...sambungan Bab 77

21 8 6
                                    

...

Empat hari kemudian,

DILAN melilau ke kiri dan kanannya kerana mencari seseorang. Dia harap dia tidak terlambat, memandangkan dia telahpun datang sejam awal sebelum ia berlepas. Namun, Dilan tidak mahu berputus asa dan tetap mahu mencari kelibat itu.

Akhirnya, dia dapat melihat seorang perempuan sedang berdiri di suatu tempat dan sedang memakai baju berwarna merah jambu serta bertudung berwarna putih. Walaupun orang itu sedang membelakanginya, dia pasti itulah orang yang dia cari.

Dia berjalan ke situ dengan perlahan-lahan dan setelah jarak mereka sudah agak dekat, dalam 200 cm, barulah dia berhenti.

"Cik Ayuri." Panggilnya dengan lembut.

Perempuan itu atau Ayuri berpaling dan beriak sedikit kaget serta agak melopong kerana tidak menjangkakan hal itu. Tidak, dia menjangkanya, tetapi hanyalah sedikit. Namun, hakikat ia benar-benar berlaku bukankah ia bermaksud lelaki yang berdiri di depannya kini ada perasaan terhadapnya? Fikir Ayuri dengan perasaan yang berbunga-bunga.

"Kawal diri Ayuri, kawal. Act cool, act cool." Pesan Ayuri kepada dirinya. Disebabkan itu, dia berjalan mendekati Dilan dan menjadikan jarak di antara dia dengan Dilan dalam 150 cm.

"Um, kenapa?" soalnya sedikit angkuh.

"Hm...saya nak bagi awak...Ak!" Dilan menggaru belakang lehernya dan selepas itu menunduk, saat dia menunduklah dia ternampak sesuatu yang dia tidak patut nampak. Alamak!

"Ba-bagi apa?" soal Ayuri lagi kerana dia sudah nampak Dilan sedang memegang sesuatu di tangan kanannya. Satu beg kertas yang isinya tidak diketahui pun.

"Um, ini." Dilan menyerahkan ia kepada Ayuri dengan kedua-dua tangannya. Ayuri mengambilnya dan terus berterima kasih.

"Terima kasih." Katanya tanpa reaksi, walaupun dia sangatlah gembira mendapat hadiah itu.

Setelah itu, dia nampak Dilan asyik menundukkan kepalanya. Dah kenapa? Lantaklah. Disebabkan Dilan sudah tidak bercakap apa-apa lagi, maka Ayuri membuat keputusan untuk berjalan pergi dari situ. Mungkin Dilan sudah selesai? Fikirnya. Jadi, dia membelakangi Dilan semula.

"Ayuri." Panggil Dilan lagi. Kali ini, Ayuri tersenyum.

"Agaknya dia nak 'confess' kut, tapi tadi masih berdebar-debar. Kalau dia 'confess', aku tak akan pergi, aku serius cakap. Okey, okey, sabar-sabar." Bisik hati Ayuri, selepas itu dia memalingkan jasadnya ke arah Dilan sekali lagi.

"Kenapa?" soalnya.

Kali ini, Dilan melihat ke bawah sekali lagi, kemudian memandang ke arahnya semula. Setelah itu, melihat ke bawah sekali lagi. Melihat kelakuan aneh Dilan itu, membuatkan Ayuri juga rasa mahu tengok ke bawah. Akhirnya, apabila dia melihat kakinya, barulah dia sedar apa yang membuatkan Dilan tidak senang duduk sedari tadi.

"Se-sejak bila aku pakai kasut 'kahwin' ni, cukuplah hanya Ayumi dan Khai yang kahwin, kau tak payahlah kahwin sekali oi. Ah...Patutlah, patutlah bila orang tengok aku diorang gelak-gelak. Aduh! Malunya." Ayuri menggerutu di dalam hatinya sambil melihat kaki kanannya yang memakai kasut Sniker dan kaki kirinya memakai selipar biasa.

Selalunya, dia akan tengok dirinya dari atas bawah jika mahu keluar dari rumah, tetapi kali ini dia tidak sempat melakukannya kerana tergesa-gesa mahu keluar tadi, Zalikha dan Furqan pun mesti tidak perasan memandangkan mereka tahu yang dia adalah seorang yang 'perfectionist'. Itulah orang cakap, benda dah nak jadi kan.

"Aw-awak tak perlu risau...Mungkin awak patut buka hadiah yang saya bagi tu dan tengoknya." Dilan cuba memujuk dan menenangkan Ayuri yang kaku sejak tadi dan hanya melihat kakinya itu.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant