∞ 33 ∞

2.8K 208 14
                                    

'. '. '. '.

"Hah, apa dia?"

Hawa memandang Arman tidak percaya. Luth dan Nadrah yang memerhatikan adegan itu dari jauh hanya tersengih.

"Kalau aku kata aku suka kau, kau nak suka aku balik ke Hawa?"

soal Arman tersipu malu. Hawa menahan tawa.

"Gila aku taknak? Mestilah nak! Nanti aku pm tepi lokasi rumah aku, masuk minang aku cepat,"

sempoi Hawa membalas. Wajah Arman membahang apabila mendapat lampu hijau dari crush nya itu.

"Woohooo! Hawa nak kahwin!" teriak Nadrah sebelum memeluk Hawa erat.

Faeeq dan Eryna yang sedang bergaduh tentang permainan ikan menoleh. Eryna terus meninggalkan Faeeq dan berlari kearah rakan-rakannya.

"Asal ni weh?" soal Eryna. Hawa dan Nadrah melepaskan pelukan.

Luth merangkul bahu Arman, lelaki itu cuma tersengih malu.

"Hawa nak kahwin dengan Arman!" kata Nadrah teruja. Eryna sengih lebar mendengar berita gembira itu.

"Yeke? Alhamdulillah!" Eryna terus memeluk Hawa dan Nadrah.

Faeeq memandang Arman yang sudah tersipu malu. "Tahniah bro, selamat datang ke kelab Encik Suami,"

Faeeq berjabat tangan dengan Arman sebagai tanda tahniah. Luth berdehem.

"Aku tak lagi. Korang dua ajelah kut," Luth memandang Nadrah yang masih memeluk Hawa dan Eryna.

Faeeq dan Arman tersenyum nakal. "Jangan lambat-lambat Luth, aku dengar dia ramai orang minat,"

kata-kata dari Arman membuatkan tubuh Luth mengeras seketika sebelum lelaki itu menghembuskan nafas lembut.

"Soon. Insya-Allah,"

'. '. '. '.

"Kitaorang balik dulu. Assalamualaikum," pinta Hawa dan Nadrah sebelum melambai kearah Eryna.

"Waalaikumussalam, jaga diri," Eryna melambai kembali pada rakan-rakannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Luth dan Arman juga meminta diri untuk pulang setelah penat keluar seharian.

"Jom?" ajak Faeeq. Eryna menoleh memandang lelaki itu hairan.

"Pergi mana?"

"Balik lah sayang. Awak taknak balik?" soalan yang ditanya Faeeq membuatkan Eryna memandangnya atas bawah.

"Aku balik seorang lah. Aku bawa kereta aku, kau baliklah sendiri,"

halau Eryna sebelum berjalan menuju ke tempat parkirnya. Faeeq tetap mengikuti langkah Eryna sehingga gadis itu pusing.

"Jangan ikutlah! Tak faham bahasa ke?" marah Eryna. Faeeq menggeleng. "Bahaya untuk perempuan macam awak jalan seorang, sekarang dah pukul berapa,"

lembut Faeeq membalas walaupun Eryna memarahinya. Eryna telan air liur payah. Ada betulnya juga.

"Ha yelah, teman aku sampai kereta lepastu kau balik," kata Eryna mendatar sebelum jalan kearah keretanya.

Mata Eryna tertumpu pada tayar kereta miliknya. Gadis itu mengetap bibir sebelum menoleh kearah Faeeq.

Lelaki itu mengangkat bahu tanda tidak tahu. Eryna merengus.

"Ada tayar lebih?" soal Faeeq.

"Takde. Dah tu nak balik macam mana ni?" soal Eryna berang. Entah siapa yang pancitkan tayar keretanya ini.

Faeeq memandang Eryna dengan senyuman nipis, Eryna yang faham dengan maksud Faeeq merengus.

"Ish yelah! Kita balik sekali! Kau bawak apa?" soal Eryna.

Faeeq menunjuk ke suatu tempat, Eryna memandang tempat yang ditujukan Faeeq.

"Motorbike?"

Faeeq angguk. Eryna terus berjalan kearah motorbike milik Faeeq.

"Jom lah balik! Aku penat ni!" teriak Eryna. Faeeq mengangguk laju sebelum berlari kearah gadis itu.

"Nah helmet," Faeeq menyarungkan helmet berwarna merah jambu pada Eryna.

Eryna tak sudah-sudah menjeling Faeeq. Namun lelaki itu tetap dengan senyuman manisnya.

"Okay sayang, jom balik," kata Faeeq. Enjin dihidupkan.

Dalam diam Eryna tersenyum suka kerana dia dapat merasai late night ride walaupun bersama dengan lelaki yang dibenci nya.

Faeeq membawa dengan laju sekali. Eryna mendepakan tangannya. Dia merasa sungguh tenang.

Faeeq yang memerhatikan Eryna dari side mirror senyum. Gembira dia dapat membuatkan gadis yang di cintai nya itu tersenyum.

'. '. '. '.
Chapter 33 dah up! Selamat bertemu kembali!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now