∞ 7 ∞

4.7K 328 11
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

Hari pernikahan mereka kini menjulang tiba, Eryna dipakaikan pakaian berwarna putih bagi majlis pernikahan mereka nanti.

Eryna kini berada di pelamin di temani Puan Halida. Faeeq yang sudah mengambil tempat di depan imam.

Puan Halida memegang erat tangan Eryna bagi menenangkan gadis itu.

"Aku terima nikahnya Eryna Safia binti Mohamad Zamir dengan mas kahwin seutas gelang emas, tunai,"

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah,"

Eryna terus memeluk Puan Halida erat. Air matanya mengalir dengan deras. Puan Halida mengelap air mata Eryna lembut.

"Tahniah sayang," ucap Puan Halida. Eryna tersenyum sebelum mengangguk.

Majlis menyarung cincin dijalankan, Hawa dan Nadrah tidak henti menyakat Eryna apabila gadis itu kelihatan gemuruh.

"Dekat sikit Faeeq oi," kata Arman membuatkan Faeeq menjelingnya tajam sebelum mendekatkan diri kearah isterinya, Eryna.

Cincin disarungkan sebelum Eryna menyalam tangan Faeeq. Selepas menyalam Faeeq, dahi Eryna pula dicium lembut.

Kemerahan wajah Eryna apabila Faeeq memandangnya lama. "Malu eh?" sakat Faeeq.

Eryna menepuk perlahan peha suaminya. Orang sekeliling mereka mula tertawa dengan karenah raja sehari itu.

"Pandang sini!" panggil Hawa. Faeeq dan Eryna memandang kearah kamera sebelum mempamerkan aksi comel.

Click!

'. '. '. '

Majlis perkahwinan mereka telah habis dengan jayanya. Faeeq memakai pakaian rasmi tenteranya yang berwarna putih manakala Eryna memakai gaun berwarna biru gelap.

Selesai majlis mereka terus pulang ke rumah Faeeq atas arahan mama dan ibu masing-masing.

"Ini rumah awak?" soal Eryna tidak percaya. Mereka kini berada di sebuah banglo dua tingkat.

Tidak sangka Eryna suaminya yang bujang tinggal dalam rumah sebesar ini.

Faeeq yang sedang mengeluarkan barang-barang mereka bersuara,

"Ye, rumah kita. Ayah bagi aku rumah ni sebab dia kata duduklah dengan isteri aku. Tapi aku takde isteri kan waktu tu, jadi aku tak duduk tapi bersihkan je,"

Eryna mengangguk sambil menolong suaminya mengangkat bagasi. Mereka masuk ke dalam rumah banglo itu.

Terpegun Eryna melihat ruang tamu dan dapur yang luas. Sangat cantik dan elegan.

"Cantiknya! Macam tahu-tahu je saya suka tema rumah simple but elegant," kata Eryna. Matanya tidak lepas memerhatikan sekeliling.

Faeeq tersenyum melihat reaksi Eryna. "Haah, aku yang pilih sebab aku suka juga style macam ni, biasa tapi cantik,"

Eryna mengangguk. "Saya suka! Terima kasih awak!"

kata Eryna sambil tersenyum lebar. Faeeq masih tersenyum melihat isterinya yang gembira itu.

"Ni, kau nak tidur sekali dengan aku ke tak?" soalan dari Faeeq membuatkan Eryna memandangnya hairan.

"Maksud awak? Kita kan dah kahwin, tidur sekali la kita," balas Eryna.

"Manalah tahu kau tak selesa tidur dengan lelaki lain kan?" kata Faeeq. Eryna menggeleng sebelum membantu suaminya mengangkat barang naik ke bilik.

"Aras satu, ada enam bilik. Bilik kita paling depan. Aras dua, gim. Kau nak senaman yoga ke apa, pergilah tingkat dua,"

kata Faeeq. Eryna mengangguk. Senang juga ada suami yang suka bersenam sekali ni.

"Woah," terkejut juga Eryna dengan kebesaran bilik mereka.

"Ini ibu yang kemaskan. Dia kata kalau aku kemas habis semua benda warna gelap, maklumlah anak lelaki,"

Eryna tersenyum. Puan Fatimah faham dengan cita rasanya. Warna pastel.

"Dah kau pergilah bersihkan diri. Aku susun baju," arah Faeeq.

"Aik? Bukan saya ke yang kena susun baju?" soal Eryna. Faeeq memandang wajah isterinya yang keliru.

"Kau nampak letih sangat Eryna, pergilah mandi dulu, aku boleh kemaskan barang-barang kita," pujuk Faeeq.

Eryna was-was nak mandi kerana pakaian dalamnya bersama Faeeq. Dia baru sehari tinggal bersama lelaki itu jadi dia malu!

"Okay boleh. Tapi baju dalam saya, awak jangan sentuh eh! Tu, biar saya yang kemas," kata Eryna sambil mengasingkan pakaian apa yang patut.

Faeeq tersenyum dalam diam melihat isterinya terkedek-kedek masuk ke dalam bilik air.

"Haih comelnya isteri aku seorang ni,"

'. '. '. '
Chapter 7 sudah up!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now