06

2.4K 175 845
                                    

now playing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

now playing...

jigsaw by conan gray
↻ ◁ II ▷ ↺

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

kudrat boyzzz + 1 bidadari 😽

keemkeem dak ootd
tak ada sesiapa nak tukar nama group?

kapla bana
biar je.

keemkeem dak ootd
oh
okay
sorry

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

third person pov

menutup telefon pintarnya, kahar hanya menghela nafas panjang; membiarkan telefon yang sebelumnya digenggam jatuh ke dadanya yang bernafas tidak tentu arah.

sudah dua bulan cinta pertamanya meninggalkan dunia; meninggalkan dirinya. namun kenangan yang diperoleh tetap segar di minda; seakan setiap memori tersebut berlaku pada hari semalam.

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

sunshine !! <33

fakhri jawline
dah masuk dua bulan
rindu do kau
agaknya kau tengah main uno eh underground
takdela
cuti sem nanti aku lawat
sayang kau :)

menyeluk semula telefon pintarnya setelah menghantar pesanan yang pasti tidak akan berbalas, dia hanya mengeluh sepenuh hati, memandang ke arah bintang yang berterabur di langit; bertemankan bulan yang menyinari.

"aku ke bulan?" soal fakhri, tersenyum puas apabila wanita tersebut memalingkan kepala ke arahnya dengan sebelah keningnya yang terangkat.

"tak ada beza, dua - dua sinari malam aku,"

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

terlantar di atas kasurnya yang kelihatan kusut - masai, naim bangkit untuk duduk, mencapai kotak rokok yang berada di atas meja belajarnya, namun mindanya kabur;

"jangan selalu sangat, tak baik untuk kesihatan. kalau kau mati nanti siapa nak kahwin dengan aku?" sengihnya apabila naim meletakkan semula kotak rokok tersebut di dalam poket seluarnya.

mengemam bibir, dia mencapai kotak tersebut hanya untuk melontarkan ke arah bakul sampah yang terletak berhadapan sama kasurnya tanpa memikirkan lebih lama.

"dah lepas syawal, tak masuk minang lagi," desisnya, melantarkan semula dirinya.

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

hanya melontarkan sekilas pandangan ke arah naim sebaik sahaja jejaka tersebut melontarkan kotak rokok yang kelihatan masih penuh, amirr hanya menghela nafas berat, telefon pintarnya ditatap walaupun tidak membuka apapun aplikasi yang tersedia.

namun, bukan aplikasi yang tertera merupakan tempat pandangannya menatap; tetapi wallpaper miliknya yang menunjukkan susuk tubuh seorang wanita yang kelihatan sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah.

"buat kerja sekolah pun comel," bisik amirr pada dirinya sendiri, matanya tidak lekang dari telefon yang dipegang erat tersebut.

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

"em, kalau kau ada mesti kau maki aku sebab pergi kubur malam - malam. sneak out dari sekolah pula tu," bisik azam ayam yang sedang duduk molek disisi tanah perkuburan seorang wanita yang masih bertakhta dalam mindanya; tidak mengendahkan bahawa seluar slack berwarna beige nya sudah dikotori tanah, pakej basah lencun.

"bosan dua bulan tak ada kau," rungut azam ayam, mencabut satu persatu rumput yang tumbuh.

"tidur lena ya, tuan puteri?" tawa ayam, masih tidak  meninggalkan perkarangan kubur tersebut, namun lengannya kini bertautan lalu diletakkan di atas lututnya yang dipeluk erat.

"selamat malam,"

jonquil; p. high councilWhere stories live. Discover now