∞ 18 ∞

3.7K 264 25
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

ding~ dong~

ding~ dong~

Hawa segera membuka pintu rumah Eryna. Terkejut beruk gadis itu melihat figura di hadapannya.

Nadrah di sebelah Hawa turut begitu.

"Assalamualaikum, boleh aku masuk?" soal Faeeq lalu memaparkan senyuman nipis.

"Waalaikumussalam. Rumah kau kot, masuklah!" jemput Nadrah. Hawa mengangguk. Faeeq melangkah masuk kedalam rumahnya.

Tidak percaya rumahnya sungguh bersih walaupun sebelum ni memang dah bersih. Habis berkilau segala benda.

"Eryn tidur. Badan dia tak sedap," kata Nadrah setelah dia yang memeriksa keadaan Eryna yang sudah dibuai mimpi.

Faeeq memandang ke tingkat atas di mana kamar mereka berada.

"Pergilah naik Faeeq. Dia rindukan kau tu. Kau janji tiga minggu, tup-tup sebulan. Merajuk Eryn tau,"

kata-kata Hawa membuatkan Faeeq diselubungi rasa bersalah yang menggunung terhadap Eryna.

Faeeq segera berlari keatas meninggalkan dua gadis yang masih single.

"Haih, dahla jom balik. Kita pergi rumah aunty Fatimah sebab aunty suruh," ajak Nadrah.

Hawa akur sebelum mereka berdua keluar dari rumah Faeeq dan Eryna secara seludup.

'. '. '. '.

Tombol bilik dipulas perlahan sebelum dirinya terlihat figura Eryna yang sedang tidur memeluk salah satu tshirt miliknya.

Perlahan-lahan Faeeq membaringkan dirinya di sebelah Eryna. Jelas wajah gadis itu sembab akibat menangis.

Pipi mulus Eryna, Faeeq usap perlahan. Rindu terhadap insan di depannya ini sangat tidak terkata.

Walaupun baru pergi sebulan. Rindu terhadap sesama sendiri sudah membuak-buak.

"Faeeq.." di sangkakan bantal peluk, Eryna terus menarik lengan Faeeq kedalam pelukan.

Membuatkan wajah mereka beberapa inci sahaja dekatnya. Faeeq menilik wajah Eryna. Entah kenapa, wajah gadis itu nampak lebih cantik.

Walaupun sebelum ni memang cantik. Tapi kali ini kecantikan gadis itu lebih menyerlah.

Faeeq mengusap ubun-ubun Eryna sebelum dia juga dihanyut mimpi.

'. '. '. '.

"Sedap juga eh bantal peluk ni. Sejuk. Lembut. Tapi suam-suam juga. Bestnya!"

Eryna bergesel-gesel di lengan Faeeq. Perbuatannya terhenti apabila dia tersedar sesuatu.

Dahi Eryna berkerut, "Asal bila tekan bantal peluk ni tak ke dalam? Aik?"

Eryna membuka matanya. Alangkah terkejutnya melihat Faeeq berada betul-betul di hadapannya.

"Wargh orang gila!" teriak Eryna sebelum menendang kuat tubuh Faeeq sehingga terjatuh dari katil.

buk!

"Aduh.. Sayang.. Ni saya lah.." adu Faeeq sambil mengusap bahunya.

Eryna merangkak melihat tubuh terlentang Faeeq. Terbeliak biji mata Eryna. Betul lah suaminya sudah pulang.

"Abang!" Eryna segera turun dari katil sebelum menarik Faeeq bangun dari lantai.

"Sorry abang. Saya ingat orang gila mana tadi." ujar Eryna memandang wajah yang sudah lama di rinduinya.

Faeeq terus menarik Eryna kedalam pelukan. Rindu pada gadis itu membuak-buak.

"Awak apa khabar? Sihat? Mesti rindu saya kan?" soal Faeeq. Eryna mencebik sebelum mencubit lengan Faeeq kuat.

Faeeq mengadu kesakitan sebelum Eryna melepaskan cubitannya. Faeeq mengusap lengannya sambil mencebik.

"Sakitlah. Awak dah tak sayang saya ke?" soal Faeeq.

"Sebab saya sayang lah saya cubit. Sebulan Faeeq, lebih daripada masa yang di tetapkan. Ada alasan kukuh yang hendak diberikan kepada saya, Kapten Faeeq Elhan?"

Eryna menyoal ibarat Faeeq menyoal prebet yang melakukan kesalahan. Sebiji.

Faeeq berdiri tegak. "Maaf Puan. Saya Kapten Faeeq Elhan, mengaku bersalah atas tidak menepati masa yang di tetapkan."

Eryna tersenyum sebelum memeluk Faeeq sehingga mereka berdua jatuh keatas katil.

"Saya rindu awak," rengek Eryna sebelum membenamkan wajahnya pada Faeeq. Dia rindu haruman lelaki itu.

"Saya pun rindu awak tau. Gila punya rindu," balas Faeeq.

Eryna menumbuk abdomen Faeeq kerana malu dengan suaminya itu. Faeeq menahan kesakitan apabila tumbukan Eryna tepat mengenai lukanya.

"Baru tumbuk sikit dah sakit. Lemah,"

usik Eryna sebelum melangkah masuk ke bilik air. Faeeq tersenyum nakal.

"Oh cakap kita lemah eh, tunggu Safia. Tunggu!" teriak Faeeq sebelum menerjah masuk bilik air mereka.

"Faeeq Elhan!"

'. '. '. '.
Chapter 18 sudah up!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now