∞ 17 ∞

3.7K 253 13
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Eryn..."

Nadrah dan Hawa memandang Eryna. Gadis itu kelihatan gelisah melihat dua rakannya yang memegang kit kehamilan itu.

"KAU NAK JADI MAMA ERYN!!" teriak Hawa dan Nadrah sebelum memeluk Eryna erat.

Eryna terkaku dengan apa yang di dengarinya. Air mata gadis itu bergenang. Alhamdulillah.

"Tapi aku takut..." rasa gembira tadi tiba-tiba terasa takut. Hawa dan Nadrah memandang Eryna hairan.

"Kau nak takut apa Eryn? Kau mengandung kot. Mesti mak ayah dengan keluarga mertua kau bahagia," kata Hawa.

"Betul. Apa yang kau nak risaukan?" soal Nadrah pula.

Eryna memandang kedua-dua rakannya.

"Faeeq.. Dia nak terima anak ni ke? Dia dah sebulan tak balik. Aku risau.."

Eryna memandang Hawa dan Nadrah silih berganti sebelum melangkah masuk ke biliknya semula.

Hawa dan Nadrah memandang sesama sendiri. Ada satu berita besar yang mereka simpan tetapi di haramkan oleh Puan Halida dan Puan Fatimah.

Demi keselamatan dan kesihatan Eryna.

'. '. '. '.

"Faeeq bangunlah. Dah seminggu lebih kau tak sedarkan diri. Faeeq janganlah macam ni Faeeq.."

Dahi Faeeq berkerut apabila mendengar bunyi dari yang tidak lain tidak bukan Arman.

Matanya cuba dibuka perlahan. Sinaran matahari menampar wajahnya membuatkan Faeeq sedikit terganggu.

"Faeeq, Eryna rindu-"

"Sebelum aku jahit bibir kau Arman, baik kau senyap." kata Faeeq perlahan. Sudahlah tekaknya terasa amat perit.

Arman mendongak. Terserlah air muka gembira di wajah lelaki itu.

"Yey Faeeq dah bangun!"

Arman terus memeluk Faeeq erat membuatkan jejaka itu mendesis kesakitan apabila luka di perutnya ditekan Arman.

Faeeq segera menepuk belakang badan Arman berulang kali kerana tidak dapat menampung sakitnya.

"S-Sakit, lepaslah!" marah Faeeq. Arman segera melepaskan pelukan.

"Hehe maaf Tuan. Kau okay Faeeq? Mesti kau nak air kan? Kau dah seminggu tak bangun,"

kata Arman prihatin sebelum menuang air kosong lalu diberikan kepada Faeeq.

Faeeq segera mengambil lalu meneguk air dengan rakus.

"Jap aku panggil dok-"

"Dah berapa lama aku tak sedar? Seminggu? Harini berapa hari bulan?"

soal Faeeq bertubi-tubi. Arman mengangguk.

Dia kembali duduk. Terkubur hasratnya nak memanggil doktor.

"Haah seminggu kau koma sebab pengsan kat tebing pelantar minyak yang tinggi tu, nasib baik Cripto masuk jumpa kau..."

"..kau hilang banyak darah lepas tu doktor kata tulang bahu kanan kau retak kesan hentakan bom tu,"

cerita Arman pada Faeeq. Faeeq hanya diam mendengar penjelasan Arman.

"Dua hirisan tikaman yang dalam Faeeq. Kau tidur ke apa? Ajar anak buah bukan main. Anak buah cedera seorang, satu skuad kena burpee 100, "

Arman menggeleng kepala dengan sikap cuai Faeeq. Walaupun dia tahu perkara sebenar tapi dia memilih untuk berdiam.

"Hari ni, 29 haribulan November. Kau sepatutnya balik minggu lepas. Tapi terpaksa lanjutkan. Takde siapa tahu kau masuk hospital kecuali skuad kita dengan Jeneral Hisham.."

"..tu pun aku suruh si Ghani tu bagitau Jeneral Hisham jangan bagitahu bapa kau. Kalau tak, habis,"

Selesai Arman bercerita. Faeeq mengangguk.

"Terima kasih cerita walaupun 50 peratus je ikhlas bercerita tu,"

sindir Faeeq sebelum perlahan-lahan membetulkan posisi sandarnya. Arman menjulingkan biji mata.

Kira baik dia nak cerita balik apa yang terjadi. Faeeq ni memang tau, suka buat Arman sakit hati.

Nasib bffff.

"Aku nak balik hari ni," keputusan Faeeq membuatkan Arman hampir menidurkan Faeeq kembali.

"Kau jangan buat gila Faeeq. Kau dalam keadaan kritikal seminggu kau tahu tak. Bahu kanan kau tu tak sepenuhnya sembuh,"

marah Arman. Faeeq mengangkat bahu kiri, "Lantaklah. Aku dah janji dengan bini aku,"

IV drip direntap kasar sebelum dia turun dari katil. Walaupun badannya masih lagi terasa berbisa, dia harus pulang.

"Weh jangan buat gila. Kau kena lapor diri dul-"

"Nanti aku hantar mesej kat Jeneral Hisham. Apa pun thanks bro!"

cantas Faeeq sebelum mengambil beg pakaian dan masuk ke dalam tandas untuk menukar baju.

"Mayat Luth.."

'. '. '. '.
Chapter 17 up!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now