Bab 39

1.3K 27 0
                                    

Seperti biasa,Melur akan menyiapkan pakaian Firdaus ke pejabat. Dia yang akan mengenakan baju,kot dan stokin Firdaus. Begitulah cara Melur menjaga keperluan suaminya. Dia hanya mahu memberikan yang terbaik buat Firdaus.

“Mari sini Melur pakaikan.” kata Melur lembut sambil memakaikan tali leher Firdaus.
‘Mak ai,pagi-pagi lagi dah bersiap cantik wangi bagai budak ni. Luntur la iman aku ni.’

“Melur suka perfume abang yang ni. Wangi. Mm..” kata Melur manja lalu mengucup dagu Firdaus. Firdaus terkejut. ‘Dia cium pulaaak. Masak aku macam ni.’getus hati Firdaus.

“Melur tunggu kat bawah.” kata Melur sebelum berlalu.

Firdaus turun ke tingkat bawah dan duduk di kerusinya seperti biasa. Dia tidak lagi membantah arahan Melur yang mahu dia bersarapan di rumah. Lagipun Firdaus sendiri tidak betah andai tidak makan di rumah sebelum ke tempat kerja. Melur menghidangkan omelette kepada Firdaus. Tanpa berlengah,Firdaus menikmati sarapannya dengan berselera.

“Sedap tak?” soal Melur sambil memaut bahu Firdaus dari belakang. Firdaus mengangguk.

“Tengoklah siapa yang masak.” kata Melur gembira lalu mencium pipi Firdaus.

“Melur tak malu ke cium abang?” soal Firdaus yang sudah sedikit goyah.

“Malu. Mestilah Melur malu kalau abang tu bukan suami Melur.” jawab Melur selamba.

“Ya,Melur patut malu sebab abang ni suami yang...”

“Tak kesahlah suami yang macam mana pun. Yang penting Ha Alif Lam Alif Lam.” pintas Melur selamba. Firdaus diam. Dia terus makan sambil menjeling kepada Melur. Dia menghentak sudu dan garfunya tanda protes. Dia tahu Melur menyindirnya.

Selepas bersarapan,Firdaus duduk di bangku tepi pintu masuk dan Melur memakaikannya stokin. Kasut juga telah Melur kilatkan untuk Firdaus.

“Abang jaga diri baik-baik ya? Bawa kereta hati-hati.” pesan Melur lembut sambil menyalami Firdaus. Melur menatap mata lelaki itu.

“Apa ni? Comotnya abang makan?” kata Melur sambil mengelap tepi bibir Firdaus. Tiba-tiba Melur mengucup bibir Firdaus. Hanya kucupan sesaat. Firdaus terkejut.

“Assalamualaikum.” kata Melur lalu menutup pintu. Firdaus terdiam di situ sambil menyentuh bibirnya sendiri. ‘Apa yang dia buat ni? Selamba je cium aku.’ kata Firdaus sambil berjalan ke keretanya. Masuk ke kereta,Firdaus mencium bajunya.
‘Adoi,bau perfume dia. Fuhh...ni kalau Dee terhidu ni,mandi minyak tanah aku pagi ni.’ kata Firdaus sambil menikmati keharuman minyak wangi Melur yang melekat pada bajunya. Akhirnya dia tersenyum sendiri.

Petangnya Firdaus pulang awal. Pukul 5 dia sudah pulang tanpa sempat menemui Dee terlebih dahulu. Dia tidak mampu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerjanya kerana ingatannya lebih tertumpu kepada Melur tanpa dia tahu sebabnya. Kepulangannya disambut Melur di muka pintu. Melihatkan Melur,Firdaus jadi lemah. Dia menahan nafasnya. Firdaus duduk di bangku dan membiarkan Melur melakukan rutin hariannya iaitu membuka kasut dan stokinnya. Mata Firdaus terus melekat pada Melur.
‘Ya Allah,seksilah pulaaak budak ni. Ya Allah tolong aku ya Allah. Jangan tumbangkan aku.’ bisik hati Firdaus saat terlihatkan dada Melur yang sedikit terdedah itu.

“Melur ni kenapa pakai baju seksi macam ni?” soal Firdaus konon marah merujuk singlet hitam dari material renda yang dipakai Melur. Singlet yang menampakkan bayangan branya. Padanannya adalah skirt pendek paras lutut warna sedondon.

“Seksi ya?” soal Melur sambil melurutkan tali singletnya.

“Don’t. Don’t do that. Don’t try to do that.” kata Firdaus cemas sambil mengangkat jari telunjuknya ke arah Melur. Melur mendekatkan tubuhnya ke tubuh Firdaus.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now