31

14.9K 508 3
                                    

Aurora Lilly's POV

Sayup sayup aku terdengar suara orang memanggil namaku kuat. Tapi mataku tidak dapat nak angkat, sedap sangat aku tidur ni. Gasak lah atas meja library pun.

Aku terasa seperti diawangan pula ni. Tubuhku seperti diangkat dan dibawa macam seguni beras.

Aku paksa diri untuk buka mata. Nampak seperti lantai bergerak ke belakang. Dan aku nampak kaki dibawah berjalan.

Dan aku rasa kepala aku dibawah serta bergoyang goyang sebab aku rasa makin pening. Segera aku menegakkan badan aku dan aku nampak di hadapan ku pengawal peribadi ku Hilmi dengan wajah seperti serba salah.

Lantas aku melihat posisi aku yang sebenar.

Aiden memang mengangkat aku macam beras!!

Aku tumbuk belakang badannya tapi seperti dia tidak terkesan pun dengan pukulan aku. Mentang mentang la badan sado timbul otot belakang bagai.

" Abang, apa nih?" Soalku marah.

Aiden hanya diam. Aku meronta lebih kuat. Dia mengangkat aku sehingga ke ruang kelihatan seperti basement kereta. Uih pelbagai deretan kereta mewah sehingga koleksi kereta yang aku tak pernah tengok sepanjang hayat aku. Aku sendiri berhenti meronta sebab terpegun tengok pelbagai jenis dan saiz kereta.

Cantik dowh. Melampau tak jika aku kata ini adalah gudang kereta mewah? Besar weh ruang pun.

Aiden menurunkan aku hingga kaki aku dapat berdiri di atas lantai. Aku tak pedulikan wajahnya yang seperti masam mencuka itu. Kuasa eh aku. Aku lagi suka melihat kereta mewah yang lawa lawa tu. Geram noh! Cantik!

Aku lihat Aiden berjalan ke satu sudut dan menekan jarinya seolah thumbprint di kotak kecil warna putih yang melekat di dinding. Satu kotak besar keluar dari dinding dan terdapat berpuluh puluh yang kelihatan seperti kunci kereta tergantung.

Owh, guna jari dia je ke? Safety betul.

Aiden mengambil dua kunci dan kotak itu tertutup sendiri. Lantas dia berjalan menuju ke satu kereta berwarna hitam.

Aku lupakan sekejap kemarahan aku dan perang dingin aku dengan Aiden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku lupakan sekejap kemarahan aku dan perang dingin aku dengan Aiden. Dengan tak berapa malunya aku bertanya. "Kereta brand apa ini abang? Cantik!"

Aiden melihatku sekilas.

" 2022 Maserati Quattroporte," ringkas Aiden menjawab. Nadanya macam tersenyum kecil.

Aku cuma Owwwwh. Melopong weh tak pernah naik kereta mewah kan.

Apabila Aiden menyentuh pemegang kereta itu, pintunya terus terbuka sendiri di kedua dua belah. Aku mengintai intai aksesori dalam kereta. Mewah betul. Serba hitam berkilat.

Aiden berdiri di pintu passenger. " Naik," arahnya sepatah.

Aku seperti menyedari sesuatu.

" Kita nak ke mana?" Soalku mengerut dahi.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now