Bab 81: Rahsia Liam

29 7 0
                                    

SEMUA pelajar berkumpul di dewan semula selepas disoal siasat. Cikgu Azrell meminta mereka berkumpul di situ semula dan menunggu ibu bapa masing-masing mengambil mereka. Mereka semua tidak memberitahu rahsia TBM dan NS kepada pihak polis kerana telah membuat perjanjian.

"Alhamdulillah, kita semua masih selamat dan tak apa-apa. Syukur. Saya gembira semua orang masih selamat. Perkara ini sangatlah mengejutkan kita semua, tetapi saya berharap semua pelajar dan guru dapat simpan rahsia pelajar dan rakan sekolah awak semua ni ya. Bawa rahsia ni sampai mati." Kata Cikgu Azrell kepada semua pelajar dan para guru yang berada di situ, sambil mengerling ke arah Dilan, Niel dan yang lain.

Mina, Tina, Ayumi dan Henna pula asyik menundukkan kepalanya. Yurina sudah dibawa ke hospital kerana pengsan tadi. Lukanya pula sempat dipulihkan oleh Khai, walaupun ada yang tidak dapat disembuhkan. Alasan yang mereka berikan ialah Yurina terkejut dengan kehadiran orang asing tersebut.

"Dilan, aku lupa nak tanya dan aku juga baru perasan, Zull tak ada di sini? Dia tak datang ke?" soal Khai di sebelah Dilan. Dia tidak tahu hal itu kerana tidak ada semasa Zull diambil dan ketika Hash serta Liam turun di padang itu tadi.

Dilan mendiamkan dirinya untuk seketika. "Aku cerita di rumah. Aku tak beritahu cikgu pasal hal itu dan cikgu juga mungkin masih belum perasan. Biarlah ia kekal begitu sebab aku tak nak cikgu dan yang lain risau."

Khai merenung Dilan dengan lama sebelum menjawab, "Okey." Khai memalingkan mukanya ke arah cikgu Azrell yang berada di atas pentas semula walaupun hatinya benar-benar mahu mengetahui apa yang telah terjadi tadi.

Tepat pukul 1.45 petang, semua pelajar balik ke rumah masing-masing secara beransur-ansur kerana rata-ratanya menunggu ibu bapa mengambil mereka dan ada yang balik sendiri. Dilan dan yang lain termasuklah Nik dan Mior dihantar pulang ke rumah sewa TBM oleh Khai serta Ayumi, dan ia atas permintaan mereka berdua.

Ruzain dan Rizki pula ke rumah sewa itu dengan kereta yang dipandu oleh pemandu keluarga Rizki, manakala Izz ke rumah sewa Amir dengan menunggang motosikalnya. Mereka juga mahu mengetahui apa yang wira-wira itu akan buat terhadap Zull nanti. Apabila sampai di rumah sewa TBM, mereka semua berkumpul di ruang tamu kerana mahu berbincang.

"Macam mana dengan Zull?" soal Nik ingin tahu.

"Aku juga tak pasti, tapi lelaki yang turun ke padang tu sudah janji akan selamatkan Zull." Balas Dilan tenang.

"Jadi, kita tak perlu tolong apa-apa ke?" duga Izz pula.

"Ia di luar bidang kita, Izz. Lelaki tadi pun dah bagitahu yang kita hanya akan menjadi beban buat diorang nanti. Dengan kuasa yang kami ada ni pun, belum tentu mampu untuk melawan semua musuh. Kalau musuh sama kuat macam lelaki terakhir tadi tu (Kapten Faqimora) atau lebih kuat dari dia, maka kita semua akan..." Amir menjawab sambil membuat gaya mati pada hujung ayatnya.

"Maksud korang Zull kena culik oleh penjahat tu?" soal Khai apabila mula memahami perbincangan itu. Hampir keliru juga dia tadi.

Yang lain terus berpaling ke arah Khai. Mereka lupa yang Khai tiada di padang pada pagi tadi. Isterinya berada di rumah sebelah kerana mahu berbincang dengan kawan-kawan perempuannya itu. Justeru, mereka semua mengangguk dengan perlahan-lahan. Khai beriak tidak percaya dengan berita itu. Ya Allah! Parah ni!

"Kau tak perlu risau, Khai. Macam yang aku cakap tadi, Ketua Hash dan lelaki bernama Liam akan selamatkan Zull. Jadi, kita berdoalah yang mereka berjaya, okay." Pujuk Dilan apabila melihat kegusaran pada wajah Khai. Khai melihat ke arah Dilan dan mengangguk faham.

"Kenapa tak pernah beritahu kami yang korang semua ni TBM?" tanya Mior pula, lalu mengerling ke arah abangnya, Amir.

"Maaf. Tentang tu...ia sebab kami tak tahu siapa yang kami harus percaya. Mana tahu ada yang akan hantar identiti kami kepada pihak berkuasa dan kami akhirnya kena tangkap." Balas Dilan lagi.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now