∞ 37 ∞

2.9K 203 14
                                    

'. '. '. '.

Faeeq terkedu. Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengari tadi.

Wajah Eryna yang masih merah dan tersedu-sedan dipandang tidak percaya.

"Kenapa ka-"

Kata-kata Eryna terpotong apabila Faeeq terus menariknya kedalam pelukan. Gadis itu sedikit terkejut dengan tindakan Faeeq.

"Terima kasih. Terima kasih sebab sudi taknak bercerai dengan saya. Terima kasih sebab terbuka hati untuk terima saya. Terima kasih sayang,"

Eryna kembali menangis apabila Faeeq berkata sedemikian. Tubuh Faeeq didakap erat.

"Aku yang patut ucap terima kasih dekat kau sebab kau banyak bersabar dengan aku," Eryna menangis dengan kuat.

"M-maafkan saya Faeeq.."

Hanya Tuhan sahaja tahu betapa gembiranya Faeeq apabila lukanya kembali sembuh seperti dahulu.

Faeeq melepaskan pelukan. Eryna memandang Faeeq dengan mata sembab. Lelaki itu memaparkan senyuman manis kepada Eryna.

"Kenapa awak senyum?"

"Comel lah. Saya rindu nak tengok awak cakap sopan macam ni. Rindu sangat-sangat,"

Eryna tersipu malu. "Aku- Saya cuba. Lama-lama saya akan jadi macam dulu juga, kan?"

Faeeq mengangguk. Tudung Eryna dibetul kan sedikit.

"Jom kita balik rumah kita ya? Saya rindu awak duduk kat sana,"

Eryna hanya balas dengan anggukkan.

"Tapi balik ni janji tau, cerita balik pasal kita sebelum saya eksiden. Saya nak tahu," ujar Eryna.

Faeeq angguk. "Anything for my sayang,"

Tipulah kalau Eryna kata dia tak blushing. Rasa nak peluk ketat-ketat lelaki di sebelah ini.

Faeeq dengan hati gembira mula memanaskan enjin kembali sebelum kereta mereka laju meluncur di atas jalan.

"Luth! Kau dengarkan?" soal Arman di hujung talian.

"Gila tak dengar? Jangan sampai aku ajak Nadrah kahwin malam ni juga kang," seloroh Luth.

Arman dan Luth dapat mendengar perbualan di antara Faeeq dan Eryna kerana Faeeq terlupa hendak mematikan panggilan.

Faeeq yang sedang memandu tersenyum senget. Ada-ada sajalah abang nya yang seorang itu.

"Jaga dia elok-elok lepas ni Faeeq. Aku tak jamin keselamatan Eryna lepas ni. Mungkin akan lebih bahaya daripada dulu.."

"Balik cepat dan jaga Eryna. Pasal tugas kau kat Lumut aku dah inform untuk Jeneral Hisham setelkan. Ingat Faeeq. Aku gerak dulu. Assalamualaikum,"

Luth memberi amaran tegas sebelum mematikan talian. Arman yang masih tidak memutuskan panggilan bersuara.

"Kau dengar je cakap abang kau tu Faeeq. Dia kenal Syed Ifwan tu dulu dari kita. Dia boleh baca apa yang ada dalam fikiran Syed.."

"Dan kau jangan lupa Luth siapa."

"Okaylah, aku gerak dulu. Jumpa nanti. Assalamualaikum,"

kini Arman pula mematikan panggilan. Faeeq mencabut earbud nya. Dia mengerling Eryna yang sudah terlena di sebelah.

Tangan gadis itu digenggam perlahan. Dia kini benar-benar takut kehilangan Eryna buat kali yang kedua.

'. '. '. '.

Wajah Eryna yang masih dibuai mimpi itu ditenung lama.

Faeeq mengusap wajah polos itu. Eryna yang sedikit terganggu mula bergerak. Faeeq segera menarik tangannya.

Eryna menggosok mata perlahan sebelum diri mamai nya memandang Faeeq yang sudah tersengih.

"Awak?"

"Good morning sayang," sapa Faeeq lembut. Eryna senyum senget. "Pagi juga Elhan,"

Makin lebar senyuman Faeeq apabila mendengar nama itu dipanggil Eryna. Faeeq segera menarik Eryna kedalam dakapannya.

Eryna terjerit perlahan, "Awak! Kita kena solat subuh sekarang," Eryna terus menolak tubuh Faeeq dan dengan segera masuk ke dalam bilik air.

Faeeq hanya mampu geleng kepala. Nasib baik dia sudah ceritakan semuanya pada Eryna.

Pada mulanya gadis itu sedikit terkilan dan rasa bersalah terhadap Faeeq. Setelah dipujuk baru Eryna kembali tenang.

Baru sahaja dia hendak bangkit dari katil, telefonnya berdering.

Nama Arman tertera di telefon dengan segera Faeeq angkat.

"Assalamualaikum, awal betul kau bangun time cuti ni Arman?" perli Faeeq.

Jarang-jarang Arman menelefonnya ketika subuh. Selalu selepas solat subuh, Arman kembali memyambung lenanya. Hari ini lain macam.

"Waalaikumussalam bro, gurau tolak tepi. Luth kat wad kecemasan, ada orang call aku tadi."

'. '. '. '.
Chapter 37! Maaf hambar dan lambat. 🙏🏼🙏🏼
Jumpa dengan Ziqry's juga okay!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now