∞ 20 ∞

3.8K 229 9
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Ibu ada peluk seorang mamat kat hospital tadi, nama dia Luth Emran kot tak silap. Pastu Isha kata kat ibu, kita mana ada keluarga nama Luth Emran,"

Faeeq terkedu mendengar setiap bait ayat yang dikatakan Farisha di hujung talian.

"L-Lepastu apa jadi?" soal Faeeq lagi.

"Takde apa jadi. Lelaki itu datang sebab cuci luka dekat bahu dia macam tu kot sebab Isha perasan ada balutan kat bahagian situ. Ha nama dia Luth Emran bin Idhan. Idhan bapak siapa pulak kan? Ha tu Isha kata ibu salah orang,"

Faeeq melepaskan keluhan nipis. "Takpelah Isha. Isha bawalah ibu pergi makan. Abang kena jaga kakak Isha ni, mengidam nak cekodok pisang pula,"

"Ooh abang dah tahu hehehe. Tahniah bang. Semoga anak gegel baru lawa macam makcik dia,"

Faeeq menggeleng. "Takde maknanya. Sah baby boy sebab aku yang buat bukan kau,"

"Ewah bang, kau tunggu Isha kah-"

Terus Faeeq mematikan panggilan. Sengaja mengenakan Farisha.

"Kenapa Isha telefon abang?" soal Eryna yang muncul dari belakang. Faeeq yang sedang menggoreng cekodok menoleh.

"Eh sayang, duduklah. Jangan berdiri nanti kaki awak bengkak," kata Faeeq sebelum mendudukkan Eryna di kerusi meja makan mereka.

"Kenapa Isha telefon tadi? Ibu ayah okay ke? Ada apa-apa jadi?" soal Eryna. Faeeq menggeleng.

"Takde apa pun sayang. Isha cerita hari ni dia yang nak teman ibu pergi appointment tu je,"

balas Faeeq. Eryna angguk sebelum meneguk air teh ais yang dibuat oleh Faeeq.

"Amboi sayang sedap betul minum air batu ye. Malam nanti kejut saya surut urutkan kaki," perli Faeeq.

Eryna mencebik. "Siapa suruh awak mengandungkan saya?"

"Dah ter mengandung, rezeki nak buat macam mana?"

"Dah tu, nak saya gugurkan ke?" soalan pedas dari Eryna membuatkan Faeeq bertukar mod garang-garang manja.

"Yang, apa ni. Taknak lah sebut gugur ni. Kata-kata tu kan satu doa?" pujuk Faeeq. Dia tahu isterinya sejak berbadan dua cepat terasa.

"Tahu pun. Takdelah saya gurau je," kata Eryna. Faeeq mencubit pipi Eryna sebelum berkata,

"Saya nak ke dapur kejap. Nanti hangit cekodok awak tu,"

Eryna senyum lebar melihat Faeeq memasak. Sungguh tampan suaminya memakai apron berwarna merah jambu.

Rasa macam bukan berkahwin dengan tentera. Alangkah indahnya jika momen ini boleh berpanjangan.

'. '. '. '.

"Kenapa kau selamat kan aku?" soal figura yang terkulai lemah di hadapan seorang lelaki tua.

"Ha! Kau aset penting aku dan kau lah benda utama yang aku perlu ada untuk langsungkan plan aku."

Berkerut dahi figura itu mendengar apa yang dikatakan lelaki tua ini.

"Kau kenal Jeneral Khairul?"

Terbeliak biji mata lelaki itu apabila nama itu disebutnya.

"Jeneral Khairul Ketua penasihat unit pasukan khas Tentera laut. Betul Luth Emran bin Khairul?"

"Jangan sebut nama dia! Kau jangan sesekali sebut nama dia. Aku lebih rela mati daripada jumpa dengan dia!" teriak Luth.

Hampir sahaja Luth menerjah lelaki tua itu namun ditahan konco-konconya.

"Kenapa? Dia ayah kandung kau. Apa yang kau benci sangat dengan dia?"

"Oh! Aku tahu. Sebab peristiwa 7 tahun yang lalu ya?" sinis orang tua itu.

Luth cuba melepaskan diri dari pegangan konco-konco lelaki itu namun hampa apabila tenaganya semakin kehabisan.

"Jangan sebut peristiwa sial tu depan aku!" teriak Luth. Wajahnya ditumbuk sehingga dirinya terbatuk darah.

"Kau benci dia sangatkan? Same goes to me young man!"

Luth menjeling lelaki tua itu tajam. "Orang sekeliling kau ingat kau dah mati walaupun mayat kau tak dijumpai. Termasuk adik kau Faeeq Elhan."

Luth terdiam. Benar, lelaki tua ini yang menyelamatkannya walaupun dia sudah tidak mahu untuk hidup di muka bumi ini.

"Kau cakaplah jela dengan aku apa yang kau nak sebenarnya!" tengking Luth.

"Bagus! Ini yang aku nak dengar."

Lelaki tua itu menunduk kehadapan memandang Luth.

"Aku nak kau bunuh Jeneral Khairul."

'. '. '. '.
Chapter 20 sudah up! Vote dan comment jangan dilupakan ye!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now