulan.









Ada orang hasut aku ke suruh buat sad ending?
= Ramaiiiiii... Siap ada yang suruh buat Riz meninggal lagi. Ha pastu bila aku buat betul-betul tahu pula nak sedih. Apa sebenarnya yang korang nak ni? ಠ◡ಠ







Kenapa Mahmod meninggal dalam sad ending version?
= Sebab aku ada baca salah satu komen dalam buku ni (kalau tak silap, masa tu chap yang Halim Mirah baru tahu yang Mirah mengandung buat kali kedua). Dia kata dia takut Mahmod nanti meninggal pastu anak Halim Mirah ada iras macam Mahmod. Memula aku tak nak pun buat Mahmod meninggal tapi lepas baca komen tu aku cammm, hm why not lah en? HSHSHSH

Well, jangan terlalu berharap aku akan buat apa yang korang request. Aku suka tulis benda berlawanan dengan permintaan korang. *insert evil woody meme*








Ada faham? Kalau ada korang tak faham lagi boleh komen. Atau apa-apa soalan yang kau nak tanya aku boleh komen juga kat sini. Insyaallah aku akan jawab.

ー Kaunter pertanyaan. 👻 (komen kat sini)

Dan untuk korang yang rasa nak publish buku pasal couple ii dalam Han Family, macam pasal kisah Halim Mirah ke Kamal Aina ke kat acc korang, korang boleh je buat. Aku tak kisah, tapi kalau boleh promote lah buku tu kat mb aku hehe...

Ada dua orang insan tu en aku tunggu je diorang publish buku diorang, katanya nak buat cerita pasal Misnah Mahmod / Halim Mirah ehem ehem jangan fikir aku lupa hshshshshshhs jk.

Han FamilyWhere stories live. Discover now