Chapter 27

1K 94 83
                                    


Di bilik mesyuarat...

Gempa melihat TTM yang baru sahaja melaporkan diri selepas selesai dengan tugasan mereka.

"Jadi macam mana dengan tugas korang?"

"Berjalan lancar seperti biasa...tapi..."

Taufan memandang Blaze lalu mencuit lengan adiknya itu.

"Yelaaa....kami terjumpa seorang makcik nih...dia dah terkena wabak yang sedang berleluasa sekarang..",jelas Blaze.

"Hmm...korang ada pegang tubuhnya?",soal Gempa sedikit risau.

"Tak sempat pegang Blaze halang dulu..",jawab Thorn.

Pintu dibuka dari luar dan Ice berjalan mendekati elemental yang lain.

"Aku terjumpa sebuah planet bernama Daken..."

Sebuah hologram muncul di depan mereka semua.

Terlihat sebuah planet yang hitam legam seperti arang.

"Maklumat yang aku jumpa planet nih hilang dari kedudukan yang sebenar jadi selama berpuluh tahun tiada siapa tahu kewujudan planet Daken...penduduk disini adalah yang pertama terkena wabak tersebut...tapi aku tak pasti apa jadi kepada penduduk dia...mungkin kita perlu kesana untuk tahu lebih lanjut..",terang Ice panjang lebar.

"Tapi Kaizo tak benarkan untuk ambil tahu kes nih...sebab nampak bahaya wabak nih kepada kita sekali...",kata Gempa.

Hmmm...

Thorn membuka tablet yang dipegangnya.

"Mungkin kita boleh buat penawar untuk wabak nih?"

Semua memandang kearah Thorn.

"Hmm ok juga lagipun Solar...d-dah takde jadi darah kuasa cahaya takkan dapat didapati...",sokong Taufan.

Terus berubah wajah mereka selepas mendengar nama Solar. Terasa rindu akan penguasa elemental cahaya tersebut.

"Baiklah...aku dan Thorn akan cuba buat penawar dengan menggunakan daun-daun di planet Rimbara.."

Thorn mengangguk setuju dengan cadangan Ice.

Tanpa membuang masa mereka berdua terus beredar ke makmal.

Gempa melihat fail yang baru dapat.

Blaze dan Taufan menarik kerusi untuk duduk di depan Gempa yang sedang leka melihat fail tersebut.

"Jadi Gem...bila kita dapat balik ke bumi? Aku rindu dengan Tok Aba...ayah...Hali..",dengan suara perlahan Taufan bertanya.

Sudah 2 tahun diorang tinggal di planet Rimbara.

"Hmm...mungkin nanti...kita perlu setelkan dulu masalah wabak nih...aku taknak bebankan Hali pasal nih...kau pun tahu dia masih salahkan diri dia atas kematian Solar dan Boboiboy...",kata Gempa sambil menunduk memandang lantai.

Kalau boleh sekarang juga dia nak balik ke bumi tapi tugasan mereka masih belum selesai.

"Ye aku tahu....tapi...hmmm"

Bahu Taufan ditepuk lembut oleh Gempa.

"Aku janji lepas selesai semua nih kita akan balik ke bumi...",dengan senyuman Gempa berkata.

Taufan terus tersenyum gembira.

"Korang..."

Mereka berdua memandang kearah Blaze yang sedang memegang dadanya.

"Kenapa Blaze? Kau tak sihat ke?"

Blaze menggeleng laju dengan soalan Taufan.

Dia memandang Gempa dan Taufan.

"Sejak dua menjak nih kristal elemental aku rasa tak selesa...macam dia sedang memberi amaran...rasa sakit seperti diketuk berkali-kali...",ujar Blaze.

Bajunya digengam kuat.

"Kadang-kadang aku pun rasa macam tuh..."

Hmm...

"Takkan lah..d-dia dah bangun?"

Persoalan Gempa membuatkan mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain.

Adakah diorang tahu sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain?

.



.


.



.

Di bumi....

Kelihatan Amato sedang memasak karipap.

"Haihh...teringat pulak Mechabot...siapalah tuan dia sekarang yer..",soal Amato seorang diri.

Sedang dia sibuk goreng karipap tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi.

"Kejap!!"

Dengan langkah laju dia berlari kearah pintu.

Pintu rumah dibuka dan sebuah kotak sudah terletak di depan rumahnya.

"Kotak apa pulak nih...Hali ada oder barang online ke?"

Tanpa berfikir panjang,Amato terus membawa masuk kotak tersebut.

Sampai di ruang tamu kotak tersebut terus dibuka.

Buka sahaja satu power sphera memeluk Amato erat.

"Huwargh!!!! Amato!!! Aku rindu kau!!!!"

Eh!?

"Mechabot!? Apa kau buat dekat sini!?"

Punyalah terkejut Amato dibuatnya.

Selepas Mechabot bertenang barulah dia menceritakan apa yang terjadi.

30 minit kemudian...

"Jadi aku masih tuan kau?"

"Yup! Aku tak terima sesiapa selama 3 tahun nih lagipun tiada siapa dapat pisahkan kita dua selagi kau masih hidup..."

Belum sempat Amato membalas, Mechabot terus terbang laju masuk ke dalam dapur.

Amato mengikutnya dari belakang rupanya Mechabot tengah makan karipap.

Haihh dia nih sempat lagi.

"Kau datang kesini atas bantuan Yaya,Ying dengan Gopal kan?",tanya Amato untuk kepastian.

"Haah diorang rasa bersalah dengan apa terjadi so diorang POS aku tanpa pengetahuan Tapops...",jawab Mechabot.

Keluhan berat dilepaskan.

"Baiklah kalau macam tuh...aku gembira kau muncul...takdelah aku sunyi sangat..."

Mechabot terus diam mendengar kata-kata Amato. Dia tahu tuannya masih susah nak terima kenyataan atas kematian anaknya.

"Jangan risau aku akan bersama kau..."

Senyuman manis diberi.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now