∞ 38 ∞

3K 214 11
                                    

'. '. '. '.

Faeeq dan Eryna berlari masuk ke wad kecemasan. Mereka berdua melihat Hawa mengusap lengan Nadrah perlahan.

Tangan dan baju Nadrah penuh dengan darah. Air mata gadis itu tidak henti mengalir.

Eryna mengambil tempat di sebelah Nadrah manakala Faeeq berdiri di sebelah Arman yang masih menunggu.

Nadrah memandang Eryna. Wajah yang merah dan sembab itu diusap lembut Eryna.

Nadrah kembali menangis lalu terus memeluk Eryna erat. Hawa pula memandang Eryna.

"A-aku takut Eryn! Aku tak tahu macam mana Luth boleh jadi macam ni.. Dia.. Dia datang rumah aku, lepas tu aku tengok badan dia banyak luka, muka dia calar balar,"

Faeeq, Arman serta Eryna dan Hawa mendengar penjelasan Nadrah. Nadrah mengesat air matanya kasar.

"L-Lepastu, dia terus pengsan dekat aku. Aku takut! Aku panggil jiran aku, minta tolong telefon kan ambulans,"

Nadrah tunduk. Dia memandang kedua tangannya yang sudah dibasahi dengan darah milik Luth.

Nadrah mengetap bibir untuk menahan tangis. Eryna memegang tangan Nadrah yang berdarah.

"Insya-Allah Luth akan selamat. Kau jangan takut okay? Kitaorang ada dengan kau," pujuk Eryna. Hawa disebelah mengangguk.

"Kita balik, bersihkan diri kau. Lepas tu kita datang balik okay Nad?" pujuk Hawa pula.

Nadrah memandang dua orang rakannya itu. Dia kemudian geleng kepala perlahan.

"Aku nak tunggu Luth."

Hawa dan Nadrah memandang satu sama lain. Kemudian memandang kearah pasangan masing-masing.

Faeeq hanya angguk sebagai isyarat begitu juga Arman.

"Kita tunggu sampai doktor bagitau kondisi Luth, lepas tu kita balik okay?" pujuk Eryna. Nadrah mengangguk perlahan.

"Faeeq? Eryna?"

Kedua-dua mereka memandang kearah gerangan yang memanggil mereka.

"Ibu?" Faeeq dan Eryna segera bangun lalu mendekat Puan Fatimah.

"Kamu semua buat apa kat sini? Siapa yang masuk wad kecemasan ni?" Puan Fatimah Faeeq dan Eryna bersilih ganti sebelum terpandang Nadrah yang sudah menunduk.

"Nadrah? Kenapa kamu berdarah ni? Kamu okay?" Puan Fatimah terus menerpa kearah Nadrah.

Gadis itu terkejut memandang Puan Fatimah.

"Nad okay. Ni bukan darah Na-"

Tidak sempat Nadrah menghabiskan ayat, doktor yang merawat Luth keluar dari bilik rawatan kecemasan.

Kesemua mereka berjalan merapati doktor untuk dengan penjelasan tentang keadaan Luth.

"Doktor, dia macam mana?" Soal Arman risau.

"Kamu semua ni ahli keluarga Encik Luth?" Soal doktor wanita itu.

Puan Fatimah terdiam apabila nama Luth disebut. Dia memandang Faeeq meminta penjelasan.

"Luth? Luth Emran?" Puan Fatimah menyoal tidak percaya.

"Ya, Puan. Menurut informasi yang saya terima, nama pesakit Luth Emran bin Khairul."

Puan Fatimah hampir rebah namun sempat disambut Eryna. Faeeq diam. Dia benar-benar rasa bersalah menyembunyikan perkara ini.

Namun, dia sudah berjanji dengan Luth yang dia akan rahsiakan hal ini. Faeeq tidak tahu Puan Fatimah akan tahu perkara sebenar secara begini.

"M-macam mana keadaan anak saya doktor? Dia okay kan?" Wanita separa abad itu sedaya upaya menahan tangisan.

"Macam ni Puan, tulang rusuk kiri Encik Luth patah kerana hentakan dan disebabkan itu tulang yang patah itu ada tercucuk pada organ Encik Luth.."

Nadrah menekup wajahnya. Dia betul-betul rasa bersalah dengan Puan Fatimah.

Puan Fatimah sedaya upaya mengagahkan diri. Berita ini sangat perit untuk diterima.

"Alhamdulillah dengan izin Allah, kami dapat kurangkan pendarahan. Nasib baik Encik Luth cepat sampai ke hospital. Luka luka lain juga agak teruk tapi kami sempat rawat. Saya akan tempatkan Encik Luth di bilik ICU. Hanya terhad kepada seorang sahaja yang boleh melawat dia,"

"Apa pun saya pergi dulu, Assalamualaikum," pinta Doktor wanita.

"Waalaikumussalam, terima kasih banyak doktor," Ujar Faeeq sebelum menunduk sebagai terima kasih.

Selepas itu, Puan Fatimah jatuh terduduk. Eryna di sebelah sedaya upaya menenangkan wanita itu.

"Luth.. ya Allah Luth anak ibu.." Tangisan Puan Fatimah membuatkan semua terdiam.

Eryna terus memeluk Puan Fatimah.

"Insya-Allah ibu, Luth akan sembuh," pujuk Eryna.

Nadrah pula ditenangkan oleh Hawa. Dua wanita yang menyayangi Luth kini sangat rapuh.

'. '. '. '.

Faeeq dan Eryna disuruh pulang oleh Puan Fatimah.

Mereka berdua hanya akur apabila Puan Fatimah mengugut mereka bahawa dia akan bocorkan rahsia keberadaan Luth ni kepada Jeneral Khairul kalau mereka tak mahu balik.

Arman dan Hawa juga meminta diri dan membawa Nadrah pulang untuk berehat.

"Faeeq jom makan dulu," Eryna memeluk pinggang Faeeq. Dia betul-betul lapar kerana sejak subuh tadi dia tidak makan.

"Jom sayang, saya pun lapar. Awak nak makan apa?" Faeeq memandang Eryna.

Eryna mengangkat bahu. "Saya okay je mana-mana,"

"Kita balik rumah lah. Saya masak okay? Mesti awak rindu masakan saya punya," Faeeq berkata dengan bangganya.

Eryna berdecit halus, "Sukahati awak lah Encik Suami. Janji masak makanan,"

Faeeq senyum lebar sebelum dirinya mencium kepala Eryna yang berlapikkan tudung itu.

Tiba-tiba petir berdentum membuatkan Eryna terkejut. Faeeq terus menarik Eryna rapat kearahnya sebelum menutup kedua belah telinga Eryna.

Gadis itu memandang Faeeq hairan. "Awak takut petir sayang,"

Eryna yang membaca pergerakan mulut Faeeq mula tersedar sesuatu. Patutlah dia rasa meremang tadi.

"Jom," Faeeq berjalan sambil menutup telinga Eryna supaya gadis itu tidak dengar bunyi panahan petir yang semakin rancak menyambar.

"Masuklah, jangan lupa ambil earphone dekat kotak depan," Arah Faeeq. Eryna hanya akur.

Terdapat sebuah earphone kartun Hello Kitty. Eryna terus memakainya dan Faeeq dengan segera menyambungkan wayar itu kepada telefonnya.

Instrumen musik dipasang supaya dapat mengalihkan perhatian Eryna daripada mendengar guruhan yang kuat.

"Kita balik okay?" Faeeq menghantar pesanan melalui mesej. Eryna pandang Faeeq dan angguk.

Kereta yang dipandu Faeeq meluncur laju keluar dari kawasan parkir hospital.

'. '. '. '.
Chapter 38! Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada batch 05! Semoga dipermudahkan urusan untuk menjawab 🤍

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now