Chapter 16

277 42 1
                                    

Kira kira 10 minit kemudian, Ramenman memandu kereta milik Kaizo itu masuk ke dalam hutan, dan memberhentikan kereta itu.

Sai dan Shielda pun membawa kawan mereka yang tidak sedarkan diri itu keluar dari kereta, dan membaringkan dia di atas tanah.

Semasa masih dalam kereta tadi, Shielda sempat mengikat pinggang Kaizo menggunakan tudung shawl spare yang dia bawa kalau kalau tudung dia kotor semasa misi penyamaran tu.

Jadi, sempatlah kurangkan sedikit pendarahan milik Kaizo itu.

"Macam mana dengan penderahan dia?" Ramenman mencuba mengecek keadaan Kaizo.

Wajahnya memang kelihatan pucat, bermakna dia sudah kehilangan banyak darah.

"Tak bagus. Tapi Shielda berjaya perlahankan sedikit pendarahan dia" kata Sai. 

Selang seminit kemudian, Kassim pula tiba dengan keretanya.

Dia terus keluar dari kereta dan berlari ke arah abang kembarnya itu.

"Kaizo?!" memang jelas riak panik pada wajahya. Yelah, kembar dia baru lepas kena tembak kot.

Di tangan kanannya, dia sudah membawa first-aid kid bersamanya.

Dia tahu perkara ini akan berlaku kerana beberapa rakan sekerjanya juga keras cedera ketika menjalankan misi, jadi dia sudah diminta oleh seniornya untuk menyediakan sekurang kurangnya satu first-aid kid di dalam keretanya.

"Sana, biar aku tolong" Kassim terus meminta ketiga tiga kawan Kaizo itu untuk ketepi supaya dia boleh merawat kembarnya itu.

Dia hanya boleh lakukan bantuan awal sahaja. Dia tidka boleh keluarkan peluru itu dari dalam badan Kaizo kerana terlalu bahaya. Dia perlukan bantuan pakar untuk itu. Dia hanya mampu memberhentikan pendarahannya sahaja.

Bila sudah selesai, mereka pun akhirnya boleh bertenang seketika.

"Baiklah, aku dah hentikan penderahan dia" katanya.

"Huh...." keempat empat mereka melepaskan nafas lega.

Kassim meletakkan kepala Kaizo di atas pehanya sementara tunggu dia terjaga.

Sebenarnya, memang tak tahu jika Kaizo akan sedar sebelum mereka pergi dari sana. Boleh jadi esok baru dia sedar.

"Haih....tak sangka menyamar je pun boleh jadi macam ni....huh...." Sai mengeluh. Kalau ini apa yang dia perlu lakukan untuk naik pangkat, memang dia lebih rela jadi pelatih sampai bila bila.

Dah dekat tujuh bulan juga mereka kekal sebagai pelatih.

Mereka masih lagi tak lulus sebagai polis sebenar akibat setiap misi yang mereka di hantar, mereka selalu lakukan kesilapan, yang membuatkan mereka tak pernah nak lulus.

Berbeza dengan Kassim, dia masuk polis dua bulan lebih awal daripada mereka, sebelum mengajak Kaizo memasukinya juga.

Kassim pun lulus enam bulan kemudian, dan menyibukkan dirinya dengan semua misi yang dia boleh ambil untuk naik pangkat secepatnya.

Kassim dan dirinya sudh berusia 25 tahun. Mereka sudah lama dikeluarkan daripada rumah anak yatim mereka untuk menjalani hidup mereka sendiri.

Fang juga sepatutnya ikut bersama mereka walaupun dia masih berusia 15 tahun lagi.

Tetapi, disebabkan mereka tidak mampu mencari rumah dan perkejaan yang mereka boleh balik ke rumah selalu untuk menjaga adik mereka, mereka membuat dua kerja sekaligus.

Iaitu menjadi polis, dan juga sebagai pekerja rumah anak yatim mereka itu, supaya Fang masih boleh tinggal di sana.

Disebabkan Kaizo masih lagi pelatih, jadi dia boleh kerap pulang ke rumah, tidak seperti Kassim. Kadang kadang, dia kena stay di pejabat dekat seminggu.

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now