∞ 42 ∞

2.7K 217 42
                                    

'. '. '. '.

"Awak? Bila sampai?" soal Eryna. Dia menggenyeh mata, baru sahaja hendak bangun Faeeq membaringkan Eryna semula.

"Tidurlah. Saya baru balik. Saya nak mandi kejap, sayang jangan risau okay?"

Eryna yang masih mamai hanya mengiyakan. Faeeq menyelimutkan Eryna dan dahi gadis itu dicium sekilas.

Dalam beberapa saat Eryna kembali terlena. Faeeq terus membersihkan dirinya.

Kemudian, selepas mandi dia terus mengambil tempat di sebelah Eryna. Gadis itu kelihatan betul-betul keletihan. Makluman pembawakan budak lepas tu berjam-jam berdiri tadi.

Faeeq menongkat kepala memandang Eryna. Wajah gadis itu diusap lembut.

"Macam manalah hidup saya tanpa awak Safia..."

Faeeq mencium hidung Eryna lembut. "Goodnight sayang. I love you,"

Tanpa Faeeq sedar, Eryna tersenyum dalam tidurnya. Seakan dapat mendengar apa yang dikatakan suaminya walaupun sudah dibuai mimpi.

'. '. '. '.

Selesai solat Subuh, Faeeq dan Eryna bersarapan bersama dengan Encik Zamir dan Puan Halida.

"Appointment kamu bila Eryn?" soal Encik Zamir. Eryna mengunyah bihun sambil berfikir sejenak.

"Ahad ni papa," balas Faeeq. Eryna tersengih sebelum mengangguk. Puan Halida hanya mampu tersenyum dan geleng kepala.

"Kamu teman dia atau nak mama temankan?" soal Puan Halida pula.

"Faeeq akan ambil cuti. Taknak susahkan siapa-siapa dan taknak Eryna sakit hati ke apa,"

Eryna yang mendengar jawapan daripada Faeeq tersenyum bangga lalu mengangguk dengan laju.

"Senang hidup kamu ye Eryn. Ramai orang sayangkan kamu, kamu tu kena pandai jaga diri lepas ni,"

Pesan Puan Halida. "Okay mama. Janganlah risau. Abang Faeeq dah suruh Eryna ikut dia walaupun dekat Lumut nanti,"

pssst!

Terkebil-kebil tiga anak beranak itu memandang Faeeq. Jejaka itu menepuk dadanya perlahan kerana tersedak.

"Abang okay tak ni? Dah kenapa sampai tersedak?" soal Eryna kerisauan sebelum menepuk belakang Faeeq perlahan.

"Abang?" Faeeq memandang Eryna tidak percaya. Encik Zamir dan Puan Halida tersenyum.

Eryna mengangguk. "Yelah Abang. Abang kan suami saya, takkan lah saya nak panggil awak dengan nama awak? Saya taknak jadi isteri derhaka,"

Eryna menggeleng. Membahang pipi Faeeq namun cepat-cepat dia tekup.

"Haih, rindu betul zaman mula-mula kita jadi suami isteri kan awak?" soal Puan Halida.

"Itulah, terasa macam semalam je hal macam ni jadi kat kita," Encik Zamir mengiyakan. Dua sejoli itu tersipu malu.

"Dah makan. Kejap lagi ada apa-apa plan ke?" soal Encik Zamir.

"Faeeq nak ke pang-"

"Nak beli barang baby dengan Abang Faeeq!"

gulp

Faeeq menoleh memandang Eryna yang sangat hyperactive itu.

"Sayang, awak okay ke tak ni? Semalam bukan main letih, hari ni aktif pulak?" garu kepala Faeeq di buatnya.

Eryna cebik. "Kenapa? Tak suka ke? Tak boleh ke jadi aktif? Awak nak saya duk meleper je kat atas katil? Macam tu?"

Eryna terus meletakkan sudu dan garpu sebelum menaik tangga naik ke bilik.

"Eh sayang-"

bam!

Faeeq menutup mata. Dia sudah tersilap langkah.

"Biasalah tu Faeeq. Emosi orang mengandung ni memang susah nak jangka," kata Encik Zamir.

"Dulu waktu mengandungkan arwah Emir, dia mengidam macam-macam kan? Kali ni emosi dia pula yang bermacam ragam,"

Puan Halida berkata. Faeeq mengangguk lemah sebelum bangun. Pinggan dia dan Eryna dibawa ke singki dan terus basuh.

"Faeeq naik kejap," pinta Faeeq sebelum menaiki tangga ke bilik mereka.

"Sayang," panggil Faeeq.  Pintu diketuk perlahan namun masih tiada jawapan daripada Eryna.

"Sayang, saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya cuma tanya je, bukan saya tak suka,"

pujuk Faeeq lagi. Eryna masih diam tidak berkutik. Dia menjeling pintu bilik mereka ibarat dia menjeling Faeeq.

"Kalau sayang taknak maafkan saya, saya tunggu sini sampai sayang keluar,"

Faeeq terus duduk bersandar pada pintu bilik.

"Awak nak tahu sayang? Saya tanya macam tu sebab saya suka dengan perangai awak yang aktif ni. Awak nampak comel sangat. Teringat saya waktu awak mengandung arwah Emir dulu,"

Eryna memandang pintu. Mula mendengar suaminya bercerita.

"Dulu, awak banyak minta makanan macam-macam. Benda pelik-pelik jelah yang awak nak. Nak gigit sabun lah, nak tengok saya pakai tudung lah, nak minyak petrol lah, semua saya tunaikan sebab saya sayang awak sangat,"

Faeeq tersenyum senget mengingat kembali peristiwa dulu.

"Jadi, saya tak kisah awak nak aktif dan manja dengan saya. Lagi saya suka tau sayang. Please buka pintu ni untuk abang boleh sayang?"

Tidak sampai beberapa saat terus pintu dibuka, nasib baik Faeeq sempat bangun.

Kelihatan mata sembab Eryna merenung tajam Faeeq. Tubuh gadis itu terhincut-hincut kerana menangis.

"Alolo, comelnya dia nangis sebab kita. Meh sini hug," Faeeq senyum sebelum mendepakan tangan.

Eryna tertawa sebelum memeluk Faeeq erat. Tubuhnya didukung Faeeq dalam pelukan.

"Maafkan abang?"

Faeeq memandang Eryna. Eryna tersengih sebelum mengangguk.

"Okay. Tapi saya rasa nak tengok awak pakai tudung lah. Mesti nampak ayu hahahaha!"

Eryna tertawa. Faeeq menggeleng kepala dengan kenakalan isterinya itu.

"Okay, anything for you my love,"

"Yey! Sayang suami kita!"

"Kita pun sayang isteri kita jugak,"

'. '. '. '.
Chapter 42! Vote dan comment jangan lupa tau!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now