∞ 48 | FINAL ∞

5K 253 53
                                    

'. '. '. '.

"Sayang, saya nak tanya ni,"

Eryna yang berada di dalam dakapan Faeeq menoleh.

"Apa dia abang?"

"Apa beza awak dengan matahari?" soal Faeeq sambil memandang permandangan laut bersama isterinya.

"Hah apa dia?" soal Eryna.

"Matahari menyinari dunia, awak menyinari dunia saya,"

"Wah cringe nya!!" Eryna memaparkan senyuman gembira.

"Ish sayang ni, dahlah. Baik saya pergi main dengan Fareez," Faeeq terus bangkit dari buaian yang diduduki mereka sebelum berjalan kearah pantai.

"Eh abang! Ala tunggulah sayang!" teriak Eryna sebelum berlari mengikuti Faeeq.

Lengan Faeeq disambar, Eryna tersengih. "Sorry la baby besar, kita gurau je," pujuk Eryna namun Faeeq masih dengan muncungnya.

"Tak padan dengan anak tiga eh awak ni?" Eryna tertawa perlahan. Faeeq memandang isterinya tidak puas hati.

"Anak tiga pun so what? Kalau jumpa bini, hilang ya peranan bapa anak tiga tu," balas Faeeq.

Eryna tertawa sebelum menepuk lengan suaminya.

"Sudahlah tu! Tak nampak ke anak awak tu dah menangis nak awak? Ya sayang kejap papa datang!" teriak Eryna sebelum menolak Faeeq.

4 tahun telah berlalu sejak kejadian hitam itu. 4 tahun jugalah Luth meninggalkan mereka semua.

Apabila di khabarkan tentang hal Luth kepada Puan Fatimah. Wanita itu jatuh sakit selama seminggu.

Jeneral Khairul juga turut menyesal dengan perbuatannya dulu.

Aina dan Damia turut disabit kesalahan kerana bersubahat dengan Syed Ifwan dan di kenakan penjara dan denda.

Manakala Arman dan Hawa telah dikurniakan dua anak lelaki dan perempuan yang berusia dua dan tiga tahun.

Nadrah pula selepas kejadian pahit itu, dia mengambil keputusan berpindah ke  UK untuk menyambung ijazah. Cincin pemberian arwah Luth masih tersemat pada jarinya.

"Ish fine!" kata Faeeq. Hilang mod merajuknya, mod bapa pula ditukar. Anak lelaki nya di dukung.

"Alolo kesian my little boy Fareez Eshal ni," pujuk Faeeq. Dia buat tak endah sahaja dengan pandangan gatal wanita-wanita lain di pantai itu.

Dia tahu ada lebih menarik yang sedang melihatnya. Tak lain, tak bukan Eryna Safia yang sedang bermain dengan dua lagi anak mereka.

Faeeq dan Eryna dikurniakan bayi kembar tiga. Dua lelaki dan seorang perempuan.

Nama diberi, Fareez Eshal , Elisa Sabrina dan Emran Adha.

"Awak termuntah Reez nanti siap awak!" marah Eryna apabila Faeeq bermain kapal terbang menggunakan badan Fareez.

"Mama, tu tu! Aisya!" Elisa menarik hujung baju Eryna sebelum berlari kearah Aisya Najiha ada pertama Arman dan Hawa.

"Eli si comel aunty!" teriak Hawa sebelum berlari kearah Elisa sambil menggendong Aisya bersama.

Mereka dua sekeluarga duduk melihat anak-anak mereka bermain di pantai.

"Nad ada telefon kau?" soal Hawa. Eryna mengangguk. "Ada, dia kirimkan hadiah lego yang Emran minta. Bukan main suka si adik tu,"

Eryna tersenyum. Hawa angguk. "Mesti dia rindu arwah Luth. Kau tengoklah si Emran tu, muka sebijik copypaste arwah Luth,"

kata Arman pula. Mereka tidak menafikan apa yang dikata Arman termasuklah ibu bapa Emran Adha.

Wajah Fareez banyak mengikut Eryna manakala wajah Elisa banyak mengikut Faeeq. Hanya Emran sahaja yang 100 peratus mengikut wajah arwah Luth.

"Kitaorang gerak dulu weh. Nak singgah kejap bawa Aisya dengan Harith jumpa diorang kejap. Kitaorang nak ke rumah mak Arman,"

Faeeq dan Eryna mengangguk. Mereka bersalaman sebelum Arman sekeluarga meminta diri untuk beredar.

"Saya tak sangka sekarang kita semua boleh hidup dengan tenang," ujar Eryna sambil melentokkan kepalanya pada dada Faeeq.

"Untuk capai ketenangan yang kita ada sekarang, mestilah kita redah ribut dulu kan? Alhamdulillah," kata Faeeq. Eryna mengiyakan kata-kata suaminya itu.

"Saya akan rindu momen momen gaduh dengan awak dulu," Eryna tertawa perlahan.

"Saya tak rindu bahagian tu tau, bagi saya tu yang paling sakit. Saya rindu beli satu arked untuk awak main, share earphone dengan awak sambil tengok pantai, hantar awak balik waktu tayar kereta awak pancit sebab arwah Luth pancitkan, haih rindu betul lah,"

berkerut dahi Eryna mendengar kata-kata Faeeq.

"Apa? Ulang balik?"

Faeeq pandang Eryna kehairanan. "Yang mana?"

"Yang last sekali tu,"

"Arwah Luth pancitkan tayar awak- alamak,"

Faeeq menekup mulutnya sebelum mata menjeling pada Eryna yang sudah bengis wajahnya.

Lelaki itu tersengih sebelum bangun perlahan-lahan dari tikar. "Idea arwah Luth lah sayang, saya ikut je tak sangka awak naik juga-"

"Tak guna Faeeq Elhan!" teriak Eryna sebelum mengejar Faeeq.

"Eh sayang! Janganlah macam ni! Kita dah berbaikkan? Kan?!"

teriak Faeeq ketakutan apabila Eryna mengejarnya sambil membawa rotan yang entah mana wanita itu dapat.

Terkebil-kebil kembar tiga itu memandang ibu bapa mereka berkejaran.

"Tak guna! Memang lepas tu hantar kereta tu tak tukar tayar!"

"Saya terlupa sayang! Saya ingat pengangkut tu tolong tukarkan!"

"Sudahlah Faeeq, tiada maaf bagimu!"

"Ala sayang!"

••••

THE END

••••

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca cerita pertama saya yang tak seberapa ni. Alhamdulillah Eryna's Love Story tamat dengan jayanya! Terima kasih sebab sudi support saya dari mula sampai habis buku ni saya hargai sangat-sangat. Saya minta maaf ada sesetengah komen saya tak balas, saya update seminggu sekali, storyline kelam kabut sebab sejujurnya Januari sampai awal Februari jadual saya padat dengan tugasan 🙏🏼🙏🏼. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak diucapkan kerana bersabar untuk tunggu update.
💗💗💗.

Untuk pengetahuan semua, saya terpaksa unpub Ziqry's atas faktor tertentu. Minta maaf ya.

Eryna's Love Story telah melabuhkan tirai. Jumpa di lain hari, di lain buku? Mungkin. Jaga solat, Jaga diri dan jangan lupa selawat okay!

Assalamualaikum.

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now