∞ 41 ∞

2.9K 207 9
                                    

'. '. '. '.

"Allahuakbar! Penatnya hari ni!" Faeeq terus menerjah sofanya lalu bersandar. Eryna tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelah Faeeq.

"Mungkin ini lah apa yang Arman dengan Hawa rasa waktu kita kahwin kan? Ingat jadi pengapit senang je kipas orang, hm tengok apa jadi? Dah ibarat PA dah,"

Eryna tertawa. Ada benar apa yang dikatakan Faeeq.

Hari ni seharian mereka membantu Arman dan Hawa dari segi pakaian, aksesori, gambar, make up dan pelbagai lagi.

"Alhamdulillah selesai dah majlis diorang. Lepas ni Nadrah pula," kata Eryna. Faeeq mengangguk.

"Awak okay sayang? Kaki awak lenguhkan?" soal Faeeq sebelum mendukung Eryna lalu mendudukkan Eryna di atas ribanya.

Gadis itu mencebik sebelum angguk. Faeeq tidak lekang dari senyuman sambil membuka pin-pin tudung milik Eryna.

"Kesian dia kaki lenguh, mama dengan baby sama-sama kerja keras hari ni ye?" Faeeq berceloteh.

Eryna tertawa. Ada-ada sahaja suaminya itu.

"Takpe, baru baby tahu mama kerja keras untuk aunty-aunty dia," balas Eryna. Faeeq mengangguk.

Setelah siap membuka tudung Eryna, Faeeq terus mendukung Eryna naik ke bilik.

"Kita urut kaki awak, lepas tu rehat okay?" Kata Faeeq. Eryna menggumam sebagai jawapan.

Setelah membersihkan diri, Faeeq terus menyapu minyak dan mengurut kaki Eryna yang bengkak itu.

"Sedapnya, lega betul rasa," Eryna mula terasa dirinya di awang-awangan kerana Faeeq mengurut dengan sedap sekali.

Keluar segala angin dalam badannya.

"Mesti. Tengoklah siapa yang urut," Kata Faeeq kembang semangkuk. Eryna menjulingkan biji mata.

"Sukahati awak lah Encik Faeeq,"

Selepas itu, Faeeq mengambil tempat di sebelah Eryna. Baru sahaja mereka ingin tidur, telefon Faeeq berdering.

"Assalamualaikum hello?"

Eryna memandang Faeeq yang sedang menjawab telefon. Wajah suaminya sangat serius.

"Baik, jumpa kejap lagi,"

Sejurus itu panggilan dimatikan. Faeeq segera bangun dari katil dan menukar pakaian.

"Awak nak pergi mana Faeeq?" soal Eryna risau. Faeeq hanya balas dengan senyuman.

"Awak siap, pakai biasa-biasa pun takpe. Bawa apa yang patut, saya akan hantar awak balik rumah mama okay? Saya ada tugasan,"

Eryna mengangguk. Akur dengan arahan Faeeq. Dia tahu suaminya sudah lama tidak pulang ke pangkalan dan hanya menghantar maklumat melalui talian.

Setelah itu Eryna terus dihantar ke rumah Puan Halida. Sempat Faeeq berjumpa dengan Puan Halida sekejap.

"Jaga diri please?" Eryna mendongak memandang suaminya. Dagu diletakkan pada dada bidang lelaki itu.

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now