Chapter 31

953 80 62
                                    


700 tahun yang lalu...

Kelihatan 6 orang budak kecil berumur 10 tahun sedang bermain anak patung.

Masing-masing ada anak patung yang mempunyai logo berbeza.

Logo petir,api,tanah,air,angin,daun dan satu anak patung tanpa logo.

"Hey dark! Apa kau buat tuh?",tanya seorang budak bermata hijau.

"Ouh aku tengah siram pokok kau nak tolong?"

Anggukan diberi dan mereka berdua siram pokok bersama.

Mereka sangat petah bercakap walaupun baru 10 tahun.

Seorang lelaki tua melihat mereka bermain dari jauh.

Disampingnya ada seorang budak lelaki yang hanya diam sahaja.

Di tangan kirinya memegang anak patung yang mempunyai logo petir.

"Hmm kenapa Hali tak main bersama diorang?",tanyanya dengan senyuman.

"Taknak...lagi suka duduk dengan master..",jawabnya perlahan.

Wajahnya terlihat datar dan dia tidak nampak berminat dengan yang lain.

"Ikut kamulah..."

Mereka berdua melihat yang lain bermain.

Master dia ialah guardian bagi Kristal elemental. Dialah yang menjaga Kristal elemental dan memberi tubuh bayangan kepada mereka. Lebih tepat hanya dia yang boleh melihat mereka bertujuh.

Kristal menjadi jantung mereka. 100% diorang bergantung nyawa pada Kristal masing-masing.

Jika Kristal mereka hancur serta merta diorang akan mati.

Jadi diorang dah anggap sesama sendiri sebagai adik beradik. Gempa adalah sulung,Hali kedua,Taufan ketiga,Blaze keempat,Ice kelima,Thorn keenam dan Dark ialah bongsu.

"Master sudah buat keputusan untuk hantar kamu semua ke sebuah planet...",kata master.

"Untuk apa?",soal Gempa.

"Alam semester dalam bahaya..mereka sanggup membunuh antara satu sama lain demi jadi yang berkuasa...kalau kita tidak tolong mereka berkemungkinan seluruh kehidupan akan hancur binasa...jadi master nak kamu menolong mereka yang dalam kesusahan...tetapi master tidak tahu apa akan jadi jikalau kuasa kamu semua jatuh ke tangan yang salah yang pasti semuanya akan binasa jadi master hanya mampu berdoa supaya kamu berjumpa dengan tuan yang layak gunakan kuasa kamu semua...",jelas master dengan wajah serius.

Dia tidak boleh buat apa-apa jikalau kuasa elemental jatuh ke tangan yang salah dia hanya mampu melihat dari jauh.

"Baiklah! Kami faham!"

....

Akhirnya setelah sekian lama muncul satu Kristal iaitu Kristal cahaya.

Cahaya yang memberi harapan kepada semua.

Sejak kewujudan dia master mula sanjung tinggi dan memberi lebih perhatian kepada Solar iaitu nama panggilan bagi Kristal cahaya.

"Master....saya tidak perlukan sebarang layanan istimewa...hanya layanan seperti yang lain sudah cukup...",kata Solar.

"Kamu adalah cahaya harapan kami semua...sudah semestinya master akan layan dengan sebaik mungkin...",balasnya dengan senyuman.

Tapi disebabkan layanan dia telah membuatkan Dark dipinggirkan.

Apabila cahaya wujud di dalam kegelapan padahnya akan membuatkan kegelapan tenggelam ke dasar lautan hitam.

Dark tenggelam dengan rasa cemburunya dekat Solar.

Jadi dia membuat keputusan yang tidak sepatutnya.

"Hali....aku nak kau bunuh master."

"Apa kau merepek nih!? Kau gila ke!?"

"Ye...aku memang gila!!!"

Secara tiba-tiba Dark menyerang Hali dengan kuasanya.

"Mati!!!! Kau sama seperti master!!!",jerit Dark sekuat hati.

Darkness poison.

Argh!!!!!! Argh!!!!!

Hali menjerit kesakitan apabila muncul tompok hitam seluruh badannya.

Badannya terasa dibakar dan kulit badannya mula melecur.

HAHAHAHAHA

Dark ketawa melihat keadaan Hali dan pedang muncul di tangannya.

"Selamat tinggal Hali."

Belum sempat pedang tersebut dilibas ,Solar terus menolak Dark ketepi sehingga dia jatuh ke tanah.

"Apa kau buat nih!? Kau nak bunuh Hali ke!?",tengking Solar yang baru tiba bersama master mereka.

Dark terkedu dan dia terus memegang kepalanya.

"T-tak apa dah jadi nih..."

"Kamu jangan berlakon lagi! Mulai harini master akan seal Kristal kamu dan akan dihantar ke planet Daken!",marah master.

"T-tak!!! Dark taknak!!! Tolong Dark merayu jangan seal Kristal Dark!! Tolong master...",rayu Dark dengan tangisan.

Solar dengan cepat terus mengambil sebilah pisau dan tangannya dikelar dengan pisau tersebut.

Darah yang menitik terus diberikan kepada Hali untuk minum.

"Jangan risau kau akan selamat...darah aku dapat sembuhkan kau..",kata Solar.

Selesai sahaja Hali terus pengsan.

.



.


.


.

Solar mengejar masternya yang baru sahaja keluar dari gua.

"Master! Mana Dark?"

"Dia sudah dihantar ke planet Daken...kamu jangan risau dah.."

Dengar sahaja perkara tersebut membuatkan Solar terkejut.

"Kenapa!?"

Huh?

"Dia tak sengaja... Dark dikawal waktu tuh ini berpunca dari master sebab pilih kasih!"

Master terus terdiam.

"Kita boleh tenangkan Dark...tidak perlu untuk buang dia macam tuh...",sambung Solar lagi.

Dia membuka langkah untuk pergi tapi dia berkata sesuatu sebelum pergi dari situ.

"Solar janji akan cari tuan yang mampu kawal kami semua dan layan kami seperti satu kuasa yang mempunyai perasaan. Solar akan pastikan itu terjadi...tapi Solar tidak yakin yang Solar akan hidup semasa Dark dapat keluar dari seal tuh...dan waktu tuh master akan nampak dendam yang dia simpan terhadap semua elemental...kerana kami yang akan terima akibat atas apa yang dilakukan oleh master...kami kena tanggung semuanya...dan masa itu alam semester akan binasa dan cahaya harapan juga telah terpadam...ini semua berpunca dari master sendiri."

Dengan itu Solar sendiri menghantar kristal elemental yang lain ke sebuah planet. Master pula menghantar Solar tetapi memori Solar dipadamkan tanpa pengetahuan Solar sendiri.

"Maafkan aku...tapi ini demi kebaikan.",bisiknya sebelum menghantar kristal cahaya.

Pada masa itu perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Kristal cahaya wujud bersama seorang budak lelaki.

Ini adalah takdir dimana lelaki tersebut dinamakan sebagai Solar tetapi dalam badan lelaki itu ada sisi gelapnya yang membuatkan Solar dikawal oleh tahap ketiga iaitu Gamma.

.....

Disebabkan dendam yang disimpan akhirnya semua menerima akibatnya.

End 700 tahun dahulu...

Bersambung..
Vote dan coment 👀

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now