∞ 44 ∞

2.7K 192 7
                                    

'. '. '. '.

"Sini ke?"

Eryna memandang aplikasi yang menjejaki telefon Nadrah. Dia mendongak melihat sebuah banglo mewah.

Bayi di dalam perut menendang membuatkan Eryna mengusap perutnya perlahan.

"Takde apa sayang. Mama pasti takde apa-apa yang jadi, jangan takut sayang mama ada,"

ujar Eryna perlahan. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dihembus.

"Boleh Eryn kau boleh,"

Dengan lafaz Bismillah, baru sahaja Eryna hendak melangkah masuk tangan gadis itu direntap kasar.

Eryna menoleh, terkejut melihat Faeeq tiba dengan wajah cemas dan takut.

"What are you doing sayang? Bahaya awak tahu tak? Awak tak sayang anak kita?"

soal Faeeq risau. Tubuh Eryna dipeluk erat. Dia fikirkan dia akan kehilangan Eryna buat kali kedua.

Dan dia tidak sanggup hal itu terjadi sekali lagi.

"Eh- Abang.. Safia cuma nak selamatkan Nad tu je.."

Eryna membalas perlahan. Jujur dia ketakutan sekarang ni. Baru dia sedar kesilapan dia.

Pelukan dilepaskan sebelum Faeeq memandang banglo mewah itu. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu.

"Itu kereta Aina.."

Eryna menoleh ke tempat Faeeq tenung. Dia juga seperti kenal sesuatu.

"Tu macam kereta Damia.."

Apabila mereka tersedar sesuatu, pasangan suami isteri itu seakan faham dengan fikiran masing-masing.

"Diorang anak Syed Ifwan." kata Faeeq. Eryna menelan air liur kesat.

Faeeq pernah cerita dengannya siapa Syed Ifwan dan orang lelaki itulah yang membunuh anak mereka dan menjadikan Eryna sangat kejam dengan Faeeq dahulu.

Eryna terus menarik tangan Faeeq. "Jom kita balik Faeeq, panggil bantuan dulu. Bahaya ni!"

kata Eryna risau. Tetapi tidak Faeeq, dia terus membawa Eryna ke keretanya yang ditemani dengan Hawa.

Faeeq membuka kan pintu penumpang untuk Eryna sebelum mendudukkan gadis itu ke dalam kereta.

"Eryn! Ya Allah kau ni, bahaya tahu tak pergi seorang?" Hawa menyoal kerisauan.

Eryna memandang Faeeq, "Masuklah-" ayatnya terpotong apabila Faeeq menutup pintu sebelum memberi signal pada Hawa menyuruhnya mengunci pintu dan mengawasi Eryna.

Eryna memandang kearah Faeeq yang sedang jalan ke rumah banglo itu.

Gadis itu dengan sedaya upaya membuka pintu kereta namun hampa kerana kawalan pintu dikawal ketat oleh Hawa.

"Hawa buka pintu ni please! Suami aku dalam bahaya kau tahu tak?! Aku taknak kehilangan suami aku!"

teriak Eryna. Air mata mengalir dengan deras kerana terlalu takut. Tingkap kereta ditampar berkali-kali.

"Abang jangan masuk! Tolonglah!"

"Faeeq! Please Faeeq!"

"Faeeq Elhan!"

"Hawa buka lah! Tolonglah Hawa! Buka!"

Rayu Eryna. Gadis itu sedaya upaya menolak pintu kereta namun hampa. Teriakkan Eryna semakin kuat apabila tiada lagi bayangan Faeeq di hadapan matanya.

"Elhan!!"

Hawa hanya mampu melihat dengan rasa simpati. Dia sudah berjanji dengan Faeeq bahawa dia akan menjaga Eryna sehingga semuanya selamat.

Eryna meramas wajahnya. Fikiran dia begitu kusut saat ini.

"Tolonglah keluar dengan selamat.."

'. '. '. '.

"Well well, anak kedua sudah sampai,"

Aina dan Damia memandang Syed Ifwan tidak percaya.

"Kak, ni bukan ex kau ke? Ex kau suami Eryna?" soal Damia tidak percaya. Aina memandang Damia terkejut.

"Eryna tu mangsa kau ke dulu?"

Damia mengangguk. Kedua-dua mereka tidak percaya dengan kebetulan ini.

Faeeq memandang kearah Luth dan Nadrah yang diikat di sebuah kerusi. Kedua-dua mereka teruk di belasah oleh orang-orang Syed.

"Kau nak apa?" soal Faeeq dingin. Syed Ifwan berdecit sebelum membetulkan duduknya.

"Khairul. Jeneral Khairul. Bapak kau kan?"

Faeeq menggempal penumbuk. "Kau nak apa dengan bapak aku? Apa hal kau dengan bapak aku?"

Syed Ifwan terus menendang meja bulat di hadapannya membuatkan Damia dan Aina menjerit ketakutan.

"Bapak kau bunuh anak aku!" teriak Syed Ifwan. Dada orang tua itu turun naik akibat amarah.

"Ya? Bukan perangkap kau yang makan diri kau sendiri?"

Aina dan Damia memandang ayah mereka keliru dan terkejut. Manakala Syed Ifwan tersentak dengan kata-kata Faeeq.


"A-Apa?"

'. '. '. '.
Chapter 44!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now