Chapter 33

863 79 90
                                    


Kapal angkasa elemental baru sahaja berlepas menuju ke planet Quabaq untuk berjumpa Tok Kasa.

Dalam perjalanan kesana mereka dapat kesan satu amaran kecemasan dari sebuah kapal angkasa.

"Kenapa Fang?"

"Aku dapat signal kecemasan dari...."

Fang memandang kearah Gempa lalu dia menunjuk kearah skrin komputer.

"Tapops.."

"Apa!?"

Elemental yang lain terus berlari kearah mereka berdua.

Kaizo ditugaskan untuk uruskan kerja di planet Rimbara jadi dia tiada disitu bersama mereka.

"Tukar koordinat menuju kesana...Ochobot siap sedia untuk teleport..",arah Gempa.

Yang lain terus duduk dan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.

Hanya Gempa yang masih berdiri memandang luar angkasa.

"Adakah dia mencari Boboiboy?",soalnya sendirian.

Kuasa telepotasi!

Sup!

Sekelip mata diorang sudah tiba di stesen Tapops.

Kapal angkasa mendarat dengan selamat.

Sebelum sempat pintu dibuka Gempa terus menghalang.

"Taufan...kau nampak semua asap hitam nih kan?"

Anggukan diberi.

"Gunakan kuasa kau untuk hilangkan semua asap nih...",arah Gempa.

Buka sahaja pintu Taufan terus menggunakan kuasa anginnya.

Tolakan angin!

Semua asap hitam mula hilang dan mereka pun keluar dari kapal angkasa dengan berhati-hati.

Punyalah terkejut apabila melihat mayat di merata tempat.

Kematian mereka juga sangat ngeri untuk dilihat.

Seperti dah lama mati. Badan mereka semua sudah mereput dan berbau seperti bangkai.

Rupa wajah diorang sudah hancur sepenuhnya.

TTM membuka langkah kearah dua orang yang sudah terbaring.

Wajah mereka berpaling jadi susah untuk mereka lihat siapa itu.

Thorn terus memegang lengan mayat tersebut dan menariknya sedikit untuk pandang kearahnya.

Argh!!

"G-gopal!?",jerit Thorn dan dia terus terduduk ke lantai.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Blaze memandang mayat Yaya dan Ying.

"Mereka berdua bukan mati disebabkan wabak tuh tapi...dibunuh dengan sebilah pisau..",kata Blaze sambil matanya meneliti mayat mereka berdua.

"Hmm...nampaknya Dark serang stesen Tapops...",balas Ice.

"Tapi atas sebab apa?"

Semua memandang kearah Gempa yang hanya melihat mayat yang lain.

"Dia cari Boboiboy....jumpa Boboiboy dan dia akan berjumpa dengan Solar...",dengan sayu Gempa berkata.

"Tapi... Boboiboy dan Solar dah mati...apa yang dia cuba lakukan..."

Hmm...

Rakaman cctv yang berada berdekatan telah dilihat oleh Fang.

"Korang!!! Sini!!!"

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now