🦇Part 39🦇

727 84 0
                                    

Beberapa saat berlalu,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa saat berlalu,

Keadaan kejung Lord Dragomir tadi kembali menjadi normal semula. Lelaki itu perlahan-lahan menurunkan tangannya dari kepala Lissa lalu melepaskan hela nafas panjang kekesalan. Melihat semula kisah silam dan memori Lissa buatkan hati Lord Dragomir terkilan. Sejak Lissa lahir lagi Lord Dragomir telah meninggalkan keluarganya. Oleh kerana factor keselamatan dan undang-undang dunia vampire sendiri.

Memulas perut Lissa bila dia lihat reaksi Lord Dragomir. Entah ayah dia tahu ke apa yang menimpa diri dia selama ini? Dengan gelisah dia curi-curi mencubit lengan kot uniform Star di sebelah tangannya waktu itu.

         "Bagaimana adakah tuan telah melihat memori Lissa?Benar bukan apa yang saya katakan?"

Cuak mengelabah Lissa masa tu. Habis la semua memori dia dilihat oleh ayahnya ini. Pasti kisah permusuhan dia bersama Star juga muncul sekali!

         "Apa keputusan tuan?Adakah peperangan masih bakal dilangsungkan?" tanya Vlad seakan tiada apa-apa telah berlaku.

Hela nafas lepas dari Lord Dragomir selepas lelaki itu sober dari kesan kuasanya tadi. Menerima semua maklumat dalam satu masa dengan banyak buatkan dia letih tiba-tiba. Terutama sekali selepas lihat kejadian berbahaya yang menimpa Lissa!?

         "Peperangan akan tetap berlangsung...tak kira apa sekalipun sebabnya."tegas Lord Dragomir yang keberangan. Sekalipun dia Nampak dan dengar apa yang ada dalam memori Lissa, tidak bermakna ia dapat hentikan kuasa jahat dari Zon Biru yang sedang bermaharajalela di Zon Merah saat ini.

Vlad melepaskan dengusan tak percayanya.

        "Sekarang keluar dari sini. Bawa gadis tu bersama!Dan jangan kembali ke tempat ini sampai saya beritahu."halau Lord Dragomir dengan kasar. Dia mengepal penumbuknya dengan erat menahan diri dari mendapatkan Lissa. Dua orang lelaki muda yang mendampingi Lissa merupakan berita buruk untuk anak kesayangannya!Kalau bukan kerana dia perlu rahsiakan identiti Lissa memang dah lama dua ketul kena terajang dengan dia!

Sentap Lissa bila ayah dia begitu dingin terhadapnya. Marah sangat ke pada dia?

        "Semudah tu?"Bersama riak wajah kecewanya, Vlad pandang akan vampire di barisan kerusi kanan ruangan itu. Terarah terus pada lelaki berjambang yang duduk memandang ke arah mereka sejak tadi. Dia berharap ayah dia akan mengatakan sesuatu tetapi harapannya punah apabila ayahnya itu memalingkan wajah ke arah lain. Sama sekali tidak cuba hendak menyokong dirinya saat itu.

Kening Lissa berkerut, berbolak balik hendak mengatakan sesuatu. Dia pandang Lord Dragomir berniat mahu bersuara, namun baru sahaja dia hendak membuka mulut,mereka berdua saling bertentang mata.

Apapun isunya, dia harap ayah dia akan cuba lakukan sesuatu supaya peperangan ni takkan terjadi!

Lissa memandang Vlad sebelum berkerut muka kepada Lord Dragomir. Berharap ayah dia boleh tahu apa yang dia mahukan saat itu.

        "Mari kita pergi Lissa."ajak Star dengan senang hati! Dia capai pergelangan tangan Lissa bersama sewaktu memusingkan badan ke arah pintu keluar. Dan tidak peduli untuk pamit minta diri atau beri hormat kepada Lord Dragomir di situ.

Sementara Vlad, dia agak tercengang.

Mata Lord Dragomir serta merta terarah pada tangan Star di pergelangan tangan Lissa apabila dua orang remaja tu mula gerak hendak melangkah pergi dari situ. Haish!Dia pantang betul la kalau apa-apa hal melibatkan Lissa ni!"Tunggu."

Terhenti kaki mereka dari melangkah apabila suara Lord Dragomir kedengaran. Lissa terlebih dahulu menoleh sebelum Star memusingkan badan menghadap Lord Dragomir.

Vlad buat muka tiada mood dia berikan kepada lelaki itu. Nak apa lagi?Jangan bagi harapan dekat dia boleh tak?

         "Kalau itu yang kamu mahukan...saya akan cuba lengahkan selama yang mungkin untuk elak peperangan dari berlaku. Tapi itu saja...suka atau tak..peperangan antara dua zon ni tetap akan terjadi. Tapi kalau kamu betul-betul mahu hentikan peperangan ni, ada syaratnya."

Huh?

Vlad terkedu. Keningnya terangkat tinggi.

Hujung bibir Lissa terjungkit sedikit bila dia nampak Lord Dragomir pandang ke arahnya dengan renungan mengalah.

Sementara Star yang memang tidak peduli dengan apa yang berlaku di situ sikit pun tak terkutik untuk dengar apa saja syarat tu!

          "Syarat?"kening Vlad mencerlung ingin tahu. "Apa yang tuan mahu saya lakukan?"

          "Kamu kena lakukan sesuatu untuk hentikan mereka dari terus menghasilkan tentera Strigoi..."aju Lord Dragomir dengan perlahan. "Seperti yang kamu tahu apa yang mereka rencanakan. Zon Biru sedang membina tentera menggunakan darah Strigoi. Untuk elakkan lebih ramai lagi manusia biasa dari Zon Biru dijadikan sebagai objek mereka, kamu perlu perangi mereka sehingga tiada satupun sisa Strigoi tertinggal di Zon Biru nanti. Cari tahu siapa puncanya dan dalang disebalik organisasi rahsia ni."

Heh!

Dah agak punya. Star menjuling mata menyampah.

Itu yang dia rancangkan sejak awal lagi!

           Vlad dengan berlapang dada menerima cadangan itu. Tanpa mengatakan apa-apa dengan lebih lanjut kepalanya diangguk. "Baik Lord Dragomir."

Lantas Lissa bertentang mata dengan Lord Dragomir buat kali terakhir yang mana dibalas oleh lelaki itu dengan renungan mencerun kepadanya.

Star pula hanya mendiamkan diri mengerling ke arah ruangan itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now