∞ 23 ∞

3.2K 236 36
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

Sudah dua minggu Eryna tidak sedarkan diri. Faeeq meminta cuti sehingga Eryna sedar kerana dia mahu menjaga Eryna.

"Faeeq, baliklah. 2 minggu kamu kat sini. Kamu tak penat ke?" soal Puan Fatimah risau.

2 minggu Faeeq tidak pulang ke rumah. Jamah pun roti dan air kosong sahaja. Tiada selera katanya.

Fizikal Faeeq juga semakin susut kerana kurang rehat. Wajahnya sudah berjambang kerana sudah lama tidak cukur.

Semakin risau Puan Fatimah melihat keadaan anak keduanya itu.

"Faeeq okay je ibu. Apalah sangat tidur atas sofa nak di bandingkan dengan penat Safia yang mengandungkan anak kami tapi dia tak dapat peluk, cium apatah lagi tengok anak sendiri sebab kesalahan Faeeq.."

ujar Faeeq perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah Eryna sambil mengelap anggota badan gadis itu.

Puan Fatimah melepaskan keluhan perlahan. Selepas pengebumian arwah, Faeeq tidak henti-henti menyalahkan dirinya atas kehilangan anak mereka.

"Faeeq, ibu tahu kamu rasa bersalah sangat dengan Eryna. Tapi kesihatan diri kamu pun kena jaga juga. Kalau Eryna bangun dan tahu keadaan kamu macam ni, tak ke dia lagi sedih?"

soal Puan Fatimah. Cuba memancing ayat-ayat yang boleh membetulkan sel-sel otak anaknya.

"Balik ya Faeeq? Mandi, makan dan tidur. Demi Eryna, boleh?" bahu Faeeq diusap lembut.

Faeeq mendongak memandang Puan Fatimah. Lama kelamaan dia mengangguk.

"Kalau tu buat Safia gembira, Faeeq akan balik. Apa-apa ibu telefon Faeeq tau? Assalamualaikum,"

Faeeq menyalam Puan Fatimah sebelum keluar dari bilik Eryna.

"Waalaikumussalam.."

'. '. '. '.

"Luth, kenapa nampak serabut ni?" soal lelaki tua yang di gelar Tuan Besar itu. Luth yang sedang mengambil angin di jendela menoleh.

"Kenapa kau arahkan anak buah kau langgar adik ipar dengan anak buah aku?" soal Luth mendatar. Tuan Besar berdehem mendengar soalan Luth.

"Aku suruh dia bunuh mak kau, bukan adik ip-"

"Kau jangan sesekali nak sentuh mak aku dalam hal ni bangsat!" amarah Luth membuak apabila mendengar niat sebenar lelaki tua kerepot itu.

Leher lelaki tua itu dicekik menggunakan siku namun lelaki itu masih dapat tersenyum sinis.

"S-supaya senang ayah kau pencen awal dan jawatan dia aku yang ambil. Kau pun boleh berambus dari sini, tak ke macam tu?"

soal lelaki tua itu gagap kerana pernafasannya tersekat-sekat. Dia memandang wajah bengis Luth dan sejujurnya dia memang takut.

"Kau dengar sini orang tua. Kau sentuh adik ipar aku pun aku takkan duduk diam apatah lagi kau sentuh mak aku. Apa-apa jadi kat mak aku walaupun luka sikit je.."

"..Aku sendiri akan hantar kau terus ke neraka jahanam,"

kata Luth tegas sebelum melepaskan lelaki tua itu membuatkan dia terbatuk-batuk.

Lelaki tua itu tersenyum sinis.

'. '. '. '.

"Assalamualaikum Faeeq, E-Eryn dah bangun!"

Faeeq yang sedang menjamu selera itu terus mencampak sudu sebelum mengambil kunci motor apabila mendengar berita dari Hawa tentang Eryna.

"Kejap lagi aku sampai," Faeeq terus mematikan panggilan dan terus menuju ke hospital.

Faeeq berlari laju di jalan yang menuju ke bilik Eryna. Dia berhenti di hadapan pintu bilik Eryna sebelum membetulkan sedikit pakaian dan rambutnya.

Pintu bilik ditolak perlahan, "Assalamualaikum," sapa Faeeq.

Kesemua ahli keluarga Faeeq dan Eryna termasuklah Hawa, Nadrah dan Arman menoleh kearah Faeeq.

"Waalaikumussalam, Faeeq duduklah," kata Puan Fatimah sebelum bangun dari kerusi di sebelah katil Eryna.

Faeeq tersenyum sipu, "Terima kasih mama,"

Makin gembira hati Faeeq apabila melihat Eryna sudah mencelikkan mata.

"Sayang saya rindu awa-"

Tangan Eryna cuba dicapai namun Eryna cepat-cepat menepisnya. Faeeq memandang Eryna tidak percaya.

"Kau siapa and siapa sayang kau?"

'. '. '. '.
Chapter 23! 364/365
Terima kasih 10K readers 1K votes sebagai hadiah tahun baru! ❤️

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now