Chapter 17

274 45 3
                                    

Boboiboy dan Ochobot berjalan ke arah kereta Kapten Papa, sementara kawan kawan mereka menunggu di sebalik pagar sekolah, menunggu jawapan mereka.

Ochobot membuka pintu bahagian hadapan kereta itu, tapi tidak terus masuk ke dalam kereta.

"Anak anak Papa! Macam mana sekolah hari ni?"

Nampaknya Kapten Papa memang berseronok berlakon menjadi ayah mereka sampaikan dia tetap panggil mereka anaknya walaupun dalam keadaan tidak perlu berlakon.

Well, dirinya sendiri memang tiada anak dan masih belum pernah berkahwin, jadi ianya jelas kenapa dia seronok dalam melihat dua anak muda itu sebagai anaknya.

"Seronok! Kami belajar banyak benda baru!" Boboiboy memunculkan dirinya dari atas bahu Ochobot.

"Baguslah macam tu! Hah, masuk masuk!"

Kapten Papa menyuruh mereka untuk masuk ke dalam kereta kerana mahu membawa mereka berdua pulang ke istana.

Tapi, seperti apa yang sudah dirancang, mereka tidak terus masuk ke dalam kereta, dan itu membuatkan Kapten Papa memandang mereka pelik.

"Anak anak?"

Ochobot dan mula sedikit gelisah.

Memang dia kata pada mereka yang dia tidak janji mereka akan diizinkan untuk mengikuti mereka, tapi pada masa yang sama, dia tidak mahu kecewakan mereka.

"Erm...sebenarnya Papa....kami ada nak minta sesuatu"

Kapten Papa hanya menaikkan sahaja keningnya mendengar ayat Ochobot.

"Minta apa? Barang sekolah kamu semua dah habis ke?"

Itu adalah benda pertama yang sampai ke fikirannya kerana yelah, diorang sekarangkan budak sekolah.

Mengingat yang Boboiboy tak pernah sekolah dan Ochobot dah dua tahun tak pergi ke sekolah jadi mesti itu adalah masalah pertama mereka.

"Oh, tak tak. Bukan tu" Ochobot menggeleng.

"Hm? Habis tu?"

Ochobot menarik nafas dalam dalam, mencuba mendapatkan semangat untuk mengatakannya.

"Erm....sebenarnya....kawan kawan kami ada pelawa kami untuk bawa kami jalan jalan satu kampung ni untuk kenalkan kami dengannya, kerana sekarang kami bersekolah di sini. Jadi, kami nak minta izin Papa dulu"

Boboiboy menepuk dua kali bahu Ochobot sambil tersenyum menandakan dia mengatakan tahniah ke Ochobot kerana dah berjaya menanyakan permintaan itu.

Ochobot pun membalas senyuman Boboiboy.

Tapi ianya masih belum tamat, Kapten Papa masih belum menjawap.

Mereka memandang kembali ke bapa tidak sah mereka itu.

Bukan riaksi yang mereka jangkakan, Kapten Papa kelihatan tenang sahaja dan memegang dagunya seperti sedang berfikir.

Mereka fikir yang Kapten Papa akan terus bangkang permintaan mereka itu kerana, yelah, Boboiboy adalah putera dan ianya bahaya untuk biarkan putera muda mereka pergi entah kemana.

"Hm...hahaha! Mestilah boleh! Lagipun, bukan selalu kan? Inilah peluang Boboiboy untuk mengenal lebih pasal kerajaannya!"

Wajah Boboiboy dan Ochobot terus berubah menjadi gembira.

"Terima kasih Papa!!!" mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada Kapten Pengawal mereka itu.

"Hahahaha!!! Tak ada apa apa lah! Hah, disebabkan Papa tak tahu kamu berdua akan jalan jalan berapa lama, jadi kamu berdua boleh balik sendiri kan?"

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now