11

506 65 9
                                    

" Bro, aku nak keluar jap tau. Nanti aku balik office balik. "

" Kau nak ke mana? Asal eh lately ni kau selalu sangat keluar? Jumpa gi jumpa awek ke apa? " Betubi tubi soalan yang dituturkan Jihoon.

Junkyu tertawa sinis.

" Hehehe, nak kata awek tu bukan la. Tapi aku suka dia. Dia baik. Cantik pula tu. " Puji Junkyu.

" Wah! Finally, kawan aku dah ada awek! Aku fikir kau pun gay macam aku dulu. "

Ketawa Jihoon. Sebenarnya bukan lah mereka gay pun tapi sebab masih belum tiba masa untuk mereka jatuh cinta. Sebab masih belum jumpa orang yang tepat.

" By the way, aku kenal ke perempuan tu? "

" Kenal sangat! "

" Fuh, aku nak ikut lah. Nak jumpa awek baru kau. "

Pantas, Jihoon mengemas kesemua kertas kertas yang bertaburan diatas meja.

" Eh, kau. Itupun nak ikut ke? "

" Ya lah. Aku nak tahu je siapa awek kau tu. " Jihoon merangkul kasar bahu Junkyu.

" Suka hati kau lah. "

-----------------------------

Jantung Jihoon berdetak dengan sangat laju. Memandang tempat yang berada di hadapannya kini.

Cafe Arissa.

Tak, dia tak salah kan?

Arissa sudah menjadi hak milik Junkyu?

Tidak, itu mustahil.

Mungkin ianya Sujin atau Jihaa.

" Kau termenung apa? Jom la masuk. "
Junkyu melangkah masuk ke dalam ruang cafe, menyisakan Jihoon yang masih lagi kaku.

Hembusan nafas kedengaran. Dia harus kuat.

Dengan perlahan lahan kaki menapak masuk ke dalam ruangan cafe ini.

" Hi Rissa. "

" Hi Kyu! "

DANGG!

Kaki yang tiba tiba terasa lemah segera ditegakkan.

Dia harus lawan perasaan ini.

Arissa memusingkan kepala memandang Jihoon.

Lelaki ini masih menunduk. Langsung tidak memandang kearah wajahnya. Benci sangatkah Jihoon sekarang kepadanya?

Arissa hanya melakarkan senyum paksa.

Junkyu yang perasan akan suasana menjadi renggang itu berdehem.

" Err, kitaorang... Eh no, saya nak order caramel macchiato untuk saya. Nak awak yang buat ya. "

Arissa mengangguk sebelum dia memandang riak wajah Jihoon dan terus ke dapur.

Jihoon masih lagi kaku.

Air itu.

Jihoon selalu meminta itu kepada Arissa.

Caramel macchiato, yang dibuat sendiri oleh air tangan Arissa.

" Oi, kau okay? " Junkyu menepuk kasar bahu Jihoon. Lelaki ini mengelamun.

" Apa hubungan kau dengan Arissa? "

" Kawan. " Jawab Junkyu mudah.

Tak, itu bukan jawapan yang sepatutnya.

" Kau anggap dia kawan atau lebih dari kawan?

" Kalau lebih dari kawan pun kenapa? Kau kan dah berhenti mengejar? Jadi sebagai ganti, biar aku je la yang kejar dia. " Sinis Junkyu bersuara.

Jihoon mengetap rahangnya kuat. Rasa tercabar mula menguasai diri.

Jihoon menggengam penumbuk. Mencuba sehabis baik untuk tidak bersikap agresif.

" She's mine! "

Keras Jihoon bersuara.

" She's yours? Sejak bila? Kau yang berhenti mengejar, Ji. "

" Huh, aku fikir Park Jihoon tak mudah mengalah. Tapi aku salah anggap dengan kawan aku sendiri. " Junkyu tertawa sinis.

Penumbuk yang Jihoon bertahan dari tadi akhirnya dilepaskan ke meja.

BUKK!

" I will make sure she's mine! "

Selepas itu Jihoon bangun dan terus beredar dengan perasaan kecewa.

Kecewa kerana dikhianati oleh kawan baik sendiri.

Tapi tak akan sebab itu sahaja Jihoon dan Junkyu bergaduh?

Menyisakan Junkyu yang masih lagi tidak memberikan sebarang riaksi, sebelum dia tersenyum.

Menjadi!

73010 // pjhWhere stories live. Discover now