∞ 43 ∞

2.6K 198 15
                                    

'. '. '. '.

"Kesian suami kita muntah-muntah kat mall tadi, tanda sayang bini la ni,"

Eryna yang sedang mengunyah bertih jagung menggeleng kepala melihat Faeeq yang terbaring di atas sofa selepas seharian mereka membeli belah.

Faeeq menoleh kearah Eryna yang sedang syok mengunyah makanan.

"Haah tanda sayang bini ketat sendat padat. Sampai tak sanggup tengok bini kena alahan, memang automatik sampai ke kita la kan?"

Faeeq geleng kepala untuk menghilangkan rasa pening. Ketika mereka membeli belah barang bayi, Faeeq asyik ke tandas kerana nak termuntah bau mall katanya.

Eryna meletakkan bekas bertih jagung di atas meja sebelum mengangkat kepala Faeeq lalu diletakkan di atas peha.

Rambut Faeeq diusap. "Kesian dia muntah sebab kita. Esok rehat lah kat rumah, okay?"

ujar Eryna. Faeeq mengangguk perlahan. Tangan Eryna mengurut dahi Faeeq bagi mengurangkan rasa pening.

"Sayang, awak pakai perfume apa?" soal Faeeq lalu bangun dari baring. Eryna memandang Faeeq hairan.

"Ni kan minyak wangi yang awak bagi waktu wedding kita dulu? Awak lupa dah ke?"

Berkerut dahi Faeeq. "Err takpelah lupakan saya nak sambung tidur balik," Faeeq terus baring pada Eryna kembali.

Takkan dia nak kata minyak wangi yang dipakai Eryna busuk kalah bau loji? Dia taknak Eryna sedih lagi sebab dia. Faeeq tak sanggup tengok Eryna sedih lagi.

"Haih macam-macam suami saya ni ye,"

Faeeq hanya melemparkan segaris senyuman apabila Eryna berkata begitu.

'. '. '. '.

"Kau muntah banyak kali sebab Eryn pakai minyak wangi yang kau bagi kat dia time tidur? Siot betul perangai,"

Arman geleng kepala mendengar cerita Faeeq. Luth di sebelah sedaya upaya menahan tawa.

"Nak buat macam mana? Aku sanggup lari guna tandas bawah sebab taknak ganggu dia tidur tahu tak? Bau minyak wangi tu memang busuk!"

Kali ini Luth tidak dapat kawal tawanya. Arman disebelah juga begitu.

"Sweet tapi kelakar la kau ni! HAHAHAHA"

Luth menepuk lengan Arman sambil ketawa terbahak-bahak. Arman menjeling Luth sekilas, dengan segera lelaki itu berhenti menampar lengan Arman.

"Kau ni, tepuklah meja. Tepuk aku pulak, yang boleh tepuk aku bini aku je,"

"Cehhh mentang-mentang dah ada bini cehhh" sakat Faeeq. Arman menolak ubun rambutnya.

"Biasalah. Si tua ni memang lambat lagi lah majlis dia,"

Mereka berdua melirik kearah Luth. Lelaki itu menjulingkan biji mata menyampah.

"Kau tunggu la aku kahwin nanti, lagi 200 kali ganda sweet daripada korang," Luth berkata dengan nada tidak puas hati.

"Kita tengoklah nanti siapa yang romantik, HAHAHAHA!" Faeeq balas. Luth menjeling Faeeq tajam.

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now