Chapter 37

943 85 37
                                    


Boboiboy membuka langkah kearah mereka berdua.

Amato yang baru sedar pun melihat kearah anaknya.

Buku yang digunakan Solar diambil lalu dilihat.

"Aku tak pernah salahkan kau Hali..."

Dengan perlahan buku tersebut diberi kepada Solar semula.

"Solar lumpuh pinggang sampai bawah dan dia tak boleh bercakap...aku pula hilang ingatan jadi maaf kalau aku agak kasar dengan korang..."

Dengar sahaja apa yang diberitahu oleh Boboiboy membuatkan Hali dan Amato terdiam.

Hali masih memegang erat tangan Solar seperti tidak mahu melepaskannya.

Amato bangun dari duduknya dan membuka langkah kearah Boboiboy.

Tanpa berkata apa-apa badan anaknya dipeluk erat.

"M-maafkan ayah Boi...maafkan ayah...."

Rambut Boboiboy diusap lembut dan pelukan dibalas.

"Maaf sebab tak ingat sesiapa..."

Solar melihat kearah Hali dan dia tersenyum.

Tangan Hali ditepuk perlahan seperti Solar cuba tenangkan Hali.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar.

Hali!?

Dengar sahaja suara tersebut Boboiboy terus membuka pintu dari dalam.

Dia melihat kearah dua lelaki yang serupa dengannya.

"B-boboiboy?"

"Gempa? Ice?"

Tuan!!!

Mereka berdua terus memeluk Boboiboy erat dan air mata mengalir laju.

"Kau masih hidup...kau..hisk..hisk..masih hidup...",tangis Ice.

Senyuman terukir di wajah.

Pipi mereka berdua diusap lembut.

"Ermm..aku kembali.."

Senyuman yang sangat dirindui mereka berdua.

Pelukan dilepaskan dan mata mereka memandang kearah Solar yang berada di atas kerusi roda.

"S-solar..."

Buku tersebut diangkat dan ditunjukkan kepada mereka berdua.

"Aku dah kembali."

Belum sempat Hali berkata apa-apa,Ice terus memeluk Solar erat dan Gempa hanya melihat sambil mendekati mereka berdua.

"A-aku tak sangka...tak sangka kau masih hidup.. "

Pemilik elemental cahaya tersebut tersenyum melihat Gempa.

"Mana TTM?"

Persoalan Hali membuatkan Gempa dan Ice menatapnya sayu.

"D-diorang...diorang dah kena wabak tuh...wabak dari kuasa Dark.",dengan perlahan Ice berkata. Dia masih memeluk Solar erat.

Dapat dengar tangisan Ice. Dengan lembut belakangnya diusap.

"Kami tak mampu lawan Dark...kuasa cahaya masih lemah.."

Mereka memandang kearah Boboiboy yang sedang duduk di sofa sambil memegang Mechabot.

"Kenapa? Apa dah jadi?",soal Gempa dengan wajah risau.

Keluhan berat dilepaskan.

"Separuh dari Kristal Solar pecah dan tersebar ke beberapa buah planet....Kristal tersebut adalah memori aku dan kristal keupayaan fizikal Solar...kalau aku nak ingat semula semuanya aku perlukan kristal tuh dan Solar juga perlukannya untuk berjalan dan bercakap semula...sekarang aku hanya mampu gunakan sikit sahaja kuasa cahaya...sebab tuh kita larikan diri dari Dark tadi kalau tetap berlawan mungkin aku akan kalah serta merta...",jelas Boboiboy dan dia memandang kearah Solar.

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now