6

636 70 19
                                    

" Kau ni, memang hari hari ke ha nak kasi aku take over meeting kau? " Junkyu bersuara.

" Alah, hari ni je. Bukan selalu. "

" Kepala otak kau hari ni je? Tak ingat ke hari lain kau suruh aku juga? "

Jihoon hanya melepaskan senyuman.

Masuk kali ini, sudah 3 kali Jihoon tidak hadir ke meeting. Alasannya tak hadir, ialah sebab nak keluar. Dan tentulah dia keluar untuk berjumpa dengan Arissa.

Lelaki itu hanya hadir ke meeting yang betul betul penting sahaja. Dan yang lain, semuanya dia serahkan kepada Junkyu. Huh, mentang mentang dia CEO kat situ.

" Okay okay. Kali ni aku masuk meeting. Tapi aku nak keluar. Sekejap je. Nanti aku datang sini balik. "

" Yalah, orang dah mabuk cinta. Memang kerja tak jalan dah. Kalau tidak, sampai tengah malam aku nampak lagi cahaya dari bilik kau tu. " Junkyu sedikit menyindir.

" Apa apa jelah. Aku keluar dulu eh. Cau. " Jihoon melambai Junkyu.

Junkyu menggulingkan matanya keatas.

Tunggu lah, aku ada awek nanti memang aku bagi balik kerja kau semua tu.

-----------------------

" Omg, cadbury lagi! " Hanya senyuman yang manghiasi wajah Arissa. Tangannya laju menerima chocolate pemberian Jihoon.

Jihoon tertawa kecil.

" Suka? "

" SUKA ! "

Jihoon memandang Arissa dengan hati membunga. Berasa senang hati kerana effort nya dihargai.

Masuk hari ini, sudah kali keberapa Jihoon memberi Arissa chocolate. Ada kadang tu beserta pekej dengan bunga baby breath. Ada kadang tu memberi tulips. Ada kadang tu mawar putih. Ikut apa pilihan hati memilih.

" Okay lah, saya masuk dulu. Awak pun mesti dah lambat kan nak ke office? "

Arissa meminta diri.

" Kalau lambat sebab awak, saya tak kisah. Lagipun, Junkyu ada boleh cover kan saya. " Kata Jihoon sambil memuncung bibir.

" Go. Tak baik suruh Junkyu buat kerja awak. "

--------------------

" Again? Seriously Rissa? "

Arissa mengangguk. Tangannya menolak chocolate pemberian Jihoon kearah Jihaa.

" Ini dah kali keberapa Jihoon bagi kau chocolate dan bunga. Kenapa tak jujur je? " Soal Sujin sambil memeluk tubuh.

Jihaa juga mengangguk. Bersetuju dengan pendapat Sujin.

" Betul. Kau tak suka Jihoon kan? Kenapa perlu bagi dia harapan? " Kerut Jihaa.

Arissa mengeluh.

" Aku tak nak kecewakan perasaan dia. "

" Kau SEDANG kecewakan perasaan dia. "

Arissa memejamkan matanya.

Ergh, lelah.

" Aku tak suka Jihoon pun. Bila aku fikir balik, kau gila ke? Dia bukannya agama aku. Buat apa beria bercinta dengan agama lain kalau end up nanti tak kan bersama juga? "

" Belum cuba, belum tahu. "

Arissa melepaskan keluhan berat.

Begitu juga dengan Jihaa dan Sujin.

Masalah Arissa, tapi berfikir seperti masalah dunia.

" Lagipun, Jihoon tu bukan taste aku. Yuck, tersingkir. " Tambah Arissa lagi.

" Hm, tapi aku suka effort dia. Kau still tak nak lelaki macam tu ke? " Cemberut Sujin.

" Aku tak hamak langsung. "

Lantas Sujin dan Jihaa mengangguk.

Dalam tidak sedar, berdirinya seorang lelaki di sebalik pintu Cafe.

Niatnya datang kembali kerana terlupa untuk memberi bunga yang dibeli tadi.

Lantas bunga itu dicampak ke atas jalan. Dan dipijak.

" Sampai hati awak... Rissa... "

-
-
-

Mencuba untuk tidak menumbuk Arissa Nabeeha ^^

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mencuba untuk tidak menumbuk Arissa Nabeeha ^^

73010 // pjhWhere stories live. Discover now