44

11.6K 484 16
                                    

Aiden meminpin isterinya menuruni tangga kerana isterinya memang tidak biasa memakai heels. Pekerjaan Aurora sebagai doktor terdahulu memerlukan dirinya sentiasa memakai sport shoes atau sneakers. Jadi dia tidak langsung ada pengalaman memakai heels.

Kerap kali Aiden mencuri pandang Aurora. Cantik sangat isterinya malam ini. Kenapalah mereka menyolek isterinya menjadi terlampau cantik? Kecantikan itu hanyalah untuknya sepatutnya.

Sampai sahaja di meja makan rasmi , Aiden menarik kerusi dan memastikan isterinya duduk dengan baik. Setelah itu, dia mengambil tempatnya disebelah Aurora.

Aurora memerhatikan wajah wajah yang berada di meja makan. Sultan Sunda, Sultan Tengku Eibrahim Amir Shah dan juga Raja Permaisurinya, Tengku Zariyah, nama tertera di hadapan penghuni kerusi makan.

" Tengku Sultan sudah tentu kenal anak beta kan, Putera Aiden. Wanita disebelahnya ada lah isterinya, menantu beta, Aurora Lilly," kata Raja Evan memperkenalkan keduanya. Seperti biasa wajah Aiden dengan riak dingin bekunya. Hanya Aurora yang memberikan senyuman manis.

" Ya, ya, masih ingat lagi kamu Aiden, kecil kecil dulu sampai sekarang kamu tetap sama je. Segak sungguh. Beta tabik dengan kamu. Pandai cari isteri. Cantik isteri kamu Aiden," puji Sultan Eibrahim. Aiden hanya senyum nipis. Kurang suka orang memuji isterinya. Kecantikan isterinya hanya untuk tatapan matanya. Puji dia tak pelah.

By the way, Sultan Eibrahim sekeluarga adalah manusia biasa yang tidak mengetahui kewujudan serigala jadian. Jadi mereka hanya berlagak seperti manusia sahaja.

" Aiden, Aurora, kenalkan isteri beta, Tengku Zariyah. Dan kenalkan anak anak beta, Putera Mahkota Sunda, Tengku Ayyan Harith. Ini adiknya Tengku Puteri Daeng Mia dan yang bongsu Tengku Affan Hariz," sambung Sultan Eibrahim.

Aurora mengangguk angguk tersenyum manis. "Hi" namun disiku oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan suaminya Aiden. Hilang teruja sat.

" Jangan excited sangat sayang!"

Aurora menarik muka masam.

Dia perasan Puteri Mia seakan akan melihat lihatnya dan berfikir lama. Mungkin dia tidak cam akannya kerana mekap dan rambut yang diolah sedikit.

Namun dia juga nampak Putera Mahkota Sunda Tengku Ayyan Harith seakan merenungnya tajam. Itu lah abang Puteri Mia yang menyelamatkan dirinya dari kena lap kasut adiknya yang sombong tu.

Tapi dia tidak mengendahkannya. Lantak kau lah. Lagipun Aiden sudah pun memberikan amaran.

Hidangan nasi arab yang dihidangkan, sama dengan apa yang Aurora makan petang tadi. Kenyang sangat. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengambil yang ringan sahaja.

Dia melihat ada puding karamel dan roti jala di tengah sana. Spontan dia bangun untuk mencapai puding itu, namun segera ditarik duduk semula oleh Aiden.

"Kenapa sayang? Kenapa tak makan nasi?"

Aurora tersenyum manis lagi. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Aiden.

" Saya dah makan nasi arab petang tadi. Kenyang. Saya nak amek puding tu tapi dia duduk jauh sangat," bisik Aurora lembut, manja.

Aiden yang memang mengetahui tentang keberadaan isterinya didapur istana petang tadi setelah diberitahu Ruzz, mengangguk faham. Wajahnya masih lagi tampak dingin beku. Namun dia berpusing sedikit dan ternampak Gwen yang berdiri setia di belakang mereka. Aiden memberi isyarat kepada Gwen untuk mengambil puding caramel di dapur. Gwen mengangguk menerima arahan dan segera pergi dari situ.

Aurora yang melihat tindakan suaminya mengerut dahi seketika.

"Kat tengah tu tak boleh?" Soal Aurora menunjukkan ke arah puding caramel yang dia nak ambil tadi.

Aurora's Fate - Alpha Prince's Mateحيث تعيش القصص. اكتشف الآن