𓊈𒆜𝕳𝖚𝖘𝖇𝖆𝖓𝖉 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟏𒆜𓊉
「𝐇𝐈𝐒 𝐂𝐔𝐓𝐈𝐄」
(Agak terabur sebab masih dalam Editing)
My first story. Dipersilakan membaca kebosanan saya di sini.
─ .⋅ ♫ ⋅.─
𝐍𝐚𝐬𝐡 𝐇𝐲𝐝𝐞𝐫
Hate to love brother
𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐡𝐚 𝐒𝐭𝐞𝐥𝐥�...
MALIKHA mengeluh. Sudah 3 hari dia dikurung di bilik ni. Nash pun hanya akan masuk bila nak bagi makanan je.
"Apa function dia culik aku sebenarnya? Bosan siak! Aku ada banyak lagi kerja nak dibuat! " Malikha merengus.
"Mika tu pun satu! Yang dia pergi percaya cakap Nash bulat bulat dah kenapa?! Sejak bila aku pergi outstation dho?! " Malikha berdecit. Abang dia pun satu, bodoh tak habis habis!
"Lia."
"Mak kau! Ish apa abang nak?! " Malikha menyoal malas.
"Here." Nash menghulurkan baju kurung warna putih kepada Malikha.
"Baju kurung? For what? " bingung Malikha.
"Aku nak kau pakai malam ni. Nanti kita keluar. " arah Nash.
"K." Malikha terus bersetuju tanpa bertanya lebih lanjut.
Nash terus keluar selepas mendengar balasan Malikha.
•••
MALIKHA memandang penampilan dirinya di cermin. Cantik jugak dia bila berpakaian sopan macam ni, dengan tudung lagi nampak ayu.
Dia pun pelik bila Nash menyuruh dia pakai tudung sekali. Dia dengan ego jadi dia tak bertanya walaupun sangat ingin tahu.
"Kau dah siap?" Tegur Nash.
"Dah-" Malikha memandang Nash atas bawah. Asal mamat ni pakai baju melayu dengan songkok ni? Ada majlis kesyukuran ke?
"Ok jom! Nanti lambat. " Nash terus mendahului Malikha.
Malikha hanya mengikuti dari belakang sambil otaknya bekerja.
•••
MALIKHA statik duduk di dalam kereta Nash. Dia dah...... kahwin?
"ARGHHHH!! " Malikha menjerit.
"Ish kau dah kenapa?! " marah Nash.
"Abang tu dah kenapa?! Kenapa tiba-tiba nikah mengejut macam ni? Dan kenapa diorang semua setuju termasuk Mika?! " soal Malikha bertalu.
"Jaga sikit bahasa kau! Aku ni suami kau! " tegur Nash.
"Tak masalahnya, Kenapa. Abang. Kahwin. Dengan. Lia? " tanya Malikha buat sekian kali
"Dah aku nak halal kan kau, takde lah dosa bila nak pegang kau nanti. Lagipun kau pun tak tolak masa sign borang perkahwinan tu. "
"Masalahnya abang dah ugut Lia! Memang lah Lia tak tolak! " tutur Malikha geram.
"Dahtu? Terima je lah! Benda dah lepas! Kau pun dah jadi isteri aku. Buat rilek je lah. " selamba Nash.
"Ya Allah sabarkan lah hati aku. Dahlah kahwin koboi! Majlis pun takde! Terasa kahwin sebab kena tangkap basah pulak! " bebel Malikha.
"Aku tak boleh tunggu takut terbabas. Sebab tu aku halal kan kau terus. Pasal majlis tu jangan risau, mummy dah kata nak buat bulan 7 nanti. " terang Nash.
"Masalahnya abang tak boleh sabar ke? "
"Tak boleh! Nanti kau kena rampas. Lagipun kalau aku cakap nak halalkan kau mesti kau tolak jadi aku buat lah macam ni kau pun tak ready nak lari." Nash sengih.