Seratus empat belas

841 145 248
                                    

Tok tok

"Rizki." panggil Jisung dari luar bilik. Tiada sahutan yang diterima tetapi Jisung yakin anaknya belum tidur, tombol pintu dipulas dan ditolak. Dia melihat Changbin sedang menulis sesuatu di dalam diari.

"Riz?" jari Jisung menyentuh bahu Changbin, membuat Changbin tersentak dan cepat-cepat menutup buku itu.

"A-Ayah... Ayah tak tidur?" tanya Changbin.

"Belum mengantuk lagi. Riz tengah tulis apa tu?" tanya Jisung, dia duduk di hujung katil sambil memandang Changbin yang duduk di kerusi belajar.

"Tak ada apa-apa. Conteng conteng je." Changbin berbohong namun Jisung tidak ingin memaksa anaknya untuk jujur.

"Riz, ayah nak minta maaf sebab hari tu ayah paksa Riz makan." ujar Jisung. Changbin menggeleng, itu bukan salah Jisung. Ayahnya cuma ingin dia makan tetapi dirinya yang memuntahkan makanan itu semula. Dia tu yang mengada-ngada.

"Tak, ayah. Tu salah Riz sendiri. Ayah tak salah." ujar Changbin. Jisung menatap wajah Changbin. Pipinya yang dulu tembam berubah agak cengkung. Wajahnya tampak pucat dan tidak bermaya. Lingkaran hitam di bawah mata juga kelihatan jelas.

"Riz..."

Jisung menarik nafas dalam-dalam, masalah Changbin sudah tidak boleh dibiarkan.

"Ayah tahu Riz ada masalah. Riz tak boleh nak tipu ayah Riz sendiri." ujar Jisung.

"Please, Riz. Bagitahu ayah kenapa Riz jadi macam ni. Jangan pendam masalah Riz sorang-sorang. Luahkan semuanya kat ayah. Ayah nak tolong Riz keluar dari masalah Riz tu. Bagilah ayah peluang untuk jadi ayah yang berguna untuk Riz." mohon Jisung. Changbin memandang wajah Jisung. Dia bukan hanya membuat Hyunjin risau tetapi ayahnya juga.

Mata Changbin berkaca-kaca.

Bohong jika dia kata tidak sakit memendam perkara ini seorang diri. Dadanya terasa sesak. Sangat sesak.

Selama ini dia fikir dia mampu menghadapi masalah ini tanpa bantuan sesiapa, tapi dia tersilap. Changbin masih memerlukan seseorang yang boleh dijadikan tempat sandaran. Tempat untuk meluah dan menumpahkan air mata tanpa rasa malu.

"Kenapa diorang selalu kata Riz gemuk, ayah? Kenapa diorang selalu kata Riz hodoh? K-Kenapa diorang selalu hina Riz? Salah ke Riz dilahirkan macam ni? Salah ke, yah?" soal Changbin, suaranya bergetar. Jisung diam tidak ingin mencelah, biarkan Changbin meluahkan segalanya.

"Kenapa diorang cuma jahat kat Riz sorang? Kenapa diorang anggap Riz ni macam orang tak ada perasaan? K-Kenapa diaorang kata Riz ni beban ayah dan mummy? Kenapa diorang kata ayah dengan mummy lebih suka k-kalau Riz ni m-mati? Riz... hiks... Riz pun kalau boleh Riz tak nak menyusahkan sesiapa. R-Riz, Riz minta maaf kalau selama ni hiks ayah dengan mummy terbeban dengan kehadiran Riz." ujar Changbin, air mata sudah mengalir membasahi kedua belah pipi. Jisung memegang tangan Changbin, cuba membuat Changbin tenang. Badan anaknya menggigil kerana menahan diri daripada menangis.

"Riz... Jangan minta maaf, Riz tak ada salah apa-apapun. Riz tak gemuk. Riz tak hodoh. Riz sempurna. Ayah dan mummy tak pernah anggap Riz ni beban. Kami berdua sayangkan Riz sama macam kami sayangkan Ayyan. Riz dan Ayyan harta kami yang paling berharga kat dunia ni. Tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat Riz dan Ayyan dalam hati kami."

Han FamilyWhere stories live. Discover now