∞ 13 ∞

4.1K 288 23
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

"Selamat pengantin baru!"

Terkejut Faeeq apabila dirinya dikejutkan dengan kejutan dari pasukannya. Arman yang paling teruja. Sudah tentu idea lelaki itu.

"Terima kasih semua. Arman bayar korang berapa seorang ni?"

soal Faeeq sebelum menjeling kearah Arman yang sudah garu kepala tidak bersalah.

"Takdelah Tuan. Kami memang nak ucap selamat pengantin baru kat Tuan. Tuan Arman yang bagi cadangan,"

kata salah seorang ahli pasukannya. Yang lain mengangguk mengiyakan.

"Kau lapor diri je kan? Lepastu training macam biasa dan terus balik kan?" soal Arman. Faeeq berfikir sekejap sebelum mengangguk.

"Haah, dalam jadual macam tulah. Sebab bulan ni pengambilan prebet baru kan," balas Faeeq.

Arman menundukkan kepalanya sedikit, "Okay cun. Lepas dah habis tugas kau, terus balik ye. Kalau ada misi kecemasa-"

TING!

"Perhatian kepada pasukan Ranger One, sila turun ke dek utama dengan kadar segera. Pelantar minyak diserang lanun luar,"

Arman dan yang lain memandang Faeeq. Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Korang get ready. Aku nak telefon ibu aku kejap," arah Faeeq.

Ahli pasukannya termasuk Arman mengangguk sebelum keluar untuk turun ke dek utama seperti yang diarahkan.

Faeeq segera mendail nombor telefon Puan Fatimah.

"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat?"

"Waalaikumussalam Faeeq. Alhamdulillah, ibu sihat. Kenapa awak telefon ibu ni?"

"Faeeq kena pergi bertugas. Ada lanun serang pelantar minyak. Jangan bagitahu Fia pasal ni. Faeeq taknak dia risau,"

Faeeq memejam matanya seketika. Dia tak pernah gementar untuk tugasan seperti ini tetapi kali ini dia berasa sangat takut.

"Allahuakbar. Hati-hati Faeeq. Ibu doakan urusan Faeeq dipermudahkan. Pasal Eryna, kamu jangan risau. Ibu dengan Puan Halida akan jaga dia, ya?"

Puan Fatimah meyakinkan Faeeq di hujung talian.

"Baik ibu. Terima kasih. Faeeq habis bertugas nanti, Faeeq bagitahu ibu. Faeeq kena gerak dah, Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam Faeeq. Jaga diri,"

"Baik ibu,"

Panggilan terus dimatikan. Faeeq segera berlari turun ke dek utama untuk mendengar taklimat yang akan diberi.

'. '. '. '

"Laki kau tak marah kau ke Eryn?" soal Nadrah. Kini mereka bertiga sedang menjamu selera di rumah Eryna.

Eryna menggeleng. "Dia yang suruh ajak korang, dia izinkan," kata Eryna. Hawa dan Nadrah mengangguk.

"Takkan kau dah rindu dia kot?" tanya Hawa pula. Nadrah menampar lengan gadis itu.

"Ish kau ni! Dah nama pun suami isteri, mestilah saling merindui! Kita je tak rasa lagi sebab kita takde suami,"

marah Nadrah walaupun di hujung ayat kedengaran nada sedih.

Hawa mencebik sebelum mengangguk. Ada betulnya juga apa yang dikatakan Nadrah. Eryna hanya mampu geleng kepala dengan rakan-rakannya.

"Aku nak call suami aku jap." Selesai makan, Eryna terus meminta diri untuk menelefon Faeeq.

Nombor Faeeq ditekan. Lelaki itu tidak menjawab panggilan telefonnya. Setelah beberapa kali menelefon, akhirnya Eryna mengalah.

"Sibuk mungkin. Ada latihan malam kot," omel Eryna perlahan. Dia kembali ke meja makan bersama Nadrah dan Hawa.

"Cieee ada orang tu dimabuk rindu lah," sakat Hawa. Eryna hanya mampu tersenyum nipis tanpa membalas.

Pengalaman pertama sebagai isteri pejuang negara bukanlah satu hal yang mudah seperti yang disangkakan Eryna.

'. '. '. '
C

hapter 13 dah up! Terima kasih baca cerita tak seberapa ni. Vote dan comment anda amat dihargai! <3

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now