1

911 88 13
                                    

Televisyen dibuka. Tetapi mata dan hatinya pergi jauh. Jauh teringat akan gadis yang dia berjumpa di cafe siang tadi.

Siapa gadis itu? Apa nama dia?

Argh, pelbagai perkara yang ingin Jihoon tahu tentang gadis itu.

Kalau si gadis masih belum ada kekasih, mungkin Jihoon akan cuba untuk kejar. Tapi kalau sudah ada, mungkin akan dikejarnya juga.

Sebab? Baru kekasih, bukan tunang atau isteri orang.

Tetapi ada masalah yang lebih besar dari itu.

Gadis itu.

Islam.

Bagaimana Jihoon tahu? Sudah pasti dengan cara pemakaian gadis itu. Gadis itu bertudung. Menutup aurat.

Dan Jihoon pula?

Buddha.

Dari awal lagi Jihoon tahu, mereka tidak akan pernah bersama. Kerana tasbih dan salib tidak akan pernah bersatu. Tetapi hatinya sudah jatuh. Jatuh terlalu dalam.

• • •

Masuk hari ini, sudah hari ke -4 si Park Jihoon menjejakkan kaki di cafe ini. Mungkin ia akan menjadi routine hariannya ke sini.

Niatnya cuma satu. Ingin berjumpa dengan gadis yang dia minati. Dan mengenali gadis itu.

" Ya encik? Nak order apa? " Soal Pelayan cafe.

Kali ni Jihoon agak kecewa. Kenapa orang lain yang ambilkan order dia? Kenapa bukan gadis itu? Mana dia pergi?

" Err... Saya nak... Tteobokki. Kurang pedas ya. " Pesan Jihoon.

" Okay, ada apa apa lagi? "

Jihoon menggeleng.

Apabila pelayan cafe itu hendak menuju ke dapur, Jihoon segera menahan.

" Urm cik.... " Panggil Jihoon.

" Ya? Ada nak apa lagi? " Soal pelayan itu.

" Mana perempuan yang selalu ambil order orang tu ya? " Soal Jihoon tanpa malu.

" Perempuan mana ya yang encik maksudkan ni? " Soal si pelayan cafe kembali.

" Perempuan yang pakai selendang tu. "

Pelayan cafe itu berfikir sejenak.

" Maksud encik, Arissa ke? "

' Ouh, Arissa namanya. Nice name. ' getus hati Jihoon.

" Haah. Mana dia ya? " Jihoon menyoal.

" Dia cuti hari ni. Katanya kurang sihat. Kenapa ya encik cari dia? "

" Eh tak. Saja bertanya. " Jawab Jihoon mudah.

" Okay. Kalau macam tu saya pergi dulu. " Pelayan cafe itu minta diri.

" Eh, kejap! " Tahan Jihoon lagi.

" Tumpang tanya, dia sorang aje ke pekerja Islam di cafe ni? " Soal Jihoon ingin tahu.

" Yup, dia sorang. Sebab itu cafe ni, hanya menjual produk halal sahaja. Sebab kami semua menghormati dia sebagai Islam. " Terang si pelayan.

" Ouh. Dia dah ada boyfriend ke? " Secara tiba Jihoon tersedar.

Alamak, dia dah terlepas cakap.

Ada ke patut belum officially kenal lagi dah tanya dia ada boyfriend ke tidak.

" Kenapa encik tanya macam tu? Encik syok kat dia ke? "

" Err..... "

" WOI JIHAA! KAU BUAT APA LAGI TU? " Jerit seseorang dari arah dapur.

Sujin.

Sujin, Jihaa, dan Arissa. Mereka berkawan baik. Trio sejak zaman Universiti. Orang selalu kata 'trio never works' . Tapi anggapan orang salah. Tak semua trio macam tu.

Dan sejak mereka rapat sejak zaman Universiti la mereka bertiga membuka cafe ini. Hasil titik peluh mereka bertiga sendiri.

" Err, maaf encik. Saya pergi dulu. " Pinta Jihaa.

Jihoon mengangguk.

Akhirnya dia bangun. Ingat nak makan kat sini. Tapi lepas si gadis Arissa itu tiada, dia ingin balik ke pejabat semula.

Pintu pejabat dibuka dengan kasar tanpa diketuk.

" WEH JUNKYUUU! "

" Wtf- ketuk pintu dulu la cibai. Terkejut aku. "

" Weh aku dah tahu siapa nama perempuan yang aku suka tu. " Jihoon mula bercerita.

" Siapa? Kau tanya dia sendiri ke apa ni? "

" Nama dia Arissa. Sedapkan nama tu? Aku tak tanya dia, aku tanya pekerja lain yang ada kat situ. "

Junkyu hanya meng'oh'kan aje. Layan aje la member cerita pasal crush dia tu.

73010 // pjhWhere stories live. Discover now