Chapter 29

984 83 229
                                    


Wabak tersebut semakin tersebar meluas di beberapa planet.

"Kita perlu lakukan sesuatu...",kata Gempa yang semakin serabut dengan aduan yang diterima dari beberapa planet.

"Aku dah cuba buat penawar dan 10 kali kami gagal...seperti tiada cara lain..",wajah Ice terlihat cemas sambil melihat tablet di tangannya.

"Hmmm apa kata kita pergi sahaja planet Daken mungkin akan dapat apa-apa pertunjuk...",cadang Blaze.

"Tapi planet tuh bahaya...aku tak sarankan kita kesana..",bidas Taufan.

Mereka dapat saksikan keadaan orang yang terkena wabak tersebut.

Tompok hitam akan muncul di badan dan mereka akan lakukan perkara kejam seperti memakan daging orang lain atau bunuh mereka dengan kejam. Darah menjadi santapan mereka tapi apabila mata mereka mula berubah menjadi hitam dengan perlahan diorang akan makan daging mereka sendiri.

Akhirnya mereka akan mati akibat serangan jantung.

Atau lebih tepat wabak tersebut menghancurkan perlahan organ dalaman mereka.

"Aku tak sanggup tengok diorang semua yang merana oleh wabak tersebut tapi aku juga taknak kita semua ambik keputusan yang berbahaya nih..",jelas Gempa.

Dia risau akan elemental lain. Mereka perlu jaga diri sendiri juga dengan keadaan Hali yang tidak baik sekarang.

"Apa kata kita bagitahu Hali?",kening diangkat sambil matanya memandang yang lain.

Semua memandang kearah Thorn.

"Bukan taknak bagitahu tapi aku taknak dia risau...",balas Gempa.

Sudah 3 tahun Hali tak gunakan kuasa dia apa jadi kalau tiba-tiba sahaja mereka minta bantuan dia? Mesti dia agak kekok untuk berlawan sekarang.

"Aku yakin dalam otak dia sekarang penuh dengan cafe Koko dia...sampai takleh nak fikir cara guna kuasa dia nanti...",dengan selamba Blaze berkata.

Terus tersembur air yang diminum Ice.

HAHAHAHAHAH

"Karang dia keluarkan Koko pulak time lawan musuh... HAHAHAHAH"

"Lepastu dia keluarkan sudu halilintar sebab teringat nak bancuh air Koko HAHAHAHAHAH!!!"

Dengar kata-kata Taufan dan Thorn membuatkan yang lain ketawa besar.

HAHAHAHA

Gempa sampai ketuk dinding menahan tawa. TTM sudah ketawa sampai terguling-guling di atas lantai.

Ice yang tengah kunyah sandwish pula hampir tercekik dibuatnya.

Bukan main seronok diorang mengumpat Hali.

Kalau Hali ada nih memang tak panjang umur diorang semua.

"Sudahlahhh aduh korang tiga nih kan cubalah serius sikit...",kata Gempa sambil mengesat air matanya dari menahan ketawa.

"Rindu dekat Hali je...",balas Taufan.

"Yelaa kita setelkan dulu semua kertas kerja nih dan kita akan pulang ke bumi..."

Semua menyambung kerja masing-masing.

Sedang mereka leka membuat kerja tiba-tiba lampu di dalam bilik mesyuarat terpadam.

"Blaze."

Bebola api.

Suasana menjadi sepi dan kelihatan susuk tubuh seseorang sedang duduk di sebuah kerusi berdekatan Gempa.

"S-siapa tuh!?"

"Sampai hati korang lupakan aku..."

Dengar sahaja suara tersebut membuatkan yang lain terkedu.

"T-tak mungkin...kau sepatutnya di seal oleh master!"

"That's mean seal tuh dah terbuka secara paksa."

Terbeliak mata mereka semua mendengar jawapan tersebut.

"Apa kau nak!? Dan tubuh siapa yang kau kawal ha!?",tengking Blaze.

"Mana adil kalau korang je boleh ada tuan...aku pun nak juga...aku nak hancurkan alam semester bersama korang sekali...lagipun kuasa cahaya tiada untuk halang aku..."

Api yang dinyalakan oleh Blaze terus menjadi api berwarna hitam.

"Kau masih berdendam dengan apa yang dah jadi 700 tahun yang lalu..."

HAHAHAHAH

"Ye!! Kenapa aku? Kenapa bukan dia? Aku yang bersama korang!! Disebabkan kuasa aku master seal aku dan dia sanjung tinggi kuasa cahaya...kalau budak tuh tak wujud kuasa cahaya takkan ada."

Suaranya semakin meninggi dan dia memandang tajam kearah elemental yang lain.

"Semua nih terjadi sebab kau gilakan kuasa! Kau nak semuanya jadi milik kau! Kalau kau behave perkara tuh takkan terjadi!",marah Ice yang mula hilang sabar.

"Jangan salahkan kewujudan orang lain kalau kesalahan tuh datang daripada kau sendiri!!",tengking Taufan.

Beberapa kerusi dicampak ke dinding sehingga hancur.

"Heh korang lakukannya sebab takut aku lebih berkuasa dari korang semua...sekarang kuasa cahaya dah takde!!! Tuan korang juga dah mati!!! Aku akan hancurkan segalanya termasuk Hali."

"Kau jangan berani sentuh dia!! Cukuplah kau hampir bunuh dia hanya disebabkan dia taknak buat kerja bodoh yang kau cadangkan...",larang Gempa.

"Oh my~dia boleh jadi kuat tak perlu terima arahan dari sesiapa...itu bukan kerja bodoh.."

"Bukan kau kata...kau suruh dia bunuh master!!! Itu bukan kerja bodoh kau kata!",bentak Thorn.

HAHAHAHAHAH

"Korang boleh pergi mati dengan dia sekali!!! Aku tak percaya master selamatkan dia..."

"Selamatkan? Apa maksud kau?"

Tanpa jawapan kelibatnya hilang dan lampu menyala semula.

"Apa kau cuba lakukan Dark..."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now