3

728 84 5
                                    

" Malam ni aku nak balik awal boleh tak? " Soal Arissa kepada Jihaa dan Sujin.

" Boleh. Kitaorang tak kisah. " Balas Jihaa.

Segera Arissa mengemas kesemua barangannya. Bajunya pula sudah ditukar kepada pakaian biasa.

" Aku balik dulu eh? "

" Jaga diri. " Pesan Sujin dan Jihaa.

Arissa mengangguk sebelum dia keluar dari kawasan cafe itu.

Arissa hanya pulang dengan berjalan kaki. Malas pula nak order grab. Nak rasa angin malam katanya.

Arissa mengeluarkan telefon pintarnya. Dia membuka message dari mamanya.

' Dah habis kerja ke? '

Jari jemari pantas menaip untuk membalas pesanan tersebut.

Mama. Rindunya dia!

Kerana sibuk dengan telefon pintarnya, jalan yang kian sepi langsung tidak dikesahnya.

Lalai.

Sehingga Lah...

Bump!

Tangan kirinya naik memegang bahu yang dilanggar seseorang. Terasa pedih sedikit.

Arissa memusingkan badan menghadap gerangan yang telah menjahili bahunya bersama kerutan dahi.

" Jalan tutup mata ke? " Marahnya.

Mana tak marahnya. Semua orang asyik melanggarnya sahaja. Tahu la dia tu pendek, tapi tak kan sampai tak nampak?

Seorang lelaki kurus tapi Sasa memandangnya dengan mata separuh sedar.

Terlihat garang bersama hoodie hitam yang menutupi kepalanya mampu menakutkan Arissa yang turut sama memandang kearahnya.

Lelaki tersebut mula mendekati Arissa sebelum telapak tangan putihnya menekup hidung dan mulutnya daripada bau yang datang dari lelaki tersebut.

" Don't come closer. Bau alkohol! " Arissa mula mengundur perlahan.

" Sial punya perempuan. "

Pergelangan tangan Arissa ditarik kasar.

Arissa terkesima. Dibentak secara tiba oleh lelaki mabuk. Matanya meluas sambil menggelengkan kepala.

Tenaga yang ada digunakan sepenuhnya untuk melepaskan diri dari pegangan yang memedihkan itu.

" Lepaslah!! "

Mencuba sedaya upaya untuk menarik kembali lengannya.

Akibat terlalu kuat pergerakan, lelaki tersebut menghempas kuat badan Arissa ke dinding. Dia mengunci kedua pergelangan tangan Arissa.

Arissa sudah mulai takut. Dalam hati, tidak putus dia berdoa supaya sesiapa membantu nya kini.

Tangan lelaki itu naik menyentuh peha milik Arissa yang berlapik dengan seluar jeans. Arissa dapat rasakan sentuhan jijik lelaki itu.

Arissa memejamkan matanya. Hanya mampu menangis tereasak esak. Ingin lawan, tapi kudrat lelaki itu jauh lebih kuat darinya.

" Are you having fun? " Celah seorang lagi lelaki berhoodie yang menutupkan kepalanya.

Apa ni? Kenapa semua  orang muncul pakai hoodie tutup kepala ni?

Dia melangkah satu demi satu tapak.

" Kau siapa? Jangan sibuk nak menyemak. Ini hal aku dengan perempuan ni. "

" Apa kau dah buat? " Soal lelaki berhoodie yang baru saja tiba itu sambil tangan menghasilkan penumbuk.

Dia kemudian membuka pelutup kepalanya.

Dan kini Arissa terkesima.

Lelaki ini.

Park Jihoon.

Jihoon menarik lelaki berhoodie itu. Dia kemudian mula memberikan tumbukan kepada lelaki itu.

Buk! Buk! Buk! Buk!

" Cukup! Maafkan aku. " Pinta lelaki itu.

" Semudah itu kau minta maaf? Kau tahu tak? Martabat perempuan tu sangat tinggi, dan kau perlecehkan macam tu aje??!!? " Tengking Jihoon. Tangannya tidak henti menumbuk lelaki itu.

" Tolong lepaskan aku... Aku minta maaf. " Rayu lelaki itu.

Terhenti Jihoon daripada menumbuk lelaki itu.

" Okay, aku akan lepaskan kau. Aku pun tak nak kotorkan tangan aku untuk orang tak guna macam kau ni. "

Lelaki itu bangun. Dia mengundur perlahan kebelakang.

" Baik kau lari. Jangan pernah berhenti. Sebab sekali kau berhenti, aku akan bunuh kau. " Bisik Jihoon perlahan disebelah telinga lelaki itu.

Dan dengan pantas lelaki itu berlari lintang pukang. Macam kena kejar hantu.

Jihoon memusingkan badan menghadap Arissa.

Dengan perlahan kaki menapak kearah gadis itu sebelum...

" Terima kasih sebab muncul. "

Jihoon kaku.

Arissa, gadis ini baru sahaja memeluknya.

Dan tanpa teragak Jihoon membalas pelukan itu.

" Awak... Macam mana awak boleh... "

" Aku terdengar suara perempuan menangis tadi. "

" Thanks, Jihoon. "

Jihoon hanya tersenyum.

Akhirnya pelukan terlerai.

" Maafkan saya. "

" Huh? Kenapa pula? "

" Sebab peluk awak. Saya lupa kita bukan mahram. "

" Bukan mahram? Maksud kau? "

" Awak lelaki. Saya perempuan. Kita bukan suami isteri atau adik beradik. Haram untuk bersentuhan. "

" Ouh, baru faham. "

Keduanya hanya senyap.

Sehingga Jihoon memecahkan suasana.

" Kau buat apa sorang sorang waktu malam macam ni? Bahaya tahu tak? Lagi lagi kat lorong ni. Ramai orang mabuk lalu lalang. Nasib aku dengar kau menangis. Kalau tidak mesti lelaki bangsat tu dah buat lebih dari tu. "

Bicara Jihoon panjang lebar. Bukan apa, cuma geram. Takkan gadis ini tak tahu yang lalu dikawasan lorong macam ni bahaya?

" Maaf, salah saya. "

Arissa tunduk rasa bersalah. Mahu menangis.

Emosinya sekarang dah la tidak stabil. Tambahan lagi dia sedang datang bulan. Pantang kena marah sikit.

Jihoon meraup wajahnya.

Ah, apa dia dah buat ni? Marah gadis yang dia suka seperti kanak kanak 9 tahun.

" Maafkan saya sebab marah awak macam budak kecik. "

Jihoon menukar panggilan.

' Saya , awak ? '

" Saya nak balik. "

Teresak esak Arissa berkata.

" Saya hantar awak balik. "

Jihoon memandang Arissa.

Dan Arissa juga memandang Jihoon.

Mereka saling bertatapan sebelum Arissa mengangguk. Bersetuju untuk lelaki ini yang menghantarnya pulang.

73010 // pjhWhere stories live. Discover now