∞ 45 ∞

2.7K 219 16
                                    

'. '. '. '.

"K-Kau cakap apa ni hah?" Nafas lelaki berumur itu dihembus laju.

"Kau sebenarnya nak kena kan ayah aku sebab kau tak boleh tengok dia lebih daripada kau kan?"

Syed Ifwan merengus kasar. "Ya, memang. Aku taknak tengok ayah kau yang tak guna tu lebih daripada aku! Ayah kau tu ramai orang puji dia lebih daripada aku! Apa yang bagus sangat ayah kau daripada aku? Nothing!"

Faeeq menahan dirinya daripada membelasah orang tua di depan ini.

"Apa yang kau dapat kalau kau sendiri yang jerat anak kau sekali dalam hal ni?" Faeeq mula menyindir Syed Ifwan membuatkan lelaki itu sedikit berkerut.

"Abah, abah nak kata abah bunuh Along ke?" soal Aina. Dia seperti faham apa yang dimaksudkan Faeeq.

"Bingo. 100 marks for you Puan Aina."

Datar sahaja nada lelaki itu. Aina dan Damia berubah pucat.

Syed Ifwan memandang Faeeq tak percaya. Macam mana Faeeq tahu bahawa dia tersilap langkah?

"Kau yang termakan jerat kau sendiri, kau terlupa orang yang kau hantar untuk belasah arwah Ghibran adalah kumpulan anak kau sendiri. Dan, anak kau ketua kumpulan tu kan? Waktu tu kau buat apa? Kau tidur."

Tubuh Syed Ifwan mengeras. Faeeq senyum sinis. Sangat sinis sehingga membuatkan Damia dan Aina gerun.

"Kau ambil alasan yang anak kau mati sebab kes arwah Ghibran. Padahal kau sendiri yang cari maut untuk anak kau, Syed Ifwan. Tahniah, you failed the mission."

Tanpa Syed Ifwan, Aina mahupun Damia sedar, Luth telah berjaya meleraikan ikatan di tangan.

"Kau tipu! Apa bukti kau untuk kata aku yang hantar? Apa?!"

Tengking Syed Ifwan. Dia mula tidak senang duduk.

Faeeq mengeluarkan satu pen. Ditekan butang pen tersebut. Perbualan di antara dirinya, Luth dan Jeneral Hisham berbunyi.

Flashback.

"Apa jadi sebenarnya dan kenapa Ghibran jadi mangsa?" soal Luth tegas. Faeeq disebelah menunggu jawapan daripada Jeneral Hisham.

Setelah menceritakan tentang Luth. Kini giliran mereka mengorek kebenaran.

Lelaki berusia itu melepaskan keluhan.

"Syed Ifwan. Dia dulu sama benchmark' dengan saya dan ayah kamu berdua. Dia tak boleh tengok ayah kamu lebih dari dia. Dia tak suka."

"Sampailah satu hari, Saya dan ayah kamu berdua dinaikkan pangkat. Tapi Syed Ifwan tak dinaikkan kerana masalah disiplin yang serius. Menyeludup dadah."

Luth dan Faeeq bertukar pandangan sebelum beralih kepada Jeneral Hisham semula.

"Dia jadi berang. Dia nak jatuhka ayah kamu. Dia suruh sekumpulan prebet yang Luth latih tanpa tahu itu adalah kumpulan anak dia sendiri.."

Jeneral Hisham tampak ragu-ragu untuk menceritakan hal seterusnya.

"Teruskan Tuan. Jangan risau.." Faeeq cuba memujuk ketuanya itu.

"Diorang belasah arwah Ghibran sampai mati sebab dia yang paling rapat dengan Luth. Dan ya, hal yang Syed Ifwan nak terjadi. Luth ditahan, ditangkap dan di penjara."

"Syed Ifwan rasa puas sangat sebab berjaya kotorkan nama Khairul sebabkan Luth. Tapi dia terleka, anak dia pun terlibat sama. Sampailah dia dapat panggilan bahawa anak dia, Syafiq adalah dalang utama dan ketua kumpulan yang dia hantar."

Dua beradik itu mengangguk. Kan senang cerita straightforward macam ni.

"Lepas anak dia keluar daripada penjara, anak dia jadi drug addict. Syafiq mati sebab overdose teruk,"

"Syed Ifwan anggap kematian Syafiq disebabkan Khairul sebab Khairul yang bagi arahan untuk sumbat Syafiq ke dalam penjara. Setakat itu je yang saya dapat maklumat,"

Faeeq dan Luth mengangguk-angguk kepala.

"Tuan tahu semua ni daripada siapa?" soal Faeeq.

"Kami ada ugut dan paksa pesalah-pesalah ni. Nak tahu cerita sebenar, Prebet Jabeer tu yang cerita dari A sampai Z."

balas Jeneral Hisham. Mereka berdua memgangguk.

"Baiklah. Terima kasih Tuan atas maklumat yang diberi." Luth dan Faeeq berdiri sebelum tabik hormat pada Jeneral Hisham.

Jeneral Hisham membalas tabik mereka.

"Kami balik dulu Tuan," ujar Luth sebelum mereka berdua menyalam tangan Jeneral Hisham.

"Saya cuma nak pesan hati-hati dengan Syed Ifwan. Dia memang licik orangnya,"

"Insya-Allah. Terima kasih Tuan. Jumpa nanti," ujar Faeeq sebelum mereka berdua keluar dari bilik Jeneral Hisham.

"Nah," Luth memberi sebatang pen kepada Faeeq membuatkan Faeeq pandang Luth hairan.

"Apa benda ni?"

"Kau simpan je. Anggaplah hadiah kahwin kau yang dah terlambat HAHAHA," kata Luth sebelum beredar meninggalkan Faeeq.

Pen hijau itu digenggam. "Sengal lah kau Luth!" teriak Faeeq sebelum mengejar Luth.

End of Flashback.

Faeeq sempat melirik kearah Luth yang tersenyum bangga walaupun tidak secara direct.

"Kau memang gila Luth. Terima kasih," Seakan dapat membaca pandangan Faeeq, Luth angguk.

Aina dan Damia memandang Syed Ifwan tidak percaya. "Abah dah gila!" teriak Damia.

Syed Ifwan mengenggam erat pistolnya. Lelaki muda yang mentah ini berjaya menjatuhkan dirinya.

"Kalau ayah korang tak mati, biarlah anak dia mati! Lagi suka aku tengok dia merana! Hutang darah dibayar darah!" Syed Ifwan sebelum pistol di tangan diacukan kearah Faeeq.

Picu ditarik.

bang!

Terbeliak biji Faeeq. Syed Ifwan juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

Dia terasa seperti ada benda yang melintas laju tepat di sebelah cuping telinganya tadi.

"Sebelum kepala kau bersepai, baik kau lupakan hasrat kau untuk bunuh suami aku."

Aina dan Damia terkejut dengan apa yang mereka lihat begitu juga dengan Luth dan. Nadrah.

"Sayang?" panggil Faeeq tidak percaya. Eryna yang sedang mengacu pistol kearah Syed Ifwan memandang sekilas dirinya.

"Saya minta maaf abang. Saya takkan lepaskan orang yang bunuh Emir kita."

Suara lembut tetapi mendatar milik Eryna berjaya gerunkan satu banglo yang besar dan luas itu.

'. '. '. '.
Chapter 45! Tak terlambat untuk ucap Goodluck kepada 05 kan? Goodluck SPM! 💪🏼💪🏼

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now